Select Menu

Slider

Berita

Lawak & Jenaka

Cute

My Place

Gambar

Racing

Videos



Inilah Keluarga Albino Terbesar Penah Ditemui | Semua 8 orang ahli keluarga Pullan dari Delhi, India mengalami gangguan genetik yang jarang berlaku yang dipanggil albinism. Albinism dicirikan oleh ketiadaan lengkap atau pigmen melanin separa pada kulit dan rambut.

Oleh kerana keadaan ini, Rosetauri Pullan , Mani isterinya bersama-sama dengan tiga orang anak perempuan mereka Renu , Deepa dan Pooja dan tiga orang anak Shankar, Ramkishan dan Vijay semua mempunyai kulit cerah , rambut putih dan mata berwarna cahaya walaupun mereka berketurunan India.

Ghostliness mereka bukan sekadar masalah estetik. Ia sebenarnya datang dengan masalah perubatan tertentu yang tidak diingini. Kulit pucat putih mereka menjadikannya mustahil bagi mereka untuk duduk di bawah matahari terlalu lama.

Kekurangan pigmen di mata mereka telah menyebabkan mereka rabun ayam dan Shankar pun terpaksa menghadiri sebuah sekolah untuk orang buta. “Apa yang kami tahu ialah bahawa kami tidak boleh melihat dengan betul , dan kami tidak boleh duduk di bawah matahari untuk tempoh yang lama , tetapi kami cuba hidup dengan cara yang terbaik yang kami boleh,” terangnya.

Terdapat hanya 17,000 orang di dunia yang mengalami albinism dan mereka yang kurang bernasib baik untuk hidup di negara-negara kurang maju, seperti Pullans, adalah sering didiskriminasi.
-














Presiden : TMJ Tunku Ismail.
Ketua Jurulatih : Cesar Ferrando Jimenz.
Pembantu Jurulatih : Ismail Ibrahim
Pengurus : Bojan Hodak.
Pemerhati - Shebby Singh
Jurulatih Taktikal - Andres Tevar
Jurulatih Kecergasan - Jaime Serra Olivares
Jurulatih GK - Angel Lozano Zorita
Kapten pasukan : Aidil Zafuan.

-


Telefon pintar berharga $25 (RM81.90)  yang bakal dikeluarkan Mozilla menggunakan sistem operasi Firefox (Firefox OS) disambut baik oleh pakar IT tempatan kerana ia bakal membuka pasaran yang baharu khusus untuk mereka yang mempunyai bajet yang terhad.

Mengikut statistik, Malaysia kini mempunyai lima juta pengguna telefon pintar dan mempunyai jumlah penduduk seramai 28 juta secara kesulurahan. Jadi ini boleh dipasarkan kepada mereka yang tidak mampu memiliki telefon pintar.

Pengasas bersama dan pengarang (Contributing Editor) Digital News Asia Edwin Yapp berkata telefon pintar ini merupakan produk untuk pasaran yang khusus (niche market).

"Ia akan mendapat sambutan baik untuk segmen yang mempunyai bajet kurang dari RM200  untuk  membeli telefon pintar dan juga mereka yang masih memakai telefon biasa," kata Edwin.

Tambah beliau, untuk telefon pintar ini berjaya, ia bergantung kepada ekosistem aplikasi dan jika ia mempunyai aplikasi yang banyak. Ia juga bergantung kepada penjenamaan dan spesifikasi.




"Samsung, HTC, Sony, LG dan Motorola merupakan jenama besar yang menghasilkan telefon pintar Android. Mereka menghasilkan telefon pintar yang bagus dan oleh kerana itu, jualan Android meningkat.
Tiada banyak maklumat tentang Spreadtrum yang bakal berkerjasama dengan Mozilla," tambah beliau.

Pengasas NextUpAsia.com Daniel CerVentus berkata Mozilla juga mempunyai penjenamaan yang bagus dan popular dikalangan pengguna internet.

"Walaupun ramai akan memilih untuk membeli telefon pintar keluaran iPhone atau Samsung, namun telefon pintar ini (Mozilla) khusus untuk mereka yang memerlukan ciri-ciri penting sahaja seperti menelefon, menghatar mesej melalui WhatsApp, tangkap gambar atau melayari internet.

"Pengguna Android juga tidak semestinya menggunakan semua aplikasi yang terdapat di Android, jadi buat apa mereka perlu telefon pintar yang begitu canggih," kata Daniel.

Pengasas WatchTower & Friends, Shamsul Jafni pula berkata telefon ini akan menjadi hangat jika dijual di Malaysia.

