Select Menu

Slider

Berita

Lawak & Jenaka

Cute

My Place

Gambar

Racing

Videos



Makin hari makin pandai bomoh ni buat upacara. Aku rasalah dia ni nak cari publisiti je.. macam macam bila da popular ni.. ada je benda nak buat.. Yang mencari publisiti tu bukan bomoh ni.. orang yang tangkap gambar ni.. tah tah yang tangkap gambar ni anak dia kot.. suara tv tu da mcm medan tuk popularkan bomoh ni.. Tah tah suara tv tu dibayar bomoh ni tuk ambil gambar atau rakam aktiviti bomoh ni.. Just wondering ja.. bukan nak tuduh sape sape.. kalau x gambar gambar ni takde laaa sekarang ni. Betul x?.kikiki.
-

Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.
Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.
Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?
Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah.
Bagaimanapun pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.
Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya.
Bagaimana kala dia melakukan solat dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya?
Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.
Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya, bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.
Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.
Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain-kalau tak salah penulis) dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.
Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas.
Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.
Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?
Pada pandangan penulis, cara berpakaian dalam sukan itulah yang menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. Sebenarnya mereka masih berminat untuk bersukan tetapi mereka tiada pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam.
Dalam hal ini, alangkah baiknya bagi negeri-negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat itu menjadi model menganjurkan sukan yang mempunyai konsep pakaian sukan Islam. Jika mereka berjaya, pasti dunia akan melihat dan lambat laun mereka akan mencontohinya.

Artikel : I love islam
-

Tudung nampak comel dan manis dari rambut serabai pempuan yang macam baru bangun tidur. Kalau dah bersuami tu nak melawa pada saper lagi. Pempuan tak bertudung dia sembahyang tapi jahil. Oklah senang citer, 1 rambut 80 tahun neraka, bila da berhelai2 rambut.. sembahyang pun tak cukup nak tanggung dosa rambut ja.. Bila pempuan yang bersuami tak bertudung.. sape tanggung dosa..suami juga.. kalau anak pempuan tak bertudung sape tanggung dosa.. emak bapak juga.. parent da alim da bertudung.. dan tak buat dosa pape.. yang spoil nyer anak sendiri.. share dosa ngan ibu bapa..
Anak nak bertudung dah alhamdulilah, tapi nak ikut fesyen.. sekurang kurangnya da lepas beban sehelai rambut 80 tahun neraka. Nak labuhkan tu boleh ambil masa lagi. Tapi yang tak tahan tu anak yang dialog nyer camni.. korunk nilailaa camner nak cakap ngan diaorg.
Depa : semua yang pakai tudung itu kompom masuk syurga ke?
Kita : Yang pasti, tak tutup aurat/tak pakai tudung kompom masuk neraka.
Kalau anda perasan, fesyen tudung macam ni adalah yang paling up-to-date konon-kononnya. Sedar atau tida, sekarang ni dah makin ramai orang pakai tudung fesyen ni. Elakkan fesyen tudung sebegini, sesuai dengan tegahan Nabi dari hadis berikut:
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka (Hadis Riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibnu Hibban)
Jadi kalau ada di antara rakan-rakan anda yang memakai fesyen-fesyen tudung seperti di atas, diharapkan korang dapat tegur diorang baik-baik. Jangan pulak marah-marah diorang, nanti tak pasal-pasal pulak diorang taknak bertudung terus! Nasihat elok-elok, anda mampu mengubahnya.
-


Pesawat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH192 yang dijadualkan berlepas ke Bangalore dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.09 malam tadi disahkan selamat tiba di lapangan terbang tersebut tepat jam 1.56 pagi tadi.

Dalam satu kenyataan media yang dibuat oleh pihak MAS awal pagi tadi, pesawat itu membuat pusingan semula ke Kuala Lumpur untuk pendaratan kecemasan kerana selepas mengalami kerosakan satu daripada tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanannya pecah semasa berlepas.

"Kesemua penumpang dan anak kapal selamat dan tidak cedera, buat masa sekarang mereka ditempatkan di hotel," jelas pihak MAS ketika memberitahu situasi semasa penumpang MAS MH192.

Pesawat tersebut yang membawa 159 penumpang termasuk tujuh anak kapal dijangka tiba di Bangalore jam 11.35 malam pada hari yang sama.
-



Mengikut laporan kesihatan, Kayap atau Shingles disebabkan oleh jangkitan sejenis virus dikenali varicella-zoster virus atau VSZ.Virus ini adalah virus yang sama yang menyebabkan chickenpox sewaktu kita masih kecil. Virus ini biasanya akan berada dekat pangkal saraf dan ianya membiak semula kebiasaannya terjadi disebabkan oleh masaalah seperti stress / tekanan, badan rasa lemah2, kecederaan pada kulit dan juga akibat masaalah penyakit kanser.

Selepas jangkitan beberapa hari, bahagian kulit kayap itu akan menjadi kemerah2an, menjadi ruam panas, ada yang bernanah, ada menjadi biji berbuih dan mula menjalar.

Kawasan jangkitan:

Mana-mana bahagian kulit tubuh kita samada bahagian badan, mata , ketiak mahupun bahagian hidung

Simtom-simptom dijangkiti kayap:

- berasa nak demam
- tekak rasa loya
- pening berpanjangan
- badan dijangkiti ruam panas
- badan rasa sengal
- hilang selera makan
- pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan untuk jangkitan yang lebih teruk
- pesakit alami sakit teramat sangat apabila disentuh pada kulit
- kulit juga akan rasa gatal2
- kulit rasa geli2
- kulit terasa panas seperti terbakar
- timbul ruam2 panas

Jenis2 penyakit kayap:

1) Kayap Ular
2) Kayap melukut
3) Kayap jagung
4) Kayap api2
5) Kayap setompok
6) Kayap selendar
7) Kayap harimau
8) Kayap bersambung 





Kayap Ular

- paling merbahaya dan boleh membawa maut
- boleh akibatkan badan kurus akibat hilang selera makan
- kayap jenis menjalar / melilit (merebak)
- boleh terjadi dimana2 bahagian badan
- bermula dari tengah belakang dan menjadi semakin panjang sehingga mengelilingi badan ke bahagian dada
- ada juga menyerang bahagian dada saja
- boleh menyerang bahagian urat saraf ‘rasa’
- Biasanya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf ‘rasa’. Bila ini terjadi, seseorang akan merasa pening2 dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata. Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah masaalah ‘conjunctivitis’.
- keadaan kulit boleh melecet, gatal2 dan pedih serta sakit
- ambil masa juga untuk sembuh diantara beberapa hari ke minggu, ada yang sehingga bertahun2 disebabkan faktor usia

Pantang larang bila dijangkiti penyakit kayap:

