Select Menu

Slider

Berita

Lawak & Jenaka

Cute

My Place

Gambar

Racing

Videos



Pelakon Fauzi Nawawi tidak akan tunduk dengan permintaan Sharnaaz Ahmad yang mendesaknya memohon maaf atas dakwaan telah dicaci oleh Fauzi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Fauzi berkata, dia juga terkejut apabila diminta membuat permohonan maaf kepada ibu Sharnaaz dan menyifatkan permintaan pelakon itu adalah mengarut. Malah Fauzi juga bersedia jika Sharnaaz mahu membawa kes berkenaan ke muka pengadilan.

"Buat apa saya nak minta maaf? Dalam SMS, perkataan 'ibu' saya gunakan, apa perasaan dia jika saya menengking ibunya? Itu sahaja.

"Kenapa dia nak putar belitkan SMS saya yang sudah jelas ingin bertanya pada dia sebab-sebab dia menengking Lisda?" soalnya.

Dakwaan itu timbul selepas Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 41, menghantar SMS bertanyakan sebab Sharnaaz menengking dan menyerang isterinya, aktres, Lisdawati, 35, di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Sungai Buloh dekat sini pada 19 dan 21 Februari lalu.

Sebuah akhbar pada Isnin lalu melaporkan Sharnaaz, 29, telah menyerang Lisdawati, di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Sungai Buloh dekat sini pada 19 dan 21 Februari lalu.

Peristiwa itu menjadi tegang apabila Fauzi dikatakan menerima SMS daripada Sharnaaz berbaur ugutan selepas dia bertanyakan hal berkenaan.

Lisda mendakwa mengalami darah tinggi akibat kejadian itu. Dia dan suami turut membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada Sabtu lalu sebagai langkah keselamatan diri.

Sementara itu, Fauzi menyifatkan Sharnaaz mungkin menyimpan strategi sebelum membuat kenyataan kepada media.

Dalam pada itu, Fauzi turut beranggapan kelakuan Sharnaaz yang garang berpunca daripada penghayatan watak dalam drama tersebut sebagai Jebat sehingga karakter itu meresap ke dalam dirinya.

"Rasanya, lebih baik Sharnaaz pergi menjalani rawatan doktor kerana watak Jebat yang bersikap garang dan kasar mungkin sudah meresap ke dalam dirinya, memandangkan sudah empat bulan tanpa henti dia terlibat dengan penggambaran drama itu.

"Selain itu, baru saya faham kenapa tidak ramai wanita yang 'melekat' dengan dia dalam sesebuah perhubungan cinta memandangkan dia tidak pernah menghormati wanita. Sedangkan wanita bersifat lembut yang ingin dikasihi dan dibelai," ujarnya.

-


"Sudah hampir lima tahun saya tidak ‘bersama’ isteri. Setiap kali ingin melakukannya, nafsu saya seperti disekat dan tak bermaya. Bagaimanapun, keadaan berbeza apabila saya melihat perempuan lain.

Saya yakin masalah ini berpunca daripada silap saya sendiri yang curang dengan pembantu rumah hingga menyebabkan wanita dari seberang itu menggunakan ilmu hitam untuk merosakkan rumah tangga saya. Ini bukan tuduhan melulu kerana saya ada beberapa petunjuk dan bukti berasas.

Mulanya saya sangka menghadapi masalah lemah tenaga batin. Hasil perbincangan dengan isteri, kami berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian. Namun, pemeriksaan mengesahkan saya tidak mengalami sebarang masalah seksual.

Berikutan itu saya dan isteri berbincang dengan anggota keluarga dan mereka mencadangkan saya mencuba perubatan secara Islam kerana mungkin ada orang menggunakan cara halus untuk merosakkan rumah tangga kami.

Selepas berubat di pusat rawatan Islam, kami terkejut apabila ustaz memberitahu saya mungkin terkena sihir dilakukan orang yang pernah duduk serumah dengan kami.

Selepas dimaklumkan begitu, saya terus teringat ketika isteri melahirkan anak lima tahun lalu, saya mengambil seorang pembantu rumah untuk me*nguruskan rumah sepanjang dia dalam pantang.

Sepanjang dua bulan amah berusia 30-an itu bekerja, saya pernah terlanjur dengan wanita itu selepas tidak tahan dengan godaannya. Kami berzina ketika isteri tiada di rumah kerana pergi melakukan urutan selepas bersalin dengan bidan.

