Select Menu

Slider

Berita

Lawak & Jenaka

Cute

My Place

Gambar

Racing

Videos



 Dua lelaki cedera ditembak dalam kejadian berasingan di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama dan di Taman Makmur, Lunas, Kulim, malam tadi.

Dalam kejadian di Taman Sri Sentosa, seorang pemandu van pelancong cedera akibat ditembak berdekatan sebuah kedai serbaneka 9.30 malam tadi.

Mangsa yang berusia 27 tahun dipercayai terkena dua das tembakan dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan kecemasan.

Sementara itu di Kulim, seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan pada perut dan kaki kanan di sebuah kedai kopi di Taman Makmur, Lunas, kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Mangsa berusia 39 tahun dipercayai tembak ketika sedang berbual bersama seorang rakannya sebelum didatangi seorang daripada dua suspek.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, sebelum kejadian beberapa pelanggan lain turut berada di dalam kedai kopi berkenaan tetapi di meja berasingan.

"Secara tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topi keledar meluru masuk lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

"Rakan mangsa serta beberapa pelanggan lain sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami kecederaan.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di badan serta kaki kanan dikejarkan ke Hospital Kulim untuk rawatan dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal," katanya.

Katanya, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan
-


Kisah mengenai suku-suku kanibali sebelum era moden memang bukan rekaan semata-mata. Bahkan sebuah suku di Fiji mempunyai alat makan khas untuk menyantap daging manusia. Alat makan istimewa tersebut baru-baru ini terjual sehingga Rm 146,000 pada sebuah acara lelongan.

Harga yang cukup tinggi itu disebabkan ia adalah peninggalan dari abad ke-19. Selain antik, juga mempunyai cerita unik di sebaliknya.

Suku kaum asli di Fiji yang gemar makan daging manusia ini tidak sembarangan menggunakannya. Alat seperti garpu dengan empat jeruji tajam ini hanya boleh digunakan untuk ketua suku. Ketika perang antara suku masih kerap terjadi pada masa itu, biasanya korban yang kalah menjadi santapan lazat.

Tubuh-tubuh inilah yang akan disantap bersama-sama seluruh kaum suku. Namun pembahagian daging untuk ketua suku harus menggunakan garpu ini. Panjangnya beragam antara 6 hingga 17 inci.

Garpu-garpu tersebut dipandang sebagai benda suci dan disimpan di dalam sebuah gubuk berasap. Kerana garpu itulah yang mewakili kekuatan seorang ketua suku.


Seorang lelaki yang cuba berasmara dengan mayat selepas menggali kuburnya ditahan apabila tertidur dalam keranda bersama mayat itu.
Polis Kemboja semalam mengesahkan penahanan lelaki berusia 47 tahun itu yang dikenali sebagai Chin Chean.

Dia ditahan apabila penduduk kampung melihat kakinya terjulur keluar dari kubur  seorang remaja perempuan.

Penduduk kemudian memaklumkan perkara berkenaan kepada keluarga remaja itu.    Chin memberitahu polis,  dia mula menggali kubur itu pada jam 10 malam, sehari selepas dia menghadiri acara pengebumian remaja perempuan berusia 17 tahun itu.

Akhbar Cambodia Daily melaporkan Chin mengakui dia cuba berasmara dengan mayat remaja itu, tetapi disebabkan kerandanya terlalu kecil menyebabkan dia tidak dapat berbuat demikian. Dia kemudian tertidur di atas mayat remaja itu.

“Penduduk melihat kakinya terjulur keluar dari kubur  kira-kira jam 6 pagi sebelum memaklumkan kepada keluarga terbabit,” kata Keo Vutha, ketua polis kampung an Prey Poun, yang terletak 190 kilometer ke tenggara Phnom Penh.  “Kami tidak pasti  sama ada dia mengenali remaja itu ketika mangsa masih hidup,” katanya. - Agensi
-
- -
- -


SEORANG penumpang AirAsia mendakwa telinga kanannya hampir pekak kerana juruterbang syarikat itu telah bertindak meningkatkan kelajuan pesawat dari Guangzhou ke Kuala Lumpur untuk ‘mengejar masa’.