1) Cepat2 jumpa doktor atau pakar perubatan untuk nasihat dan rawatan. Boleh juga jumpa pakar rawatan tradisional.
2) Elakkan pakai pakaian ketat. Pakai pakaian yang longgar untuk mengurangkan kesakitan disebabkan geseran pakaian dengan bahagian kulit.
3) Jangan pakai seluar serta baju yang berhawa panas (contoh jemur di luar rumah dibawah terik matahari atau yang baru digosok)
4) Jangan pakai seluar serta baju yang basah
5) Elakkan menggaru bahagian kayap itu dikhuatiri boleh merebak ke bahagian lain. Kayap ni akan rasa gatal2, minta ubat untuk kurangkan rasa gatal2.
6) Bila mandi, biasakan mengosok pelan2 bahagian kayap tu dengan sabun untuk pastikan kebersihan pada bahagian kayap tu.
7) Jika boleh, semasa dijangkiti penyakit kayap ni , elakkan dari mendekati ahli keluarga serta rakan2 dikhuatiri mereka2 ni akan dijngkiti pula.
8) Jaga pemakanan dikhuatiri rasa bisa dan gatal2. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makanan gatal2 dan goreng2 cuba elakkan, hanya makan yang rebus, stim atau bakar. Jangan makan makanan berminyak.
9) Kurangkan makan buah tempatan atau sayuran yang menjalar/berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)
10) Tak boleh dengar orang goreng lauk dan tak boleh goreng sebarang benda pun.
11) Bila kayap dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab jika bahagian kulit belum betul2 kering ia akan terluka dan kembali merebak.





Aloe vera atau Lidah buaya. Mujarab dalam merawat penyakit kayap.

Petua2 rawatan boleh dicuba:

  1. Sapu dengan lendir daun aloe vera
  2. Sapu dengan kelapa parut campur gula melaka ke bahagian kulit terkena kayap tu
  3. Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun cili serta campurkan sedikit kapur. Sapukan dibahagian kulit terkena kayap.
  4. Gunakan daun pokok duit2. Ditumbuk hancur, ambil daunnya serta air perahannya dan ditekap pada tempat dijangkiti kayap tu. Jika boleh, dibengkungkan semalaman.
  5. Gunakan daun delima ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan bedak sejuk (tanpa pewangi) dan tempekkan pada tempat kayap itu.
  6. Gunakan daun bunga melor, Pucuk daun buah delima, Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di blender dan di campurkan dengan bedak sejuk (tanpa pewangi) dan di bancuh pekat. Kemudian di sapu atau tampal atau tempekkan pada tempat kayap tu .
  7. Gunakan ubi larut. Di gosokkan pada simen atau lesung batu, ambil pati nya dan sapu di tempat kayap tersebut.
  8. Minum minuman yang menyejukkan badan contoh getah anggur dicampur dengan kembang semangkuk
  9. Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk. Sapu pada tempat yang kena kayap tu.
  10. Gunakan garam bukit (rock salt)


Cara merawat

  • ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. Amalkan 2-3 kali sehari sebelah pagi dan malam.
  • Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul)
  • Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah. Seterusnya, keluarkan air dari batang pokok keladi tu dan sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap.
  • Sambil2 berubat tu, cuba dapatkan juga air penawar dari pakar perubatan tradisional. Biasanya air penawar ni disediakan berpandukan kepada ayat2 suci al-quran.
  • Semasa sedang berubat tu, selalu-selalulah berdoa kepada Allah agar sembuh cepat. Insyallah boleh sembuh
P/S : kalau dah kena kayap sila pergi hospital dan dapatkan suntikan dan cream. jangan sesekali pegang kayap atau garu. Lap air yang keluar dari kayap sebabnya ianya boleh merosakkan kulit
-



Setelah mengambil masa hampir dua minggu, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad akhirnya mengaku bahawa beliau memang berada di dalam negara ketika terjadinya peristiwa Memali pada 19 November 1985, tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

Ini sekaligus mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam dalam sebuah diskusi politik di Kota Bharu pada 27 Mac lalu.

Dalam tulisan di blognya, Mahathir juga mengesahkan beliau hanya berlepas ke China pada 20 November iaitu sehari selepas tragedi tersebut.

Mahathir bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa dakwaan beliau berada di China itu bukan datang datang daripada pihaknya, bahkan dalam buku memoirnya juga tidak pernah menyebut perkara itu.

Sebelum ini ketika Musa Hitam membuat kenyataan di Kota Bharu itu, Mahathir meminta diberi masa untuk menyemak kebenaran apa yang dinyatakan oleh bekas timbalannya dengan alasan beliau tidak ingat mengenainya memandangkan ia sudah begitu lama berlaku.

Musa Hitam kemudiannya tampil dengan kenyataan akhbar yang panjang lebar untuk mengukuhkan lagi dakwaannya bahawa sememangnya Mahathir berada di dalam negara, sambil mengatakan beliau bersama pemangku Ketua Polis Negara ketika itu juga sempat memberi taklimat mengenai Memali kepada Perdana Menteri.


Sumber 
-



Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang di hadapan Speaker, Hannah Yeoh pada persidangan Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Majlis mengangkat sumpah yang berlangsung tepat pukul 10 pagi itu disaksikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Setiausaha Kerajaan Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Pada 23 Mac lalu, Wan Azizah yang juga Presiden PKR memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi.

PRK Kajang diadakan selepas Adun Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lepas bagi memberi peluang kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Bagaimanapun, Wan Azizah diangkat sebagai calon yang baru setelah menggantikan Anwar apabila ketua pembangkang itu diisytihar tidak layak bertanding ekoran didapati bersalah atas tuduhan ke membabitkan bekas pembantu peribadinya di Mahkamah Rayuan.

-

Sepasang Gay Lelaki Tua telah berkahwin buat kali pertamanya di China secara siaran langsung. "Pengantin" yang pakai dress putih adalah "wanita". Pasangan ini terdiri daripada seorang cikgu dan seorang penghantar air botol dari daerah Pinggu. 



-


Penyanyi Misha Omar mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama tunangnya, juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32, pada 2 Mei ini.

Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 32, berkata, dia dan pasangannya sudah mula mengedarkan kad jemputan kahwin dan akan dihadiri kira-kira 500 orang tetamu.

"Kad kahwin sudah pun diedarkan bermula hari ini (Sabtu). Majlis pernikahan akan berlangsung di sebelah pagi manakala acara resepsi pula diadakan pada sebelah malam.

"Kedua-dua majlis itu akan berlangsung di Hotel Renaissanse Kota Bharu, Kelantan," katanya.

Misha ditemui pada sidang media khas mengumumkan tarikh perkahwinannya itu di Holy Smoke cafe di sini pada petang Sabtu. Turut hadir, tunangnya, Firos bersama pengurus yang juga merupakan kakak Misha, Mimie Omar.