Layanan amah itu kepada saya memang baik. Setiap kali pulang kerja, dia akan menyambut saya dan menyediakan minuman biarpun saya tidak meminta.

Walaupun terlanjur, saya langsung tiada niat untuk berkahwin dengannya. Saya perasan dia ada mengambil air mani saya selepas kami melakukan hubungan haram itu tapi tidak mengesyaki apa-apa.

Selepas isteri habis pantang, saya terus memberhentikan amah berkenaan kerana bimbang rahsia kami terbongkar hingga menyebabkan rumah tangga kami bergolak. Saya menyesal dan bertaubat kerana berzina dengan amah itu selepas tidak tahan dengan godaannya.

Ustaz yang mengubati mengesyaki saya terkena ilmu sihir yang dilakukan melalui pemujaan air mani dan masalah dingin terhadap isteri mula saya alami sebaik saja memberhentikan pembantu rumah itu.

Sebenarnya bukan saya tidak bernafsu terhadap wanita tetapi apabila melihat isteri, saya memandangnya seolah-olah melihat seorang lelaki menyebabkan saya langsung tiada nafsu terhadapnya.

Sebelum ini saya sudah beberapa kali mencuba perubatan moden termasuk mengambil pil perangsang lelaki tapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.

Bagaimanapun, saya menyembunyikan kecurangan saya daripada isteri kerana bimbang ia akan memberi kesan terhadap rumah tangga kami. Saya kini makin pulih tetapi masih meneruskan rawatan lanjut”
-



Dari apa yang kami selidik, ini adalah tips-tips diet yang diamalkan oleh Aizat untuk jadi kurus :

  • Aizat amalkan jogging selama 35 minit
  • Kurangkan makan 
  • Pergi ke gym dua kali seminggu 
  • Lakukan aktiviti diet-nya secara konsisten 
  • Sentuh nasi hanya sekali seminggu 
  • Makan makanan yang berorganik, berserat dan berorientasikan 
  • sayur-sayuran seperti salad.
  • Amalkan diet mengikut saranan doktor.
  • Hasil dari diet tersebut Aizat berjaya menurunkan berat badannya dari 112 kg ke 70 kg.


Soalan :

1. Berapa lama Aizat mengambil masa untuk menguruskan badan dan menggunakan produk apa? Kalau boleh saya nak membeli produk yang Aizat guna dahulu.

2. Berapa berat badan Aizat dahulu dan sekarang?

Jawapan AIZAT:

1. Sebenarnya untuk kurus sampai ke tahap sekarang memakan masa lima hingga enam bulan. Tapi, kalau ia dilaksanakan dengan teratur, kita akan dapat hasil yang lebih cepat.

2. Dahulu berat Aizat 112 kilogram. Kini tinggal 70 kilogram sahaja
-


Sekumpulan penunggang motosikal menyerang anggota polis di luar tugasan selepas kereta yang dipandu anggota keselamatan itu merempuh sepasang kekasih sehingga mati di Jalan Badlishah di sini awal pagi Rabu.
Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, mangsa yang maut merupakan pembantu kedai telefon bimbit, Norfaezah Budiman, 21, dan penunggang motosikal yang juga kekasihnya, Azwan Shah Ishak.

Difahamkan, dalam kemalangan itu Norfaezah maut di tempat kejadian manakala Azwan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim selepas mengalami kecederaan parah.

Berikutan kemalangan negeri itu, seramai lebih 100 kumpulan penunggang motosikal telah mengepung anggota polis terbabit yang berusia 30-an di lokasi kejadian.

Bagaimanapun anggota keselamatan itu berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa amukan oleh anggota polis trafik yang tiba di lokasi kemalangan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, Azwan dipercayai menunggang motosikal dengan sekumpulan empat penunggang lain.

Tambahnya, ketika itu seorang anggota polis yang sedang memandu di belakang kumpulan tersebut telah merempuh motosikal Azwan sehingga menyebabkan pasangan itu maut.

"Kami telah menerima laporan kemalangan daripada anggota polis terbabit," katanya.
Kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya
-


 Pihak berkuasa Arab Saudi dikatakan merancang memusnahkan kawasan yang dipercayai menjadi tapak rumah tempat Nabi Muhammad (SAW) lahir sebagai sebahagian daripada projek pembangunan.