"Saya sendiri akan membeli telefon ini. Ia akan mendapat sambutan hangat kepada mereka yang mungkin tidak mampu untuk memiliki telefon pintar yang lain. Pada masa yang sama, mereka yang sudah memiliki telefon pintar mungkin akan membeli ia sebagai telefon kedua. Dengan RM100 sahaja, ia amat berpatutan," kata beliau.

Apabila ditanya jika telefon pintar Mozilla ini akan membantu pembangun aplikasi tempatan, beliau berkata ia semua bergantung kepada pengguna telefon pintar  jika mereka sanggup membeli aplikasi berkenaan.

"Pengguna sekarang ini jugak agak sukar untuk membeli aplikasi. Jadi saya tidak pasti jika mereka yang membeli telefon pintar pada harga yang murah sanggup untuk membeli aplikasi," tambah beliau.

Pada hari Isnin, Mozilla mengumumkan pelancaran telefon pintar pada harga $25 khusus untuk pasaran negara yang sedang membangun.

"Kami sedang memperkenalkan kategori telefon pintar yang baharu, dan kerana ia berharga $25, lebih ramai orang di seluruh dapat berhubung dengan menggunakan telefon pintar," kata ketua pegawai operasi Mozilla Jay Sullivan pada Kongres Telefon Bimbit Dunia yang berlangsung di Barcelona.

Pada kongres berkenaan, sistem operasi Firefox (Firefox OS) digunakan di dalam telefon pintar keluaran China iaitu ZTE Open C dan Open II dan beberapa tablet keluaran Alcatel OneTouch.

Firefox OS dilancarkan pada tahun 2013 dengan pelancaran telefon pintar pertama mereka pada bulan Julai. Sehingga kini, ia telah pun dipasarkan di 15 negara.
-






-

-


Punca Sharnaaz Ahmad serang Lisdawati dan Ugut Fauzi Nawawi didedahkan - Pelakon Sharnaaz Ahmad memberi amaran keras kepada pasangan suami isteri, Lisdawati dan Fauzi Nawawi untuk meminta maaf secara terbuka atau bakal berdepan tindakan saman tahap maksimum.

Amaran keras Sharnaaz Ahmad itu dinyatakan beliau menerusi Harian Metro hari ini sebagai respon kepada tuduhan yang dilemparkan pasangan itu berhubung isu menyerang, menengking dan mengugut dalam SMS.

Saya bagi masa seminggu kepada Poji (Fauzi) dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku.”

Menurut Sharnaaz, sesiapa pun akan marah dan meradang jika dipanggil anjing kurap lebih-lebih lagi jika turut melibatkan ibubapa.

“Mereka sudah membuat cerita dan memburukkan keadaan, sedangkan benda ini boleh diselesaikan dengan baik. Bila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan mak bapa dalam kes ini, tahap kesabaran saya pun ada batasnya.”

“Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman (daripada) saya semaksimum mungkin.”
-

Sumber : carigold


Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:


  • Pertama : Niat.
  • Kedua : Menghilangkan najis pada badan.
  • Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.


Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.

Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

PENERANGAN YANG LEBIH JELAS TENTANG NIAT MANDI WAJIB.
TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA lautbiru ATAS HURAIAN ANDA.
BERIKUT ADALAH PENERANGAN BELIAU:

SECARA BASICNYA...APA YG PERLU...SELEPAS BERNIAT..AIR MESTILAH DIRATAKAN...WALAUPUN SEKALI..

Jadi....Contohnya....SEORG MANDI DULU TANPA NIAT (MANDI SUNGAILAH KATAKAN)....setengah jam! ...Dah puas mandi...Lepas tu..dah nak balik...Dia lalu berniat. mengangkat hadath besar...kemudian dia terjun sekali dalam sungai...Dan dengan sekali terjun tu dia berjaya ratakan air keseluruh anggota dia termasuk di celah celah dsbnya....walau sekali dive tu...DAH SAH PUN MANDI WAJIB DIA!

ATAU...

Dia dah basuh 1 anggota dulu sebelum berniat......

lepas tu dia berniat ...dan mandi...DAN DIA BASUH JUGA /BASUH PULAK ANGGOTA YG DIA BASUH SEBELUM NIAT TADI....SAHLAH JUGAK MANDI DIA!

YG JADI TAK SAH PULAK...

Selepas dia basuh 1 anggota sebelum berniat tadi....dan selepas berniat ...Anggota yg dia dah basuh sebelum niat tu...tak di basuh dah..

Maksudnya...hanya ada 1 basuhan sja yg berlaku...iaitu basuhan yg sebelum niat tu tadi....YG NI...BARULAH BETUL TAK SAH..

SEBENARNYA VERY SIMPLE....

p/s :...Tak ada syarat "Tertib" pun dalam mandi wajib...atau "berturut"...so...andaikan lepas mandi..kita lihat ada plastik tertempel di belakang lengan kita misalnya yg menyebabkan tak sampai air di situ...