Majlis resepsi di pihak lelaki pula akan berlangsung pada 12 Mei ini di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

Terdahulu Misha berkata, dia yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari ini terpaksa menangguhkan perkahwinan itu bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November tahun lalu.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak juga bersetuju menyerahkan hantaran lima dulang berbalas lima tanpa barangan berjenama dan wang tunai.
-


BMW X6 merupakan hadiah paling 'cool' apabila mendapat keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beruntung sungguh Ammar Effendy kerana usaha kerasnya mengulang kaji pelajaran hingga memperoleh keputusan cemerlang membolehkan dia memiliki kereta sport yang menjadi idaman ramai lelaki.

Ibunya, pelakon jelita, Rozita Che Wan, nampaknya tidak sabar-sabar lagi mahu melunaskan hajat anak lelaki kesayangannya itu.

Bercakap kepada media, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata, anaknya itu perlu menunggu dia dan suaminya, Zain Saidin menguruskan pembelian kereta baru untuk keluarga itu.

Che Ta dan suami merancang membeli kereta baru yang lebih besar memandangkan dia kini sedang hamil dan ahli keluarga akan bertambah.
-


Bukan sesuatu yang memeranjatkan apabila pelakon Emma Maembong akhirnya mengaku kepada pihak media bahawa benar yang dia bercinta dengan pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak.

Bertemu Emma pada majlis pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Maixara di Menara Kuala Lumpur semalam, aktres kacukan Melayu-Scotland ini berkata, selama ini dia bukan sengaja merahsiakan perhubungan tersebut meskipun sering diasak dengan pelbagai spekulasi hinggalah timbulnya beberapa kontroversi.

"Saya tahu selama ini ramai media juga peminat tertanya-tanya hubungan kami. Tapi pada ketika itu saya tidak berani untuk membuat apa-apa kenyataan melainkan menyatakan kami kawan kerana masa tu memang kami hanya sebagai kawan rapat. Saya memang dah kenal Zizan lama, sejak sebelum jadi artis lagi sebab kami sekampung dan berjiran. Dan bila saya jadi artis baru kami berkawan rapat.

"Saya tak mahu terlalu menjaja hubungan kami pada ketika itu sebab baru sekadar kawan. Nanti kalau tak membawa kepada peringkat seterusnya, malu. Bagi saya, sebelum lahirnya hubungan cinta, kita dan pasangan kita memerlukan masa untuk masing-masing kenali hati budi. InsyAllah kalau ada jodoh saya tak akan sorok, saya akan beritahu pada semua", katanya yang sekaligus mengesahkan hubungannya dengan Zizan kini sudah ke fasa serius.

Namun kata Emma, setakat ini mereka belum merancang mahupun berbincang soal kahwin. Bagaimana pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama 'Kau Yang Terindah' ini bersykur kerana Zizan sangat disenangi oleh bapanya. Seperkara yang melucukan, cerita Emma, saat dia membawa Zizan bertemu dengan keluarga, bapa Emma langsung tidak mengetahui yang Zizan adalah seorang artis.

"Zizan adalah lelaki pertama yang saya bawa jumpa ayah. Sebelum ini saya tak pernah bawa mana-mana kawan lelaki saya jumpa dengan ayah. Masa jumpa tu ayah memang tak kenal siapa Zizan. Tapi bila Zizan mula cakap dalam loghat Terengganu, mereka mula mesra dan terus rancak berbual.

"Tapi kemudiannya ayah saya jadi hairan sebab semasa kami berjalan, ramai pula orang yang ingin ambil gambar dengan Zizan. Dalam diam-diam ayah siasat dan bertanyakan pada kawan-kawan dia, siapa Zizan. Selepas dapat tahu daripada kawan-kawan dia, baru lah dia tahu yang Zizan tu artis. Baru lah dia tahu yang anak dia bercinta dengan artis...

"Tapi Alhamdulillah, ayah tidak menghalang perhubungan kami, asalkan kami tahu jaga batas pergaulan", katanya sambil tersenyum mengenang gelagat ayahnya yang juga merupakan pelukis terkenal negara, Ismail Maembong.

Dalam perkembangan lain, Emma kini menggalas tanggungjawab sebagai duta Maixara selama setahun. Selain itu pada bulan April ini, Emma tidak mengambil mana-mana tawaran berlakon kerana ingin berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.
- -


Aliran bengkak dahi menjadi kegilaan ramai wanita Jepun dan mendapat perhatian masyarakat di Negara Matahari Terbit itu.

Mereka melihat membengkakkan dahi dan membentuk ia seperti sebiji donut adalah kecantikan diri terkini untuk dicuba.

Penampilan luar biasa itu dihasilkan menerusi suntikan air bergaram pada dahi seseorang, kemudian menekan pada tengah kawasan yang membengkak dengan ibu jari.

Tidak kira tua atau muda, lelaki mahupun wanita dan kononnya tampak cantik, mereka begitu taasub mencipta pengubahsuaian itu.

Bagaimanapun, budaya yang ditawarkan di Jepun ini begitu asing dan tidak diterima pakai oleh masyarakat negara ini.

Ibu bapa di negara ini pasti akan runsing, sebaik melihat dahi anak bengkak dan segera menuamkan tuala panas pada dahinya bagi menghilangkan bengkak, sedangkan kebanyakan golongan muda di sana menganggap ia sebagai kecantikan yang perlu dicuba.

-


Mayat seorang lelaki mangsa bunuh ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan sembelih di leher, kelar di rusuk kanan serta perut ditoreh dari dada ke pusat menyebabkan isi perutnya terburai di kawasan rumah pam air di Jalan Permatang Nibong, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 7.40 malam itu, anggota polis yang bertugas di Balai Polis Bukit Tengah menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat berkenaan menyebabkan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Unit Anjing Pengesan (K9) dikejarkan ke tempat kejadian.

Sumber berkata, mayat ditemui dalam keadaan telentang dan masih lengkap berpakaian serta terdapat kesan tatu bercorak naga di dadanya dan pemeriksaan mendapati tiada kesan suntikan BCG di lengan serta tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mayat dipercayai warga asing itu.

"Keadaan mayat itu cukup mengerikan apabila terdapat kesan sembelih di leher, kesan kelar di rusuk kanan, perut terburai selain kesan tikaman pada telinga di sebelah kanan serta kesan hentakan objek tumpul di sebelah kanan kepala.
-


Polis China memutuskan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang wanita yang memukul anak lelakinya dengan penyangkut baju selepas berpuas hati budak terbabit “nakal” kerana tidak menyiapkan kerja rumah.