“Lokasi bersejarah terakhir di negara itu ialah tempat kelahiran Nabi Muhammad (SAW) dan ia amat penting kepada masyarakat Islam sedunia,” kata sejarawan dan Pengarah Eksekutif Yayasan Penyelidikan Warisan yang berpangkalan di Britain, Dr Irfan al-Alawi.

“Ramai tidak menyedari terdapat rancangan memusnahkan kawasan itu,” katanya.

Menurutnya, rancangan terbaru untuk memusnahkan tapak itu yang kini menempatkan perpustakaan kecil dibuat bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks moden, termasuk kediaman imam dan istana diraja.

Perpustakaan kecil yang dibina pada 1950-an itu terletak di atas atas tapak yang dipercayai ulama sebagai tempat kelahiran Nabi Muhammad (SAW).

Pemimpin Saudi yang menafikan Nabi Muhammad dilahirkan di situ menentang sebarang rancangan pemuliharaan kawasan sejarah yang mempunyai kaitan dengan Rasulullah atas alasan ia akan dijadikan tempat penyembahan.

Keluarga diraja Saudi tahun lalu menolak rancangan awal untuk menggantikan kawasan bersejarah itu dengan stesen kereta api untuk kegunaan jemaah haji atau membina perpustakaan baru.

Bagaimanapun, syarikat yang terbabit dalam pembinaan sekitar Masjidil Haram berkata, sebuah kompleks moden, termasuk sebuah istana dan kediaman imam akan dibina di kawasan itu.
-


Shila Amzah, Juara pertandingan Asian Wave 2012 kini dilihat semakin ‘garang’ dalam melebarkan sayapnya ke China.Terbaru, dia kini sedang bersaing dalam sebuah program realiti di negara China iaitu ‘I AM SINGER’ musim kedua yang turut disertai oleh nama-nama besar termasuklah penyanyi dari Hong Kong, G.E.M yang merupakan penyanyi nombor satu di negara China.Salah satu video persembahan Shila sewaktu pertandingan tersebut kini sedar ‘viral’ di laman YouTube dengan jumlah tontonan sudah mencecah hampir 500,000 kali walaupun baru dua hari dimuatnaik.
-


Sesi kutuk mengutuk masakan penerbangan negara macam menjadi trend dah sekarang ini. Dimulakan dengan Chef Wan dan terbaru dari Chef Zam melalui instagrammnya.

Selepas Datuk Chef Wan mengkritik set nasi lemak yang dihidangkan dalam penerbangan Malaysia Airline System, giliran Chef Zam pula mengkritik makanan MAS.

Melalui Instagram beliau, Chef Zam menyatakan kekesalan beliau terhadap hidangan MAS yang disifatkan ‘memalukan’ memandangkan kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk mempromosikan Malaysia sebagai ‘syurga makanan’ namun pengalaman pertama mereka menjamah makanan Malaysia tidak mencerminkan apa yang sepatutnya.




Gambar ini diberi kapsyen:
There is something terminally wrong with MAS food onboard. It is such a huge embarrassment not only to domestic passengers but most importantly to our foreign guests. How in the world can you promote this country as a food haven when their very first encounter with our so-called ‘cuisine’ is this ridiculousness?? It really embarassingly undermines the government’s effort i.e. MATRADE, Tourism Malaysia and the likes spending hundreds of millions of tax payers’ hard-earned money every year trying to paint a glorious picture of our cuisine to the world. Some people up there MUST go NOW!! @Malaysia_airlines
@Malaysiaairlines

Makanan ini dikatakan dihidangkan dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Ia sepatutnya hidangan nasi putih dengan asam pedas ikan tetapi dikhabarkan ikan tidak ada dalam hidangan tersebut .Nasinya juga dikatakan ‘lembik’ dan sayur yang sedih, tanpa hidangan pencuci mulut.
Sebelum ini Chef Wan pernah mengkritik nasi lemak yang dihidangkan kepadanya dalam penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok sebagai ‘telanjang’ kerana tidak disertakan ikan bilis, kacang goreng dan timun, yang menurut beliau, tidak mewakili nasi lemak sebenar Malaysia dan pilihan lauk yang sebenarnya.

Nota:Untuk pencerahan, dalam entri Chef Zam kritik makanan MAS, bukan beliau yang menggunakan perkataan ‘sial’. Sebaliknya dia memuat naik semula gambar instagram dengan kapsyen yang ditulis oleh orang lain iaitu orang yang dihidangkan makanan tersebut. Chef Zan hanya menulis kapsyen dalam bahasa Inggeris seperti diatas. Harap maklum.
-