Ingatkan Perempuan Rupanya Lelaki Afrika
“Saya tidak tahu nak kata apa apabila tahu wanita yang saya jatuh hati itu sebenarnya lelaki Afrika,” kata seorang lelaki yang kerugian lebih RM100,000 akibat terperangkap dalam sindiket cinta Internet atau ‘love scam’ didalangi warga Afrika.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azhar, 28, berkata, dia kini hanya mampu menangis selain menyesali ke*****an diri gara-gara kemaruk cinta terhadap wanita bernama Alina yang dikenali menerusi kiriman e-mel pada Julai tahun lalu.
“Dalam e-mel dikirimnya, Alina memberitahu, dia tinggal di United Kingdom (UK). Bapanya rakyat Malaysia manakala ibunya warga Eropah dan sekarang dia mahu datang ke negara ini untuk mencari keluarga bapanya.
“Dia turut memberi satu alamat yang kononnya alamat terakhir keluarga bapanya. Saya membuat pemeriksaan di Internet dan mendapati alamat itu wujud menyebabkan saya menyambut salam persahabatannya,” katanya, semalam.
Pada mulanya, Azhar yang juga seorang kakitangan awam sekadar mahu berkawan sebelum jatuh hati dengan cara wanita itu berkomunikasi dengannya selepas sebulan berkenalan.
No comments