Kecederaan Xiao Bing, 6, dikesan seorang guru di sebuah tadika di Jiangmen di wilayah Guangdong ketika budak terbabit menyalin pakaian untuk menyertai sesi pendidikan sukan.

Melihat kecederaan itu, guru terbabit mengambil gambar Xiao menggunakan telefon bimbit dan menyerahkannya kepada polis.

Namun, walaupun kecederaan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa, ibu Xiao tidak ditahan selepas polis Jiangmen mendapati ia tidak terlalu serius seperti dijangka.

Sumber berkata, polis juga sudah menasihati wanita terbabit supaya tidak lagi memukul anaknya terlalu teruk.

Katanya, Xiao mendakwa dia dipukul dengan dawai penyangkut baju kerana gagal menyiapkan kerja rumah.

“Namun polis mendapati kecederaan itu tidak terlalu serius seperti apa yang dilihat.

“Polis beranggapan memadai jika ibu kanak-kanak terbabit diberi amaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu,”katanya.

Menurut sumber berkenaan, ibu dan bapa Xiao tidak berpuas hati dengan pencapaian akademiknya.

Katanya, Xiao juga didakwa nakal dan sering mengabaikan tugasan diberi guru.

Justeru, kata sumber itu, ibu bapa Xiao berpendapat anak mereka perlu diajar supaya lebih bertanggungjawab.- Agensi
-















Seorang lelaki terselamat daripada maut apabila kereta miliknya terus meluncur laju ke dalam parit sedalam lima meter sebaik enjin kenderaan itu dihidupkan dalam kejadian di Jalan Penampang, berhampiran Hospital Queen Elizabeth (HQE) I, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.45 petang, lelaki itu, Arbain Sumudin, 37, dikatakan berada di luar kereta Perodua Myvi miliknya sebelum menghidupkan enjin.

Namun, sebaik dihidupkan, keretanya terus meluncur sebelum terhumban ke dalam parit di hadapannya.

“Saya baru melawat isteri yang menjalani rawatan buah pinggang di HQE dan mahu ke tempat kerja.

“Ketika menghidupkan enjin, tiba-tiba kereta saya terus bergerak dan terjunam ke longkang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
-


 “Saya tidak tahu nak kata apa apabila tahu wanita yang saya jatuh hati itu sebenarnya lelaki Afrika,” kata seorang lelaki yang kerugian lebih RM100,000 akibat terperangkap dalam sindiket cinta Internet atau ‘love scam’ didalangi warga Afrika.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azhar, 28, berkata, dia kini hanya mampu menangis selain menyesali ke*****an diri gara-gara kemaruk cinta terhadap wanita bernama Alina yang dikenali menerusi kiriman e-mel pada Julai tahun lalu.


“Dalam e-mel dikirimnya, Alina memberitahu, dia tinggal di United Kingdom (UK). Bapanya rakyat Malaysia manakala ibunya warga Eropah dan sekarang dia mahu datang ke negara ini untuk mencari keluarga bapanya.

“Dia turut memberi satu alamat yang kononnya alamat terakhir keluarga bapanya. Saya membuat pemeriksaan di Internet dan mendapati alamat itu wujud menyebabkan saya menyambut salam persahabatannya,” katanya, semalam.


Pada mulanya, Azhar yang juga seorang kakitangan awam sekadar mahu berkawan sebelum jatuh hati dengan cara wanita itu berkomunikasi dengannya selepas sebulan berkenalan.
-



Pegawai Penguat Kuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Mohd Radzi Saliman memberitahu mahkamah beliau melihat pelakon Shahrizal Jaszle hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam) ketika serbuan dilakukan di sebuah apartmen di Taman Sri Subang dekat pada 16 Mei 2013.

Mohd Radzi, 30, berkata, ketika pemeriksaan dibuat di bilik kedua rumah berkenaan, ia didapati berkunci dan hanya dibuka selepas hampir lima minit diketuk oleh pihaknya.

Katanya, ketika itu seorang wanita berbaju T dan berseluar pendek kelihatan terpinga-pinga ketika membuka pintu bilik berkenaan.

"Ketika pintu dibuka bilik berkenaan berada dalam keadaan gelap dan selepas saya membuka lampu bilik itu, saya mendapati ada seseorang yang sedang baring di katil sambil berselimut.

"Apabila dia diarahkan untuk bangun dari katil saya mendapati dia adalah seorang lelaki dan ketika itu dia hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam) sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai saksi pertama dalam kes perbicaraan melibatkan pelakon Sharizal Jaszle atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, dengan seorang pegawai bank, Farah Nurizzati Salleh, 22, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini pada Selasa.

Shahrizal Jaszle diwakili peguam syarie, Ashraf Ranee manakala pendakwaan dilakukan pendakwa syarie, Hasrul Hafidzi Ahmad.

Perbicaraan dijalankan di hadapan hakim syarie, Abd Halim Abu Samah.

Mohd Radzi turut memberitahu mahkamah, aktor itu juga mengaku wanita yang bersamanya dalam sebuah bilik ketika diserbu adalah teman wanitanya selepas disoal sama ada mereka mempunyai ikatan sah sebagai suami-isteri.

Terdahulu Shahrizal yang duduk di kandang tertuduh, hadir memakai baju Melayu berwarna putih lengkap bersongkok kelihatan tenang ketika mendengar keterangan daripada saksi sepanjang hampir dua jam perbicaraan berlangsung.

Dalam kejadian 16 Mei 2013, Shahrizal dan pasangannya Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang dekat sini kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri, 26, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu.

Pada sebutan kes pada 13 November tahun lalu, Farah Nurizzati telah mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut memerintahkan Shahrizal membayar wang jaminan sebanyak RM1,500 selepas pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat yang dikenakan.

Sementara itu, Shahrizal ketika ditemui di perkarangan mahkamah memberitahu dia berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Mohd Radzi kepada mahkamah.
-


Puteraberjaya - Pihak CIA yg turut terlibat dalam pencarian MH 370 benar2 terkejut apabila satelit mereka mencerap suatu penemuan baru di Utara Tanah Air Malaysia.

Akibatnya CIA telah mengklasifikasikan tiga negeri di Utara semenanjung, iaitu negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis sebagai negeri tercangih dan berpotensi dijadikan hub teknologi tinggi.

Ini disebabkan pihak CIA mendapati rata2 rakyat di negeri2 tersebut sering berbicara tentang teknologi satelit atau sebutan ringkasnya SAT contohnya .... maiSAT, SATlagi, dudukSAT ... dan TungguSAT.

Ketiga-tiga negeri ini juga dipercayai turut berkongsi menggunakan satelit mereka sendiri yg dipanggil SATno ... kerana pihak CIA mendapati ayat ini amat kerap digunakan diketiga negeri2 tersebut
-


Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melalui satu kenyataan berkata, kutipan tol melalui Plaza Tol Bandar Cassia disediakan untuk pengguna melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) manakala Plaza Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi pengguna dari persimpangan bertingkat Batu Kawan.