Pengusaha bunga, Wong Chan memberitahu Guang Ming Daily, pendengarannya hanya tinggal lima peratus kesan daripada kelajuan yang terjadi.

Katanya, ramai penumpang, termasuk suami dan anaknya, terpaksa menutup telinga mereka untuk mengurangkan ketidakselesaan berikutan ‘tekanan’ yang terhasil di dalam kabin.

Mengulas lanjut, Wong memberitahu, pada mulanya penerbangan mereka pada 8 Mei lalu telah ditangguhkan 40 minit, ia hanya berlepas China pada pukul 9:30 tetapi TETAP tiba di LCCT pada masa yang sama, seperti mana dijadualkan pada waktu asalnya

Ini membuatkan yang dia percaya yang  juruterbang pesawat itu menerbangkan pesawatnya dengan laju untuk mengejar masa.

Wong berkata telinganya mula berdarah ketika tiba di rumah.

Beliau memberitahu akhbar itu beliau telah pergi ke klinik di mana dia telah diberikan antibiotik, namun terpaksa merujuk kepada pakar setelah keadaannya tidak banyak berubah.

“Doktor berkata gegendang telinga kanan saya telah cedera kerana tekanan udara dan saya perlu dirawat selama setengah tahun, untuk melihat sama ada ia akan sembuh dengan sendiri. Jika tidak, saya perlu menjalani pembedahan,” katanya .

Sehingga kini, menurut Wong, dia tidak dapat bekerja dan terpaksa bergantung kepada ubat penahan sakit dan pil tidur setiap malam.

Katanya, beliau juga telah dinasihatkan agar tidak menggunakan pengangkutan udara selama enam bulan, dalam erti kata lain, beliau ‘terlepas’ peluang untuk bercuti di Bali, Phuket dan Taiwan seperti mana yang telah dirancang.

” Saya harap AirAsia boleh membayar pampasan kepada saya, sama ada untuk bil perubatan saya atau kesan psikologi yang disebabkan oleh kejadian itu,” kata Wong, 59, sambil menambah bahawa dia telah meminta bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai Tiew Way Keng kerana dia tidak mempunyai apa-apa insurans penerbangan.

Dalam pada itu, AirAsia dilaporkan telah menerima aduan Wong.

Menurut jurucakap syarikat itu, mereka mengalu-alukan penumpang lain yang menghadapi situasi yang sama dalam penerbangan tersebut  untuk menyediakan butiran lanjut mengenainya.

Sumber :mforum
-


Seorang wanita Inggeris Rachel Prince benar-benar mengalami hidup yang sukar akibat alergi yang kritikal terhadap air. Alahan yang dinamakan Aquagenic pruritis ini membuat kulit Rachel gatal-gatal dan memerah seperti melecur jika terkena dengan air. Bahkan dia akan mengalami kesakitan yang luar biasa apabila meminum air dan mandi.

" Saya merasa sukar untuk meminum sesuatu yang terlalu sejuk kerana itu benar-benar membuat tekak saya menjadi sakit dan tidak selesa, " ungkap Rachel. " Untuk beberapa alasan jus dan teh lebih mudah untuk diminum, tapi tetap saja ia mengandung air. "

Wanita berusia 26 tahun ini mengaku mula merasa alergi ini sejak umur 12 tahun. Keadaan ini membuat dia kesulitan untuk pergi kemana - mana kerana takut hujan akan menimpa tubuhnya. Dia bahkan harus memeriksa cuaca setiap kali ingin keluar rumah .

