Select Menu

Slider

Berita

Lawak & Jenaka

Cute

My Place

Gambar

Racing

Videos



Putrajaya perlu mengkaji semula polisinya terhadap industri penerbangan selepas kerugian RM1.17 bilion yang ditanggung oleh syarikat penerbangan kerajaan MAS, kata pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes (gambar).

Fernandes berkata, beliau terkejut dengan jumlah kerugian yang ditanggung oleh MAS itu.

"Keseluruhan industri penerbangan perlu dikaji semula," katanya kepada The Malaysian Insider melalui telefon hari ini.

Katanya, polisi industri dan pengurusan penerbangan perlu diperkemaskan manakala MAS dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) perlu membuat keuntungan bagi mengelakkan kerugian berterusan dan membebankan pembayar cukai.

"Fakta saya adalah jika anda menguruskan syarikat sendiri, adakah anda sanggup memotong 16% kos dan masih rugi RM1 bilion.

"Adakah kerana ia adalah wang pembayar cukai maka ia sanggup dilakukan. Ini tidak menyelesaikan masalah," katanya.

Semalam, MAS mengumumkan kerugian suku ke-4 berturut-turut untuk 2013 sehingga menyebabkan ia rugi RM1.17 bilion sepanjang tahun tersebut.

MAS melaksanakan pemotongan kos termasuk dengan menghentikan beberapa laluan, di samping memperkenalkan tiket lebih murah untuk meningkatkan jumlah penumpangnya.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu masih menunggu kelulusan kerajaan untuk membeli 100 Airbus dan kapal terbang penumpang Boeing yang bakal membelanjakan beberapa bilion ringgit lagi.

Reuters hari ini melaporkan, keputusan untuk membeli kapal terbang baru itu untuk membawa keuntungan dan menghentikan khidmat kapal lama yang kurang cekap dalam penggunaan minyak.

Fernandes bagaimanapun, mengkrtitik perbelanjaan MAS dan MAHB yang terus mendatangkan kerugian.

"Ia sepatutnya membawa keuntungan. Ia hanya menyusahkan ahli perniagaan yang baik di mana mereka berbelanja seolah-olah tidak ada hari esok," katanya.

Menurut laman web MAS, mereka mempunyai 88 kapal terbang termasuk Airbus A330s dan A380s serta Boeing 777-200s dan 737s.

Perbelanjaan MAS juga terus meningkat sehingga 10% tahun lalu kepada RM14.9 bilion berikutan kenaikan harga minyak.

MAS mencatatkan kerugian paling besar dalam sejarahnya pada 2011 iaitu sebanyak RM2.52 bilion bersih.

Bagaimanapun mereka berjaya mengurangkannya pada 2012 kepada RM433 juta
-


Remaja Yang Pernah Popular Kes Buli Meninggal Dunia - Fanpage Oh! Media melaporkan bahawa salah seorang daripada pelajar yang pernah terabit dalam satu kes buli di Pulau Pinang pada tahun 2013 telah meninggal dunia.

Berikut petikan pada fanpage berkenaan;
“Ingat lagi dengan kes 3 budak pembuli sekolah menengah di Seberang Jaya yang femes dengan video klip Lan Todak tak lama dulu? Salah seorang dari pelajar yang terbabit telah meninggal dunia kerana kes langgar lari Jumaat lepas tak jauh dari sekolahnya.

Di tengah yang pakai baju merah (gambar di atas) tu namanya Allahyarham Munir.

Dia dah banyak berubah setelah kes tersebut. Tak lupa sembahyang. Pagi tu semasa nak ke sekolah di SMK Taman Inderawasih. Motor Allahyarham terlanggar motor yang terlibat kemalangan sebelum itu lalu dia tercampak dan meninggal dunia.

Arwah meninggal pada pagi Jumaat. Jenazahnya tiba di Surau Tuna jam 1230 dan dibawa ke Masjid Seberang Jaya jam 1. Arwah dah banyak berubah dan banyak membuat tugas-tugas kebajikan dan terlibat dengan gotong-royong membersihkan surau/masjid. Sebelum meninggal, arwah sempat memohon maaf kepada ibubapa dan mangsa buli tersebut.”

– MyNewsHub
-

Apa kata korang tentang gambar nie??

-
-
2 orang Russian ni , Vadim Makhorov & Vitaly Raskalov . Diorang dtg ke Shanghai,China ni semata2 nk gi pnjat Shanghai Tower setinggi 650 meter dan di iktiraf sebagai bangunan pencakar langit ke 2 tertinggi didunia slps Burj Khalifa, UAE
- -


KUALA LUMPUR - Kes permohonan perceraian Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim ditetapkan untuk sebutan pada 11 Mac depan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Hakim Syarie Ab. Malek Awang menetapkan tarikh itu di kamarnya selepas berjumpa kedua-dua belah pihak.

Peguam syarie, Normawaddah Ramlie yang mewakili Nurul Izzah memberitahu media di luar mahkamah bahawa Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir masih berusaha untuk menyelesaikan kes permohonan cerai tersebut.

Nurul Izzah, 34, yang juga anak sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun tidak hadir di mahkamah.

Menurut laporan The Star, peguam Normawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah berkata mereka masih lagi membincangkan tentang perkara ini dengan harapan untuk menyelesaikannya secara baik.

Walau bagaimanapun , prosiding perceraian ini diteruskan  di bawah Seksyen 47 (cerai secara baik) Undang-Undang Keluarga Islam 1984.

Tarikh itu ditetapkan oleh hakim Syariah Ab Malek Awang selepas peguam kedua-dua pihak bertemu di Mahkamah Rendah Syariah, Jalan Sri Hartamas pada hari Selasa.

Tarikh itu juga sama dengan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kajang di mana bapa Nurul Izzah , Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding.

Kes itu disebut buat pertama kali di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang pada 21 Januari.

- Bernama



-

2014 AMA Supercross Rd 2 Phoenix 450 Main Event.
-