TAK PERLU PUN MANDI SEMULA!

Cukup sekadar kita cabut plastik tu...dan basuh je tempat tu..TAK PERLU ULANG MANDI! ....selesai!...
(Sekalipun kita dah siap pakai baju & makan roti canai sekeping baru kita lakukan...SAH!....)

O.K...saya rasa/harap keterangan dlm p/s ini akan men clear kan segala kemusykilan...

Wallahu a'lam

KEMUSYKILAN-KEMUSYKILAN:

Persoalan Pertama:

ade yg mengatakan perlu mengambil wuduk dahulu

Jawapan:

Mengambil wudhu' sebelum mandi wajib adalah sunat dan menjadi amalan Rasulullah SAW. Di antara hikmahnya ialah menyegarkan badan dan mengembalikan tenaga.

Penambahan dan penerangan lanjut oleh saudara lautbiru:

MENGAMBIL WUDUQ SEBELUM MANDI WAJIB

Mengambil Wuduq sebelum daripada kita mandi wajib ini merupakan SALAH SATU DARIPADA PERKARA PERKARA YG DISUNATKAN SEBELUM MANDI..

Maksudnya....kalau kita sekadar nak mengangkat Hadath besar tu...kita perlu sempurnakan yg wajib sja...iaitu RUKUN RUKUN NYA...

Tapi...MANDI WAJIB ini ADALAH JUGA IBADAH!
Jadi...biarlah beribadah dgn sesempurna sesempurnanya...maka...perlu juga kita perhatikan perkara prkara sunatnya..yg salah satunya adalah WUDUQ SEBELUM MANDI...

O.K...secara ringkas...saya beri antara perkara perkara sunatnya iaitu..:


ANTARA SUNAT SUNAT DALAM MANDI..

1. Menghadap kiblat

2.Sunat berkumur, masuk air ke lubang hidung, hilangkan najis , yg tak najis pun (air mani yg melekat...tak najis..tapi sunat hilangkan dulu) dsbnyalah..

3. BARU KITA AMBIL WUDUQ DULU DGN SEMPURNA...

Kalau kita selepas tu tak melakukan perkara yg membatalkan wuduq...selesai mandi tu...tak perlu lagi kita ambil wuduq dah utk melakukan perkara yg memerlukan wuduq...misalnya kita terus nak sembahyang...boleh terus je..

Ada byk lagi sunat sunat mandi ni...tapi saya cuma nak sebut yg..dikatakan..MUALAT (BERTURUT TURUT)...
Yg ni yg saya kata...kalau kita nak basuh kemudian tangan kita je....sebelum tu kita dah mandi dah ...tapi...tak basuh tangan..(contoh jee..)... ..maksudnya..Tak Mualat lah...so...tak dapat lah sunat Mualat tadi..

Yg sunatnya..kita basuh berturut turut semua anggota sampai selesai...

O.K Tuan ya...Harap menjawab soalan..

p/s :
"perlu mengambil wuduk dahulu..." : PERLU dlm soalan Tuan Chor ini bermaksud "SUNAT"..

Wallahu a'lam...


Persoalan Kedua:

sekiranye semasa mandi wajib itu ade menyentuh kemaluan, kene ambil wuduk selepas habis mandi wajib sekiranye kite nk sembahyang...

Jawapan:

Rujukan daripada : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7493.60

CARA MANDI HADAS YANG SEMPURNA DAN MUDAH

Soalan; macam mana mandi hadas besar dgn betul, mudah dan mengikut sunnah nabi. blhkah kita menyentuh kemaluan ketika mandi atau itu boleh membatalkan mandi kita tadi? Saya was-was dal hal ini.

Jawapan;

Kaifiyat mandi hadas yang sempurna dan mudah diamalkan ialah dengan mengikut cara mandi Nabi s.a.w., antaranya yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a sebagaimana berikut;

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila baginda mandi janabah, baginda mula dengan membasuh dua tangannya. Kemudian baginda menuangkan air ke tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya, lalu (dengan tangan kiri itu) baginda membasuh kemaluannya. Kemudian baginda mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat. Kemudian baginda mengambil air, lalu memasukkan jari-jarinya ke akar rambutnya hingga apabila melihat air telah membasahi seluruh (kulit kepala dan akar-akar rambutnya), baginda mencebuk air (dan menjirus) ke kepalanya sebanyak tiga cebukan. Kemudian baginda menyiram air ke seluruh badannya. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya” (HR Imam Muslim).