“Bagi kereta persendirian dan teksi, kadar tol dikenakan adalah RM8.50 manakala motosikal sebanyak RM1.70.

“Lori kecil dan sederhana adalah RM30.50 manakala lori besar atau trak panjang dikenakan kadar tol sebanyak RM70.10 sementara bas perlu membayar tol sebanyak RM26.20,” katanya.


Menurutnya, pengguna jalan raya akan dikenakan dua kutipan iaitu tol jambatan dan tol jalan penghubung antara jambatan dengan PLUS.

Sementara itu, kadar tol bagi jalan penghubung antara jambatan dengan PLUS ialah 60 sen bagi kereta, 90 sen (lori kecil dan sederhana), RM1.20 (lori besar atau trak panjang), 30 sen (teksi) dan 50 sen (bas).

“Kutipan tol dikenakan secara sehala di Plaza Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Plaza Tol Bandar Cassia bagi pengguna yang menggunakan jambatan dari tanah besar (Batu Kawan) ke arah bahagian pulau (Batu Maung),” katanya. -metro-
-

SEJARAH PKR - UNTUK MEMBEBASKAN ANWAR DARI TAHANAN . DAN PKR LAHIR DARIPADA PARTI IKATAN MASYARAKAT ISLAM MALAYSIA.

Parti KeADILan Nasional merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir daripada gelombang Reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 2 September 1998. Sekumpulan NGO dan parti pembangkang kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Pendokong reformasi kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) untuk memberi platform kepada perjuangan mereka.

Selepas itu, usaha menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu disebabkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti kecil yang sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti KeADILan Nasional diadakan pada 4 April 1999.

Selepas Pilihanraya 1999, kesedaran timbul tentang keperluan Parti Keadilan Nasional dan PRM bergabung, berdasarkan komitmen mereka yang sama terhadap Reformasi, menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa.

Pada 3 Ogos 2003 Keadilan dan PRM melancarkan Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur.
Pada waktu itu Pendaftar Penubuhan masih enggan meluluskan pendaftaran parti. Maka pada Pilihanraya Umum 2004, calon-calon PRM bertanding di atas platform Keadilan. Calon tunggal yang menang ialah Presiden Parti iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Selepas Pilihanraya Umum, akhirnya Parti Keadilan Rakyat diluluskan penubuhannya.

Parti Keadilan Rakyat mendapat suntikan baru selepas pembebasan Penasihat Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati tidak bersalah daripada tuduhan jenayah pada 2 September 2004, selepas enam tahun di dalam tahanan dan penjara.


Pemilihan pucuk pimpinan PKR kali ini bakal menyaksikan pertandingan suami isteri - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail - bagi merebut jawatan presiden parti.

Situasi ini sama seperti yang berlaku pada pemilihan PKR pada tahun 2007 PKR apabila Anwar dan Wan Azizah bersaing untuk jawatan presiden dalam pertandingan tiga penjuru. Seorang lagi calon ialah Abdul Rahman Othman

Wan Azizah ketika itu bertindak sebagai "insurans" kerana Anwar yang baru sahaja dibebaskan dari penjara mempunyai larangan lima tahun daripada aktif berpolitik.

Dalam kenyataan media petang ini, Wan Azizah mengesahkan yang beliau bertanding sebagai satu bentuk 'insurans', jika suaminya dihalang daripada bertanding.

Anwar kini sedang merayu hukuman penjara lima tahunnya di Mahkamah Persekutuan selepas didapati bersalah dalam kes Liwat II oleh Mahkamah Rayuan.

Di bawah Seksyen 9A(1)(b) Akta Pertubuhan 1966, seorang pemegang jawatan tidak boleh memegang jawatan atau mengekalkan jawatan dalam pertubuhan berdaftar jika disabit kesalahan dan didenda tidak kurang RM2,000 atau dipenjara untuk tempoh tidak kurang daripada setahun.

"Rakyat Malaysia telah lihat betapa zalimnya penguasa, tatkala saudara Anwar mahu melengkapkan 'Langkah Kajang', beliau dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, lalu dinafikan hak demokratik beliau untuk bertanding.

"Kini tidak mustahil akan ada percubaan dari pihak Umno-BN untuk sekali lagi menafikan hak demokratik saudara Anwar untuk bertanding dan memegang jawatan presiden PKR secara sah," katanya..

Berdasarkan sikap itu, Wan Azizah berkata beliau perlu mengambil sikap berhati-hati dalam menghadapi taktik BN dan Umno.

Justeru, beliau menerima cadangan daripada ahli parti untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya.

"Keputusan ini dibuat demi menjaga kepentingan dan masa depan parti sekiranya dalam masa terdekat ini sebelum pencalonan dimuktamadkan saudara Anwar tidak dapat meneruskan pencalonan beliau" katanya.

Pertandingan enam penjuru

Sementara itu, bagi jawatan timbalan presiden pula menyaksikan pertandingan enam penjuru. Penyandangnya, Azmin Ali turut mempertahankan jawatan tersebut.

Lima lagi calon jawatan timbalan presiden ialah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Tian Chua, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk K Ramachandram, dan Murali Subramaniam.

Bagi jawatan naib presiden pula, 16 calon telah menyerahkan borang pencalonan mereka hari ini.

Tian Chua yang bertanding jawatan timbalan, turut mempertahankan jawatan naib presiden.

Lima belas lagi calon naib presiden ialah Baru Bian (penyandang), Datuk Mansor Othman (penyandang), Fuziah Salleh (penyandang), N Surendran (penyandang), Nurul Izzah Anwar (penyandang), Mustapha Kamil Ayub, Elizabeth Wong, Dr Shanmugam Rangasamy, Dr Streram Sinnasamy, Mohd Rafizi Ramli, Mohd Yahya Sahri, Lee Chin Cheh, Suresh Kumar, Dr Xavier Jayakumar dan Shamsul Iskandar Md Akin

Seorang lagi naib presiden secara lantikan, Datuk Chua Jui Meng tidak mempertahankan jawtaannya.

Seramai 78 calon akan bertanding untuk jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Manakala tiga calon bertanding bagi jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK). Mereka ialah Nik Nazmi Nik Ahmad, Amir Shari dan Nazree Mohd Yunus.

Empat calon akan berebut jawatan timbalan Ketua AMK - Mohd Serman Hassnar, Chang Lih Kang, Afif Bahardin dan Ramesh Kumar.

Calon bagi naib ketua AMK - Raymon Ahuar, Mohd saifullah Zulkifli,  Ginie Lim, Rajaresh Gabaran Maniraju, Carol Urmilla, Sri Sanjeevan Ramakrishnan, Nor Hizwan Ahmad, Mohd Razlan Jalalauddin, dan Sangeetha Jayakumar.