" Setitis air hujan dapat memberikan reaksi alergi yang sangat menyakitkan dalam beberapa jam, " tambahnya. " Saya selalu pergi keluar dengan mantel yang mempunyai tudung besar di atasnya serta payung untuk mengelakkan hujan yang datang dengan tiba-tiba. "

Rachel juga mendedahkan bahawa dia alergi dengan peluh dan air matanya. Bahkan dia mengalami masa sukar ketika bercium dengan teman lelakinya kerana air liur ternyata juga boleh membuat tubuhnya menjadi gatal-gatal luar biasa.

Alahan Aquagenic pruritis ini diyakini hanya dialami oleh 35 orang di seluruh dunia. Bahkan beberapa doktor yang Rachel temui banyak yang tidak percaya dengan alahan yang dia alami.

"Kerana keadaan saya yang sangat jarang berlaku, banyak doktor yang tidak percaya," tegasnya.

Pelakon Zain Saidin melalui pengalamannya menyambut hari lahir yang ke 30 pada Ahad sebagai seorang suami apabila menerima satu kejutan daripada isterinya, Rozita Che Wan dan anak tiri, Ammar Effendy, 18.

Zain berkata, Rozita, 41, dan Ammar tiba ke set penggambaran drama Walaupun Sedetik Cuma terbitan Zeel Production di Shah Alam dekat sini sambil membawa kek lalu menyanyikan lagu selamat hari jadi ketika dia sedang berkasi di depan kamera.

"Walaupun pada menyambit hari lahir sendiri, saya tetap sibuk di set penggambaran. Manalah saya nak terfikir isteri dan anak akan datang ke set.

"Terkejut saya, ketika sedang berlakon bersama dengan Zul Ariffin, tiba-tiba Rozita datang kepada saya bersama kek dan semua mereka menyanyi lagu hari lahir.

"Seronok juga merasai pengalaman tu kerana saya tak pernah lagi merasai pengalaman seperti ini, tambahamn pula inilah pertama kali saya sambut hari lahir sebagai seorang suami," katanya .

Tambah Zain selepas tamat penggambaran, Rozita bersama-sama dengan keluarga serta kru produksi Zeel Productions telah membawanya makan malam istimewa ke sebuah restoran pada sebelah malam di Jalan Tun Razak dekat sini.

Malah, kata adik kepada Sasha Saidin itu, Rozita turut memberitahu ingin membeli sebuah hadiah yang istimewa buatnya, namun sehingga kini dia tidak tahu apa yang ingin dibeli oleh isterinya itu.

"Sepatutnya dia (Rozita) nak beli semalam (Ahad) tapi tak sempat. Saya pun tak tahu dia nak beli apa. Katanya istimewa. Mungkin dia ingin membeli gajet, memandangkan saya seorang yang sukakan teknologi gajet yang terbaru.

"Apa-apa pun, saya tak kisah pun, apa yang saya ada pun sudah cukup. Cuma saya harap agar perhubungan saya, isteri dan anak-anak dapat kekal akhir hayat. Mana tahu, tahun ini rezeki kami mendapat anak pula," selorohnya.

Sementara itu, Rozita pula telah memuat naik fotonya bersama Zain pada Ahad dengan kapsyen romantis meluahkan perasaan cintanya terhadap suami menerusi laman Instagram miliknya.

"Apabila saya terfikir betapa bertuahnya saya mempunyai seorang suami yang kacak, menawan, comel, romantik dan 'hot guy', saya terasa seperti remaja semula.

"Saya akan pastikan yang kamu (Zain) akan mendapat hadiah yang paling istimewa bersempena dengan hari lahir kamu. Selamat Hari Lahir cinta ku," ucap Rozita dalam laman sosialnya itu.

Zain dan Rozita telah berkahwin pada 12 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Selain Ammar Effendy, Rozita juga mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Aniq Ezzra, 16.
-



Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan program catuan air secara bergilir di seluruh negeri mulai esok bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak 7 Feb lepas.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata melalui program itu kawasan yang terbabit akan mendapat bekalan air selama dua hari diikuti catuan bagi dua hari berikutnya.