Dari hadis di atas, dapat kita simpulkan cara mandi hadas seperti berikut;

1. Setelah membaca Bismillah, mulakan dengan membasuh dua tangan. Di dalam hadis yang lain, ada dinyatakan baginda membasuh dua tangannya sebanyak dua atau tiga kali.
2. Kemudian basuh kemaluan dan najis di badan jika ada dengan menggunakan tangan kiri.
3. Setelah itu ambil wudhuk sebagaimana yang biasa dilakukan.
4. Kemudian mulakan mandian dari bahagian kepala terlebih dahulu hingga rata air di seluruh kepala termasuk di celah-celah rambut.
5. Selesai bahagian kepala, lakukan mandian di bahagian badan pula; dari leher ke bawah. Sunat menjirus bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian baru diikuti sebelah kiri.
6. Semasa mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan terutamanya bahagian-bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok.
7. Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jarinya.
8. Ketika mandi itu, jangan lupa berniat di dalam hati melakukan mandi yang diwajibkan atau berniat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari badan.

Menyentuh kemaluan tidaklah membatalkan mandi. Ia hanya akan membatalkan wudhuk. Semasa mandi, jika menyentuh kemaluan itu dilakukan dengan niat/tujuan meratakan air ke bahagian kemaluan, tidaklah perlu mengulangi wudhuk kembali selepas mandi kerana sentuhan itu terpaksa dilakukan untuk menyempurnakan mandi wajib. Namun jika sentuhan itu berlaku setelah bahagian kemaluan itu telah diratakan air (semasa mandi itu) atau setelah selesai mandi, maka ketika itu barulah wajib mengambil wudhuk kembali selepas mandi. Adapun mandi, ia tidak terjejas semata-mata dengan menyentuh kemaluan.

Walahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/230.

Source:   USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL


Banyak kebaikan doa ni yang di sebut Dato Dr. Fadzilah Kamsah dan doa ini beliau sendiri ada amalkan.
Selain itu saya ada membaca di internet doa ini juga bagus dibaca selepas solat dhuha sebanyak 3 kali atau terpulang pada anda sendiri yang ingin mengamalkannya.

Semoga kite semua dapat manfaat darinya.


Nasib Orang Bukan Islam Pada Hari Akhirat : hafiz firdaus


Bismillahir-Rahmanir-Rahim (بسم الله الرحمن الرحيم )‎

Di kalangan para pembaca sekalian pasti ada yang pernah terlintas soalan2 seperti:

1. Apakah nasib orang bukan Islam di akhirat kelak?
2. Apakah mereka semuanya akan diazab dalam neraka?
3. Bagaimana dengan nasib orang yang tidak pernah mendengar tentang Islam? (tidak sampai mengenai islam kepadanya


Petunjuk Daripada al-Qur’an

Allah Subhanahu waTa'ala berfirman: Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). [al-Isra’ 17:15]

Dalam ayat di atas, Allah menerangkan bahawa Dia tidak akan terus mengazab sesiapa jua selagi mana Dia tidak mengutus seorang Rasul kepada mereka. Oleh itu mana-mana individu atau kaum yang tidak sampai kepada mereka seorang Rasul yang menerangkan tentang Islam, maka mereka tidak akan terus dihukum atau diazab oleh Allah. Demikian juga seterusnya selepas kewafatan Nabi Muhammad, mana-mana individu atau kaum yang tidak sampai kepada mereka pengetahuan tentang Islam, maka mereka tidak akan terus dihukum atau diazab oleh Allah.

Sebagai contoh sehingga masa kini masih ada orang yang tinggal di pendalaman benua Afrika, Amerika Selatan, Rusia, kawasan Artik dan lain-lain yang tidak pernah sampai kepada pengetahuan mereka tentang Islam. Tidak ketinggalan ialah sebahagian Orang Asli di Malaysia. Kepada orang seperti ini Allah tidak akan terus mengazab mereka.

Termasuk dalam cakupan ayat di atas adalah umat Islam minoriti yang hidup di negara bukan Islam seperti di China, Amerika Utara, Australia dan Eropah. Telah sampai kepada mereka tentang Islam lalu mereka memeluknya. Akan tetapi terdapat sebahagian daripada ilmu dan perintah larangan Islam yang belum sampai kepada pengetahuan mereka sehingga adakalanya mereka melanggar hukum tersebut. Maka Allah tidak akan terus mengazab perbuatan mereka kerana belum sampai kepada mereka ilmu tentang hukum yang sebenar.

Oleh itu hukuman atau azab Allah hanyalah kepada orang yang telah sampai kepada mereka pengetahuan tentang kebenaran, lalu mereka menolak atau mendustakannya. Firman Allah:

Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?”