62 calon bertanding untuk jawatan exco AMK.

Dua calon akan bertanding merebut jawatan ketua Wanita PKR, iaitu Rodziah Ismail dan Zuraida Kamaruddin (penyandang).

Calon timbalan ketua Wanita (3) - Haniza Mohd Talha, Rusnah Anai, Tengku Intan Tengku Abdul Halim.

Calon naib ketua Wanita - (6 orang) Gan Pei Nie, Nor Sham Abu Samah, Dr Daroyah Alwi, Sivamalar Ganapathy, Johar Mat Lani dan Tan Poh Lai. - Malaysiakini -
-


Beberapa objek yang ditemukan di Lautan Hindi disahkan bukan daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam satu kenyataan hari ini berkata, objek terbabit yang dipungut oleh kapal China dan Australia dikenal pasti sebagai peralatan untuk menangkap ikan atau sampah.

Bagaimanapun, AMSA tidak menyatakan jumlah atau lokasi tepat objek berkenaan ditemukan.

Sementara itu menurut AMSA, operasi mencari pesawat MH370 yang memasuki hari ke-23 hari ini memberi fokus di kawasan seluas kira-kira 319,000 kilometer (km) persegi berpandukan hasil analisis lebih terperinci para penyiasat nahas kapal terbang.

Katanya, mengikut perancangan, 10 buah pesawat terlibat dalam gerakan mencari di kawasan kira-kira 1,850 kilometer di barat Perth.

Lembaga itu juga berkata, semua kapal di kawasan mencari ditugaskan mengesan dan mengenal pasti objek yang dilihat pesawat sejak dua hari lalu.

"Cuaca di kawasan mencari diramal menjadi lebih buruk hari ini dengan hujan renyai dan awan rendah tetapi operasi mencari dijangka diteruskan," katanya.

Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 239 penumpang hilang kira-kira sejam selepas memulakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac lalu mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di satu kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Menurut AMSA, pesawat yang mengambil bahagian hari ini adalah dari Australia, Jepun, China, Korea Selatan, Amerika dan Malaysia serta sebuah jet awam yang bertindak sebagai penyelaras komunikasi.

Kapal Australia HMAS Success, kapal Pentadbiran Keselamatan Maritim China Haixun 01, kapal Biro Penyelamat China Nan Hai Jiu dan kapal tentera laut China Jinggang Shan tiba di kawasan mencari semalam.

"Enam lagi kapal akan tiba di kawasan itu hari ini," kata kenyataan itu.

Katanya, kapal frigat kelas ANZAC HMAS Toowoomba meninggalkan Perth petang semalam dan dijangka tiba di kawasan mencari dalam masa tiga hari.

"Kapal ADV Ocean Shield pula dijadual berlayar dari Perth lewat hari ini setelah dipasang alat pengesan kotak hitam dan kenderaan bawah air," kata AMSA. - DPA, BERNAMA
-

Apa lagi cina mahu?.. tak habis habis dengan bantahan, Mereka keluarga penumpang banyak yang nak mengamuk. Dah bawak ke malaysia pun nak membebel lagi. Kerajaan Malaysia takde pun cakap pasal terhempas. PM Najib cakap berakhir di Lautan Hindi je mana ada terhempas. Kerajaan Malaysia dah bagi banyak maklumat kenapa nak buat bantahan. Kalau dah bagitahu pun nak marah, tak bagitahu pun nak marah.

 Media Malaysia lah yang sebar spekulasi ni dengan ucapan takziah, mengenang MH370, RIP (Rest In Peace) , Takziah kepada keluarga terkorban, Berkabung, dan banyak lagi. Dari media malaysia yang anggap ucapan Najib sebagai pesawat terhempas yang buatkan rakyat malaysia dan media barat pun ikut sama. Tengok kat televisyen pun banyak, alfatihah lah tiap 30 minit. seolah olah MH370 tu dah tiada dan semua tekorban. Mainkan sentimen kesedihan di kalangan keluarga. Kalau media kat malaysia ni ajak berdoa oklah juga tetapi apa yang mereka buat hanyalah menambah kesedihan keluarga dalam pesawat sahaja.

Kumpulan cina ni pun satu, malaysia dah bgtau hal sebenar mereka je yang cakap terhempas dari ucapan PM yang menimbulkan banyak persoalan. Ni semua keje media malaysia lah seolah olah benda tu da terhempas. Diaorang nak bukti terhempas padahal malaysia xde pun cakap terhempas. Sigh.. hahhaa.. bikin panas je mereka ni. Ucapan Najib pun tidak diakui oleh yang bagi maklumat. Diaorg yang bagi data satelit kata diaorag bg maklumat je ikut Malaysia lah nak buat keputusan sendiri. Idea berakhir di lautan hindi adalah idea sendiri bukan dari mereka.

Permintaan permohonan maaf daripada kerajaan Malaysia kepada keluarga penumpang rakyat China penerbangan MH370 adalah antara tuntutan oleh kumpulan keluarga penumpang rakyat China yang baru tiba semalam.

Malah, mereka juga mahu berjumpa dengan pemimpin atasan kerajaan Malaysia iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Jurucakap kumpulan terbabit, Jiang Hua berkata, kedatangan mereka ke negara ini disebabkan berasa kesal tidak mendapat apa-apa manfaat daripada pertemuan dengan wakil kerajaan Malaysia di Beijing.

“Kami mahu kerajaan Malaysia memohon maaf kerana maklumat tidak tepat diberikan kepada kami ketika di Beijing.

“Selain itu, kami mahu bukti bahawa pesawat berkenaan sudah terhempas serta semua penumpang sudah mati seperti yang diumum pada 24 Mac lalu,” katanya dalam sidang media di sebuah hotel di sini selepas baru beberapa jam tiba di negara ini.

Keluarga terbabit yang disertai 33 orang turut membawa sepanduk yang ditulis dalam tulisan Cina yang bermaksud “kami mahu bukti, kami mahu kebenaran, kami mahu keluarga kami kembali.” Hua berkata, pihaknya berharap akan ada pertemuan dengan pemimpin tinggi Malaysia sepanjang mereka berada di sini.

“Dalam sehari dua ini, kami berharap dan mahu bertemu dengan wakil dari MAS dan pihak lain yang berkenaan.

“Bagaimanapun, kami mahu pertemuan itu disertai dengan maklumat lengkap,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak akan membuat perkara tidak mengikut lunas undang-undang.

