Select Menu

Slider

Berita

Lawak & Jenaka

Cute

My Place

Gambar

Racing

Videos

» » » Erra Fazira Sah Cerai Talak Satu
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Shah Alam: Spekulasi rumahtangga membabitkan pelakon popular, Erra Fazira akhirnya terlerai apabila dia sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini.

Perceraian itu direkodkan dihadapan Hakim Syarie Mohammad Adib Husain selepas pasangan itu bersetuju untuk bercerai secara baik.Bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 itu memfailkan permohonan cerai secara baik dan permohonan hak penjagaan anak itu semalam masing-masing mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Pasangan berkenaan bersetuju untuk menyerahkan hak penjagaan anak perempuan mereka, Engku Aleesya, 5, kepada Engku Emran.Bagaimanapun, Erra Fazira mendapat hak lawatan bermalam, cuti sekolah dan cuti perayaan yang diberikan secara bergilir-gilir.

Pada prosiding itu Erra Fazira, 40, diwakili peguam Ahmad Nazib Johari manakala Engku Emran, 39, diwakili peguam Roshdan Sujak Rafie.Erra Fazira berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail. 

Sebelum ini Erra Fazira pernah mendirikan rumahtangga dengan anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada Jun 2003, namun perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama tiga tahun.

Sumber : HMetro

About designblog4u

Berita Kedai Kopimerupakan organisasi bukan berbayar dengan menampilkan isu isu semasa sekitar yang menarik perhatian anda. Join Laman Chat Kami. Kami menyediakan webcam, tv dan radio Malaysia untuk anda. Berborak sambil oncam atau tengok tv.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply

Berita Kedai Kopi tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.