Mereka menjawab: “Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar!” [al-Mulk 67:6-9]

Keliru Atau Salah Faham

Berdasarkan sifat-Nya yang al-Rahman dan al-Rahim, Allah bukan sahaja tidak mengazab orang yang tidak sampai kepada mereka kebenaran, bahkan Allah juga tidak mengazab orang yang terkeliru atau salah faham dalam menerima kebenaran. Allah Subhanahu waTa'ala berfirman: Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya dia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. [Ibrahim 14:04]

Dan Allah tidak sekali-kali menjadikan sesuatu kaum itu sesat sesudah Dia memberi hidayah petunjuk kepada mereka, sebelum Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka wajib memelihara dan melindungi diri daripadanya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [al-Taubah 9:115]

Dalam ayat-ayat di atas jelas bahawa Allah tidak akan terus mengazab sesiapa atau menghukumnya sesat sehinggalah sampai kepada dia pengetahuan tentang Islam secara jelas dalam bahasa yang dia fahami. Daripada ayat-ayat di atas juga dapat kita fahami bahawa Allah tidak akan terus mengazab orang-orang seperti berikut:

Pertama: Orang yang sampai kepada mereka pengetahuan tentang Islam tetapi dengan cara yang negatif sehingga menyebabkan dia menjauhinya. Penyampaian tentang Islam dengan cara yang negatif lazimnya dilakukan oleh media antarabangsa dan tempatan. Tidak mereka laporkan apa-apa tentang Islam melainkan keganasan, kezaliman dan kemunduran.

Kedua: Orang yang sampai kepada mereka pengetahuan tentang Islam tetapi dengan cara yang menakutkan sehingga dia keberatan menerimanya. Penyampaian tentang Islam dengan cara yang menakutkan lazimnya dilakukan oleh umat Islam sendiri. Mereka mendakwahkan Islam bukan dengan memberi tumpuan ke arah menyembah Allah, Tuhan yang satu (tauhid) tetapi dengan memberi tumpuan kepada perintah larangan semata-mata (hukum hakam) seperti haram minum arak, haram makan daging tidak halal, haram dedah aurat, wajib potong kemaluan (bersunat), wajib sembahyang lima kali sehari, wajib puasa sebulan dan sebagainya.

Kesemua di atas memang merupakan sebahagian daripada syari‘at Islam akan tetapi jika ia disampaikan tanpa bertahap-tahap, ia akan menjadi berat bagi orang yang baru hendak berkenalan dengan Islam. Selain itu kita di Malaysia menambah beberapa lagi kesusahan kepada orang yang hendak memeluk Islam seperti wajib tukar nama sendiri dan nama ayah, wajib ucap syahadah dalam bahasa Arab dan wajib mengamalkan semua perintah larangan secara serta merta. Jika tidak dilakukan semua ini, kita pantas menghukum mereka berdosa dan akan masuk neraka. Tidak ketinggalan, kita juga mengikat kesamaan antara Islam dan Melayu, sehingga mana-mana bangsa bukan Melayu yang memeluk Islam perlu menukar kebudayaan mereka kepada budaya Melayu.

Cara kita mendakwahkan Islam sebagaimana di atas menyebabkan orang bukan Islam merasa berat untuk menerimanya. Kita memberi gambaran yang tidak jelas kepada mereka, bahawa kononnya Islam adalah agama yang dipenuhi dengan persyaratan dan pantang larang. Di sini kesalahannya tidak terletak kepada orang bukan Islam tetapi kepada orang Islam sendiri kerana Allah telah memerintah kepada kita:

Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. [al-Nahl 16:125]

Kesimpulannya, azab Allah hanyalah kepada orang yang telah sampai kepada mereka pengetahuan secara jelas dan hikmah tanpa sebarang kekeliruan atau kesamaran di dalamnya, lalu mereka menolaknya. Firman Allah Subhanahu waTa'ala:

Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. [al-Nisaa’ 4:115]


Petunjuk Daripada Hadis

Dalam persoalan ini, terdapat sebuah hadis daripada al-Aswad bin Sari’ radhiallahu 'anh bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Pada Hari Kiamat kelak, akan ada empat golongan. (Golongan pertama) adalah orang pekak yang tidak dapat mendengar apa-apa. (Golongan kedua) adalah orang b0ddoh. (Golongan ketiga) adalah orang nyanyuk. (Golongan keempat) adalah orang yang mati dalam zaman tidak ada Nabi atau Rasul.