“Kami cuma akan tunjukkan tuntutan kami melalui cara yang lebih berasas,” katanya ketika ditemui, semalam.
-
Setelah abes kontroversi dengan khairi jamaludin .. kini tok moh beraksi lagi dengan Ritual Seru Mayat.
- -


Kedutaan Malaysia ke China pagi ini, mengeluarkan notis amaran keselamatan warganegara Malaysia yang berada di Beijing.

Persatuan termasuk Presiden Student_Union Malaysia ke China, Kwok Ching Ching, mengesahkan menerima notis amaran tersebut daripada pihak kedutaan Malaysia Dimaklumkan, sekumpulan warga China akan mengadakan demonstrasi dengan panji-panji yang memaki hamun MAS dan Malaysia di depan Kedutaan Malaysia di negara itu.

Lebih buruk lagi, selebriti China secara terbuka menyeru rakyat China memboikot khidmat Malaysia Airlines dan barangan buatan Malaysia.




-

Nasib pelajar malaysia dan juga tidak terkecuali artis malaysia kini dalam dilema untuk keluar kerana sentimen anti malaysia yang amat kuat di China. Dikhabarkan ada pelajar di sana tidak dibenarkan untuk menaiki bas, dimarahi dan lain -lain.


-


Beberapa artis Malaysia yang popular di China telah menjadi mangsa keadaan insiden MH370 apabila mereka dikritik malahan dihina oleh rakyat negara itu.

Antara artis Malaysia yang menjadi mangsa ialah Fish Leong, Shila Amzah dan Victor Wong, keiga-tiga mereka merupakan penyanyi yang mencipta nama di China.

Tindakan Fish Leong yang memaparkan gambar lilin sebagai tanda penghormatan kepada mangsa pesawat MH370 segera mendapat reaksi sesetengah `peminat' yang tidak rasional.

Malahan terdapat individu tertentu yang mengeluarkan kenyataan melampau yang menghina Fish Leong.

"Monyet dan anjing Malaysia jangan masuk ke kawasan China," demikian kenyataan seorang pengguna Internet terhadap Fish Leong.

Sentimen kaum turut diutarakan terhadap Fish Leong malahan terdapat individu tertentu yang menyumpah anak yang sedang dikandung Fish Leong.

Fish Leong merupakan penyanyi popular kelahiran Bahau, Negeri Sembilan yang mencipta nama di Malaysia, China, Hong Kong dan Taiwan.

Namun di sebalik kutukan, terdapat juga pengguna Internet yang cuba mempertahankan Fish Leong dengan menyatakan bahawa kejadian MH370 tidak mempunyai kaitan langsung dengan artis itu.

Dalam pada itu, penyanyi Melayu yang juga mencipta nama di China iaitu Shila Amzah turut menjadi mangsa keadaan apabila dia dimarah dan dikutuk.

Terdapat `peminat' yang beremosi tiba-tiba menyuruh Shila balik ke Malaysia malahan menyebut Malaysia sebagai negara terburuk.

Shila yang tidak berdaya berbuat apa-apa terpaksa menggunakan laman sosial Weibo untuk menyatakan "MH370 bukan salah saya, minta maaf"
-

Petikan http://beritapanasterkini.blogspot.com/ :
Menurut laman web rasmi Boeing, harga katalog tahun 2013 untuk sebuah pesawat Boeing 777-200 yang digunakan oleh penerbangan MAS MH370 adalah US$ 261.5 juta atau sekitar RM 863juta.Namun, biasanya syarikat penerbangan boleh mendapatkan diskaun dari harga tersebut. Sebenarnya terdapat dua jenis pesawat 777-200. Pertama adalah 777-200ER seharga US$ 261.5 juta (RM 863juta), dan 777-200 LR berharga US$ 296 juta (RM 977 juta).

Seperti Drama melayu, isteri bunuh suami, dapat insurans suami. MAS setakat ini telah akan menerima RM330 juta daripada syarikat insurans belum dicampur dengan insurans lainnya. Adakah MAS akan boleh menerima sebanyak RM1.174 bilion untuk menanggung kerugiannya  pada tahun 2013?. Adakah dengan insurans ini dapat menampung kerugian MAS pada tahun 2013?  

Pemegang insurans kepada pesawat MH370 bersetuju menanggung AS$100 juta (RM330 juta) kos kehilangan pesawat itu walaupun belum jelas apa yang sebenarnya berlaku, lapor Wall Street Journal (WSJ).

Bagaimanapun, perjanjian tanggungan itu hanya untuk kos pesawat dan tidak termasuk polisi insurans hayat atau pampasan daripada syarikat penerbangan.

Dilaporkan, insurans itu terbahagi antara badan kapal dan tanggungan iaitu semua polisi komprehensif, kerugian penumpang dan pesawat serta polisi yang melindungi pesawat daripada perbuatan jahat yang dikenali sebagai Hull War dan Allied Perils.

“Bila punca kehilangan pesawat tidak diketahui, kami akan meningkatkan 50 peratus daripada nilai pesawat,” kata seorang pakar insurans.

Minggu lalu, syarikat insurans Jerman, Allianz Global Corporate & Specialty mendedahkan ia adalah syarikat insurans utama bagi pesawat MAS yang hilang berkenaan bagi polisi liabiliti dan kapal terbang.
-

Menurut TUDM mereka telah mengesan keadaan patah balik tetapi tidak menggap ianya sebagai musuh. Tetapi mengikut perkiraan logik, untuk keselamatan negara pihak TUDM patutnya bertanyakan kepada pusat kawalan sama ada membuat arahan berpatah balik atau tidak. Nampak sangat kawalan keselamatan negara amat longgar.

Cuba bayangkan, jika  pesawat MAS yang berpatah balik tu pergi ke Kuala Lumpur dan Langgar KLCC? Apa yang TUDM nak kata?. Adakah mereka akan kata, owhh.. kami ada kesan satu pesawat misteri perpatah balik dan tidak menganggap sebagai musuh. Kami akan tunggu SOP, dah komfirm baru bertindak. Adakah itu jawapan yang sepatutnya dikeluarkan?..

Jelas untuk katakan negara kita masih longgar dari isu keselamatan, dari isu kad pengenalan palsu, pasport palsu, pendatang asing tanpa izin  yang makin kaya di malaysia, dan banyak lagi. Faktor yang "anggap" dan tunggu dan lihat inilah yang menyebabkan keselamatan negara begitu longgar.