"Menerusi program catuan ini, kita janji setiap pengguna akan dapat bekalan air cuma ia akan dicatu iaitu penyaluran bekalan air dilakukan selama dua hari dan dua hari (berikutnya) tiada air dan seterusnya.

"Sekurang-kurangnya dalam seminggu, empat hari pengguna akan dapat air sepenuhnya dan catuan akan berlarutan sehingga ke suatu masa yang kita rasa sesuai untuk hentikannya iaitu apabila musim hujan bermula, dijangka akhir Mac," katanya selepas menghadiri perjumpaan bulanan penjawat awam di sini Isnin.

Beliau berkata program catuan air dilakukan bagi mengekalkan jumlah air sedia ada di empangan di negeri ini supaya ia dapat bertahan untuk dua bulan akan datang seandainya musim panas terus berlarutan.

Abdul Khalid berkata jika musim hujan tiba lebih awal, catuan itu akan dihentikan dan pihaknya akan memaklumkan keadaan sebenar krisis air pada pertengahan Mac depan untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata menerusi program catuan itu, kawasan di Selangor akan dibahagikan kepada dua zon dan notis terperinci berkenaan pencatuan bekalan air mengikut kawasan itu akan dikeluarkan selewat-lewatnya petang ini untuk hebahan lanjut.

Tambahnya, kerajaan negeri akan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan di kawasan yang teruk terjejas bekalan iaitu di sekitar loji Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi untuk mencari jalan terbaik membantu meringankan beban masyarakat yang mengalami kekurangan bekalan air.

Justeru, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya menggunakan air sewajarnya dan menyimpan air mengikut keperluan bagi mengelak kekurangan bekalan selain mengurangkan aktiviti yang boleh membazirkan bekalan itu dalam keadaan cuaca yang panas dan kering sekarang.

Sumber : Bernama
-


‘The Journey’, filem yang dipersembahkan oleh Astro Shaw dan diterbitkan oleh Woohoo Pictures hari ini diumumkan sebagai filem tempatan paling laris dalam sejarah perfileman negara apabila mengumpul kutipan tiket sebanyak RM12.92 juta (setakat 23 Februari).

Setelah 25 hari berada di pawagam seluruh Malaysia sejak ia ditayangkan pada 30 Januari lalu, jumlah penonton masih belum berkurangan, melanggar trend tradisi filem-filem yang ditayangkan sebelum ini.

Filem tersebut mengenepikan filem arahan Syamsul Yusof, KL Gangster yang sebelum ini meraih kutipan RM11.74 juta sewaktu ditayangkan pada tahun 2011.

Pengarah filem tersebut, Chiu Keng Guan berkata, “Terima kasih kerana menjadikan filem The Journey sebagai filem paling laris dalam sejarah. Pihak produksi filem ini termasuk pelakon dan pekerja filem merasa bersyukur dan terkejut dengan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada penonton yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang tidak henti-henti mempromosikan filem ini menerusi Facebook, Twitter, Instagram dan perbualan harian mereka.


 ‘The Journey’ ialah sebuah filem buatan Malaysia yang menepati citarasa rakyat tempatan melangkaui budaya dan generasi, dengan meraikan nilai-nilai ketaatan kepada ibu-bapa, kasih sayang, perpaduan keluarga, kepelbagaian budaya dan juga pertembungan budaya Timur dan Barat serta ketegangan hubungan ibu bapa dan anak.”

‘The Journey’ merupakan filem ketiga daripada trilogy yang diarahkan oleh pengarah Chiu Keng Guan setelah menghasilkan Woohoo! (2010) dan Great Day (2011), kedua-duanya turut meraih kutipan yang tinggi di pawagam.

‘The Journey’ masih ditayangkan di pawagam seluruh negara dan bakal memasuki tayangan di Singapura pada bulan Mac depan. Filem ini juga bakal diedarkan di Taiwan dalam tahun ini.

Source : Astro Awani
-