Maka adapun orang yang pekak, dia berkata: “Wahai tuhanku, apabila Islam datang saya tidak dapat mendengar apa-apa jua.” Adapun orang yang bodd0h, dia berkata: “Wahai tuhanku, apabila Islam datang saya dibaling najis oleh kanak-kanak.” Adapun orang yang nyanyuk: “Wahai tuhanku, apabila Islam datang aku sudah tidak dapat memikirkan apa-apa jua.” Adapun orang yang mati dalam zaman tidak ada Nabi atau Rasul, dia berkata: “Wahai tuhanku, Rasul Kamu tidak pernah datang (untuk mendakwahkan) aku.”

(Setelah mendengar alasan-alasan mereka), Maka (Allah) membuat perjanjian dengan mereka untuk taat kepada-Nya. Lalu Allah mengutuskan satu utusan kepada mereka yang memerintahkan: “Masuklah ke dalam neraka!”

Maka, demi nyawa Muhammad yang berada di Tangan-Nya! Seandainya mereka (taat) dan masuk neraka, nescaya api itu menjadi sejuk dan selamat untuk mereka.

Hadis ini dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, no: 15712. Ia dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, no: 16301. Sementara itu al-Albani menilainya sahih dalam Silsilah al-Shahihah, no: 1434.

Hadis ini selari dengan ayat-ayat al-Qur’an di atas, di mana orang yang tidak pernah sampai dakwah Islam secara benar lagi jelas tidak akan terus diazab oleh Allah. Sebaliknya Allah akan menguji mereka dengan cara membuat perjanjian agar mereka taat kepada-Nya. Seterusnya Allah mengutuskan satu utusan yang memerintahkan mereka masuk ke dalam neraka.

Di dalam perintah ini terdapat ujian. Jika mereka benar-benar taat kepada Allah, mereka akan terus melompat ke dalam neraka. Namun oleh kerana ketaatan mereka itu, neraka menjadi sejuk lagi selamat kepada mereka. Orang seperti ini lulus ujian dan akan dimasukkan ke dalam syurga. Sebaliknya orang yang enggan taat, mereka tidak mahu melompat ke dalam neraka. Mereka akan terus beralasan dan berhujah di hadapan Allah. Orang seperti ini gagal ujian dan akan dimasukkan ke dalam neraka.

Faedah Tambahan

Di dalam hadis di atas terdapat sebuah faedah tambahan, iaitu hendaklah kita taat kepada Allah dan Rasulullah meskipun perintah atau larangan tersebut pada zahirnya kelihatan tidak logik. Perintah untuk memasuki neraka kepada empat golongan tersebut adalah tidak logik, namun sesiapa yang mentaatinya maka dialah yang lulus.

Justeru usah kita membuat pelbagai alasan umpama “Ini urusan muamalat yang berubah ikut tamadun manusia”, “Perintah ini hendaklah difahami mengikut konteksnya”, “Larangan ini tidak sesuai dengan waqi’ sekarang”, “Jangan memahami teks secara literal” dan pelbagai lain.

Ini kerana Allah boleh saja mentaqdirkan satu suasana yang menimbulkan pertembungan di antara logik dan nas (al-Qur’an dan hadis) sebagai ujian kepada para hamba-Nya, apakah mereka akan mentaati logik atau nas. Sesiapa yang mentaati nas maka dia lulus, sesiapa yang mentaati akal maka nasibnya diserahkan kepada Allah.

Wallahualam,
-


Pelan catuan bekalan air di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan bermula dari 27 Februari hingga 31 Mac ini, kata Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), V. Subramaniam.

Beliau berkata pelan itu dilaksanakan kerana Loji Rawatan Air (LRA) di Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi masih ditutup akibat pencemaran amonia di Sungai Langat sejak 28 Januari lepas.

"Untuk makluman, pelan itu telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) semalam (24 Februari). Ia melibatkan lebih 60,000 pengguna di 71 kawasan terjejas," katanya pada sidang media khas di ibu pejabat Syabas di sini hari ini.

Menurutnya, air akan diambil dari loji Semenyih, Sungai Labu dan Langat bagi menampung keperluan pengguna berkenaan.

Sehubungan dengan pelaksanaan pelan itu, Syabas menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kononnya syarikat berkenaan tidak menyediakan pelan pengagihan air berjadual dan catuan bekalan air.

"Tuduhan itu tidak benar kerana cadangan penyediaan pelan berkenaan telah dibentang pada Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) pada 18 Februari lepas.

"Susulan itu, kerajaan Selangor telah memanjangkan permohonan cadangan pelan kepada SPAN pada lewat petang 21 Februari sebelum diluluskan semalam," jelas Subramaniam.

Khalid sebelum ini dilapor menyalahkan Syabas sebagai punca kekurangan bekalan air yang dihadapi penduduk sejak minggu lepas dan mendakwa pelan pengagihan tersebut sepatutnya dilaksanakan awal bagi membolehkan pengguna membuat persiapan.