Selain daripada itu, terlampau banyak biokrasi sehinggakan terpaksa menunggu penyiasatan terperinci baru boleh bertindak sebagai contoh : kesan pesawat misteri patah balik, kemudian nafi, seminggu kemudian, baru kata betul patah balik. Apabila dah hilang pesawat itu, barulah kata , kami tunggu SOP  pasukan penyiasat nak komfirmkan bahawa tu pesawat MH370  dan perkataan anggap, mungkin dan berpendapat selalu digunakan sebagai alasan. Cuba lihat petikan ini yang dinyatakan secara ragu-ragu :

"Kerana kita berpendapat pusat kawalan udara sama ada di Subang atau KLIA mungkin sedang melakukan prosedur operasi standardnya (SOP) untuk mengesan pesawat itu, dan kita (TUDM) juga melakukan SOP kita untuk mengesannya,"

Kenapa TUDM tidak kata seperti di bawah ni :

"Pihak kami telah menghubungi pihak Subang dan KLIA dan telah bekerjasama bersama untuk mengesan pesawat tersebut ataupun pihak kami telah telah membuat SOP berasingan dengan SOP dari KLIA untuk mengesan pesawat tersebut"

Oleh yang semikian, sebagai pasukan yang menjaga negara. Diharapkan perkara ini dijadikan iktibar, bukan maksud saya untuk katakan sesiapa bersalah dalam hal ini, cuma untuk menyatakan bahawa negara kita amat lemah dalam isu keselamatan negara. Adakah negara kita sedia untuk berperang jika perkara seperti ini berlaku lagi. Kita tidak tahu, mungkin dalam pesawat komersil dari negara X membawa beribu ribu tan bom atau berpuluh - puluh orang tentera. Dari mata kita ianya bukan musuh. Mungkin juga pesawat MAS yang terbang secara mencurigakan dari luar negara ke dalam negara sendiri bersedia digunakan untuk berperang dengan negara sendiri. Berikut petikan harakah mengenai perkara ini :

Pesawat yang tidak dikenali dan berpatah balik sebenarnya dikesan pada radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)  beranggapan ia mungkin berbuat demikian kerana menerima arahan menara kawalan trafik udara.
 
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata pesawat tersebut boleh menerima arahan tertentu dari menara kawalan dan melencong ke laluan lain jika dikehendaki tetapi keadaan tersebut bukan sesuatu yang memerlukan tindakan daripada TUDM walaupun ia dikesan di radar utama.
 
"Kita mengesan (keadaan) berpatah balik itu tetapi tidak menganggap sebagai musuh dan ia adalah mesra pesawat dan mungkin menerima arahan dari menara kawalan, tetapi apa yang kita lihat akhirnya ia (pesawat) hilang (dari radar) di Laut Andaman atau Utara Selat Melaka.
 
"Untuk makluman bahawa radar kita hanya boleh mencerap sekitar 250 batu nautika sahaja, sebenarnya mana-mana radar di dunia pun hanya boleh mencerap sejauh 250 batu nautika sahaja," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja di Dewan Rakyat di sini hari ini.
 
Pada 8 Mac lalu, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
 
Radar utama milik TUDM pula dilaporkan mengesan sebuah pesawat membuat pusingan balik di lokasi sama di mana pesawat MH370 hilang dari radar kedua.
 
Abdul Rahim bagaimanapun menafikan bahawa TUDM mengambil masa untuk mengumumkan bahawa radarnya mengesan tindakan berpatah balik oleh pesawat yang tidak dikenali itu pada masa yang sama dengan waktu kehilangan MH370.
 
"Kerana kita berpendapat pusat kawalan udara sama ada di Subang atau KLIA mungkin sedang melakukan prosedur operasi standardnya (SOP) untuk mengesan pesawat itu, dan kita (TUDM) juga melakukan SOP kita untuk mengesannya," katanya.
-

Penduduk di Maldives telah menjumpai objek yang dikatakan sebagai bom dimana kalau dilihat adalah sebahagian daripada objek dari pesawat. Mereka pernah melihat kapal terbang dengan jalur seakan pesawat MAS terbang rendah di kawasan itu akan tetapi dinafikan.

Adakah pesawat disorokkan oleh mereka (pihak tertentu ) dan kemudian mereka memberitahu Malaysia bahawa ianya telah hilang dengan gula-gula coklat hacks data setelit yang hanya mereka je boleh tipu sebab data tu diaorang je boleh pantau dan keluarkan. Semua tu tak boleh dijawap selagi tak jumpa apapapun bangkai pesawat. Kenapa nak cakap penumpang semua dah mati?. Perdana menteri pun tak keluarkan kenyataan tu. Media je sibuk dengan takziah kehilangan, RIP lah  padahal jumpa pesawat belum lagi. Kalau dah jumpa bangkai pesawat barulah boleh nak cakap RIP lah, apalah..yang penting cari dulu bukti terhempas baru boleh kuar kenyataan. jangan dengar cakap negara luar yang monopoli nak jatuhkan negara islam ni. selagi diaorang tak dapat kawal perairan negara selagi tu lah benda ni berlaku.

Mereka kuasa besar dah dapat kuasai banyak perairan di dunia ni cuma asia tenggara je belum sepenuhnya. rasanya tulah agenda mereka nak tau kekuatan tentera, berapa radar tentera kita ada, jumlah alat ketenteraan kita ada, bagaimana kita nak guna alat ini bila kecemasan atau darurat. So kalau berperang, senang dah tau dah kekuatan yang kita ada. Kenapa kita malaysia nak dengar cakap US ke UK ke. Padahal diaorg dari dulu dah pasang spy intip gerak geri pemimpin kita sendiri?.kita lagi dengar cakap mereka tu. kita ada bantah diaorang pasang spy intip malaysia? xdelah pulak.. cuba tengok indonesia, siap demo bagai.

"An object which looks like an explosive had on Monday washed up on the beach of Baarah in Haa Alif Atoll.According to Haveera Newspaper, a police media official said that the islanders had found the object, washed up on the beach sometime early in the evening.

He also reported that police had responded immediately by arriving at the scene and in turn reporting to Maldives National Defense Force (MNDF).The official informed that they do not known what it was, and that MNDF would determine its origins and whereabouts.

"MNDF is now at the island and preparing its extraction", the official said.

While some of the islanders speculate this unknown object to be a sea mine, others imagine it as another form of an explosive.Farah Ahmed of Haveeru newspaper originally reported the islanders’ accounts of seeing the odd, low-flying plane with Malaysia Airlines’ stripe emblem and colors.

Several residents of Kuda Huvadhoo in the Maldives told Haveeru newspaper reporters that they saw a low flying jumbo jet” at around 6:15am on March 8.They described the plane as being a white aircraft, with red stripes across it – what the Malaysia Airlines flights typically look like and they noted the incredibly loud noise the flight made when it flew over houses in the island. Read more about the cover-up of this sighting.

The MNDF spokesperson major Hussein Ali reported that they are now looking into this "unknown" object. He did not give details."

Adakah Bom ini seakan gambar di bawah ini ?. Macammana boleh sampai sana?.. adakah kita dikudakan oleh UK dengan data-data satelitnya yang boleh di dibuat atau dicipta?

Boeing Aircraft Fire Extinguisher 






-