Berikut adalah kawasan yang terjejas:


WILAYAH HULU LANGAT

- Zon 1


  • Taman Juara Jaya
  • Taman Bukit Belimbing
  • Taman Sungai Besi Indah 1,2 & 3
  • Taman Harmoni Indah
  • Taman Puncak Utama, Seri Kembangan
  • Taman Putra Budiman
  • Taman Balakong Jaya
  • Taman Seri Timah
  • Taman Tanming Jaya
  • Kawasan perindustrian Balakong
  • Taman Industri Selesa Jaya, Seri Kembangan
  • Taman Industri Balakong
  • Taman Tanming Permai
  • Taman Industri Lifong
  • Taman Tanming Ria
  • Taman Sungai Besi Indah Zon 1
  • Juta Mines Kondominium, Seri Kembangan


Zon 2

  • Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
  • Taman Impian Ehsan Seri Kembangan
  • Taman Desa Karunmas Seri Kembangan
  • Kampung Baru Balakong
  • Taman Kasturi Cheras
  • Taman Sri Indah Cheras
  • Taman Bukit Emas
  • Taman Cheras Jaya
  • Taman Impian Indah
  • Taman Taming Indah
  • Taman Sejati
  • Taman Seri Sungai Long
  • Taman Bukit Sungai Long
  • Rumah Kenangan Cheras
  • Taman Dutamas
  • Taman Setia Kasturi Cheras
  • AEON Cheras Selatan
  • Taman Industri Balakong Jaya
  • Taman Setia Balakong
  • Taman Sinaran
  • Kawasan Perniagaan Desaria, Seri Kembangan
  • Dataran C180 Balakong


WILAYAH KUALA LANGAT & SEPANG

Zon 1


  • Kampung Olak Lempit
  • Kampung Bukit Changgang
  • Kampung Labohan Dagang
  • Selangor Dredging
  • Taman Changgang Jaya
  • Kompleks Perabut Olak Lempit
  • RTB Bukit Changgang
  • Bandar Sri Ehsan
  • Bandar Mahkota
  • Bandar Sungai Emas
  • Taman Arked
  • Taman Ambar
  • Taman Sri Dagang
  • Taman Langat Murni
  • Taman Langat Utama
  • Taman Murnimas
  • Taman Seri Telok Datok
  • Taman Sri Cheding
  • Sekolah Tamil Sungai Sedu


Zon 2


  • Kota Warisan
  • Warisan Bestari
  • Taman Bunga Raya
  • Taman KLIA Indah
  • Tiara Heights
  • Taman Ixora
  • Taman Dahlia
  • Taman Seroja
  • Taman Mawar ( Mawar 1, Mawar 2, Mawar Perdana, Emas Villa )
  • Taman Kenanga
  • Taman Desa Vista
  • Taman Desa Bestari
  • Salak Permai
-


Seorang adik tergamak membelasah kakaknya menggunakan kerusi selain mengugut mangsa menggunakan pisau pemotong sayur semata-mata kerana tidak berpuas hati isu harta pusaka dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Gopeng di sini, petang semalam.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 2 petang, suspek yang berusia 30-an dikatakan muncul di rumah kakaknya berusia 40-an itu berikutan tidak berpuas hati berhubung isu peninggalan harta pusaka dengan menuduh mangsa memperoleh bahagian yang lebih banyak.

“Mangsa yang cuba mententeramkan keadaan sebaliknya dihambur dengan kata-kata kesat oleh suspek. Malah, suspek didakwa bertindak menendang kakaknya itu hingga terjatuh.


“Tidak cukup dengan itu, suspek turut menggunakan kerusi untuk memukul tubuh mangsa berulang kali,” kata sumber itu.
-

Dua beradik lelaki berusia enam bulan dan dua tahun dikelar hingga mati menggunakan pisau oleh pembantu rumahnya sebelum wanita itu membunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Taman Sri Putra, di sini petang semalam.

Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa tinggal bersama pembantu rumah warga Indonesia itu ketika ibu bapa, datuk dan nenek mangsa keluar sejak jam 8 pagi untuk menguruskan perniagaan kedai kopi milik mereka.


Jiran yang mahu dikenali sebagai S Sivakumar, 34, berkata, biasanya seluruh keluarga berkenaan termasuk datuk dan nenek serta ibu bapa kanak-kanak berkenaan akan keluar rumah jam 8 pagi dan pulang semula jam 6 petang.

"Kejadian itu hanya disedari nenek kanak-kanak itu yang pulang ke rumah kira-kira jam 6 petang tadi (semalam) dan ketika itu, keadaan rumah agak sunyi.

Rumah yang menjadi lokasi kejadian kes bunuh di Taman Sri Putra.

"Selepas memanggil nama cucunya dari luar, nenek kanak-kanak itu masuk ke dalam rumah sebelum terkejut selepas ternampak cucunya yang berusia enam bulan berlumuran darah dan sudah tidak sedarkan diri manakala pembantu rumah yang berlumuran darah pula berada berhampirannya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Beliau berkata, terkejut dengan penemuan itu, nenek kanak-kanak itu mencari seorang cucunya yang berusia dua tahun sebelum menemuinya dalam keadaan leher dikelar di tingkat dua rumah berkenaan.

Katanya, nenek kanak-kanak itu kemudian menghubungi polis dan ahli keluarga lain memaklumkan kejadian itu.

Berdasarkan sumber polis, kejadian berkenaan dilakukan pembantu rumah terbabit berikutan tiada kesan pecah masuk rumah malah tiga anjing jenis Rottweiler tidak menyalak sepanjang kejadian.
-


Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mengumumkan pelan catuan bekalan air di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang bermula esok sehingga 31 Mac depan.

Pengarah Eksekutif (Bahagian Operasi), Yusof Saroji berkata, bagaimanapun tempoh berkenaan tertakluk kepada pindaan kerajaan negeri semasa ke semasa bergantung kepada faktor cuaca dan sebagainya.

Yusof berkata, kawasan terlibat akan dibahagikan kepada dua zon melibatkan 60,185 unit rumah iaitu kira-kira 300,00 pengguna.

Menurutnya, konsep akan dilaksanakan di kawasan tersebut adalah dua hari disalurkan air manakala dua hari tiada air.

“Untuk zon yang dijadualkan ada bekalan air, pengguna dijangka  mendapatnya bermula jam 4 petang selama 41 jam berikutnya sehingga jam 9 pagi dua hari selepas itu.

“Untuk zon yang dijadualkan tiada air, bekalan tersebut akan dihentikan bermula jam 9 pagi selama 55 jam sehingga jam 4 petang dua hari selepas itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Syabas di sini, semalam.

Yusof berkata, waktu pengguna dapat menikmati bekalan air juga berbeza bergantung kepada lokasi kolam air dengan kawasan pengguna serta paras ketinggian.

Katanya, bagi kawasan yang berlaku kecemasan sebagainya walaupun dijadualkan tiada air ketika itu, Syabas akan menghantar lori tangki untuk membantu.

Beliau berkata, bagi kawasan mempunyai hospital seperti di Bukit Tampoi dan Cheras,  Syabas menempatkan lori dalam keadaan berjaga-jaga untuk membantu.

Menurutnya, kawasan Hulu Langat akan mendapatkan bekalan air daripada Loji Langat, Kuala Langat dari Loji Semenyih dan Loji Sungai Labu manakala Sepang dari Loji Sungai Labu.
-


Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap TV3 berhubung fitnah melibatkan nombor pendaftaran kereta WWW1.

Panel tiga orang hakim diketuai Hakim Datuk Mohd Arif Mohd Yusof memutuskan Mohammad Nizar berjaya membuktikan wujudnya niat jahat oleh defendan, iaitu TV3.

Hakim Mohd Arif berkata barisan hakim sebulat suara mengenepikan penghakiman oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dan mendapati defendan bersalah melakukan fitnah.

Keputusan sebulat suara itu turut dipersetujui oleh Hakim Datuk David Wong Dak Wah dan Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.

Hakim Mohd Arif kemudian mengarahkan agar nilai ganti rugi ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.

Arif berkata, keputusan dibuat Mahkamah Tinggi yang menolak saman Nizar tidak boleh dikekalkan dan TV3 bertanggungjawab.

Beliau berkata, pembelaan justifikasi TV3 gagal dan stesen TV itu tidak berjaya membuktikan kebenaran atau sebahagian kebenaran dalam laporan mereka.

"Malah, ada niat jahat oleh defendan dalam laporan mereka," katanya.

TV3 juga diperintahkan membayar RM30,000 kos mahkamah.
-


 Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengarahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman berjumlah RM2,000,000 dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5 peratus faedah dari writ yang difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Perintah tersebut dikeluarkan berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd Shamsul sebelum ini.

Mohd Shamsul memfailkan saman terhadap Abdul Hadi ekoran dakwaan yang dibuat ahli parlimen Marang itu bahawa ada calon PKR menjual pil kuda menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

Sebelum Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut Julai tahun lepas, Mohd Shamsul mendesak Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataan calon PKR menjual pil kuda kerana masyarakat menganggap beliau yang didakwa presiden PAS itu.

Dalam PRU13, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerusi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh PKR dan menyebabkan berlakunya pertandingan tiga penjuru.

Difahamkan PAS akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.
-