Select Menu

Slider

Berita

Lawak & Jenaka

Cute

My Place

Gambar

Racing

Videos

» » » PKR SAH PARTI ANAK BERANAK
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


SEJARAH PKR - UNTUK MEMBEBASKAN ANWAR DARI TAHANAN . DAN PKR LAHIR DARIPADA PARTI IKATAN MASYARAKAT ISLAM MALAYSIA.

Parti KeADILan Nasional merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir daripada gelombang Reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 2 September 1998. Sekumpulan NGO dan parti pembangkang kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Pendokong reformasi kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) untuk memberi platform kepada perjuangan mereka.

Selepas itu, usaha menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu disebabkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti kecil yang sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti KeADILan Nasional diadakan pada 4 April 1999.

Selepas Pilihanraya 1999, kesedaran timbul tentang keperluan Parti Keadilan Nasional dan PRM bergabung, berdasarkan komitmen mereka yang sama terhadap Reformasi, menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa.

Pada 3 Ogos 2003 Keadilan dan PRM melancarkan Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur.
Pada waktu itu Pendaftar Penubuhan masih enggan meluluskan pendaftaran parti. Maka pada Pilihanraya Umum 2004, calon-calon PRM bertanding di atas platform Keadilan. Calon tunggal yang menang ialah Presiden Parti iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Selepas Pilihanraya Umum, akhirnya Parti Keadilan Rakyat diluluskan penubuhannya.

Parti Keadilan Rakyat mendapat suntikan baru selepas pembebasan Penasihat Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati tidak bersalah daripada tuduhan jenayah pada 2 September 2004, selepas enam tahun di dalam tahanan dan penjara.


Pemilihan pucuk pimpinan PKR kali ini bakal menyaksikan pertandingan suami isteri - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail - bagi merebut jawatan presiden parti.

Situasi ini sama seperti yang berlaku pada pemilihan PKR pada tahun 2007 PKR apabila Anwar dan Wan Azizah bersaing untuk jawatan presiden dalam pertandingan tiga penjuru. Seorang lagi calon ialah Abdul Rahman Othman

Wan Azizah ketika itu bertindak sebagai "insurans" kerana Anwar yang baru sahaja dibebaskan dari penjara mempunyai larangan lima tahun daripada aktif berpolitik.

Dalam kenyataan media petang ini, Wan Azizah mengesahkan yang beliau bertanding sebagai satu bentuk 'insurans', jika suaminya dihalang daripada bertanding.

Anwar kini sedang merayu hukuman penjara lima tahunnya di Mahkamah Persekutuan selepas didapati bersalah dalam kes Liwat II oleh Mahkamah Rayuan.

Di bawah Seksyen 9A(1)(b) Akta Pertubuhan 1966, seorang pemegang jawatan tidak boleh memegang jawatan atau mengekalkan jawatan dalam pertubuhan berdaftar jika disabit kesalahan dan didenda tidak kurang RM2,000 atau dipenjara untuk tempoh tidak kurang daripada setahun.

"Rakyat Malaysia telah lihat betapa zalimnya penguasa, tatkala saudara Anwar mahu melengkapkan 'Langkah Kajang', beliau dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, lalu dinafikan hak demokratik beliau untuk bertanding.

"Kini tidak mustahil akan ada percubaan dari pihak Umno-BN untuk sekali lagi menafikan hak demokratik saudara Anwar untuk bertanding dan memegang jawatan presiden PKR secara sah," katanya..

Berdasarkan sikap itu, Wan Azizah berkata beliau perlu mengambil sikap berhati-hati dalam menghadapi taktik BN dan Umno.

Justeru, beliau menerima cadangan daripada ahli parti untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya.

"Keputusan ini dibuat demi menjaga kepentingan dan masa depan parti sekiranya dalam masa terdekat ini sebelum pencalonan dimuktamadkan saudara Anwar tidak dapat meneruskan pencalonan beliau" katanya.

Pertandingan enam penjuru

Sementara itu, bagi jawatan timbalan presiden pula menyaksikan pertandingan enam penjuru. Penyandangnya, Azmin Ali turut mempertahankan jawatan tersebut.

Lima lagi calon jawatan timbalan presiden ialah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Tian Chua, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk K Ramachandram, dan Murali Subramaniam.

Bagi jawatan naib presiden pula, 16 calon telah menyerahkan borang pencalonan mereka hari ini.

Tian Chua yang bertanding jawatan timbalan, turut mempertahankan jawatan naib presiden.

Lima belas lagi calon naib presiden ialah Baru Bian (penyandang), Datuk Mansor Othman (penyandang), Fuziah Salleh (penyandang), N Surendran (penyandang), Nurul Izzah Anwar (penyandang), Mustapha Kamil Ayub, Elizabeth Wong, Dr Shanmugam Rangasamy, Dr Streram Sinnasamy, Mohd Rafizi Ramli, Mohd Yahya Sahri, Lee Chin Cheh, Suresh Kumar, Dr Xavier Jayakumar dan Shamsul Iskandar Md Akin

Seorang lagi naib presiden secara lantikan, Datuk Chua Jui Meng tidak mempertahankan jawtaannya.

Seramai 78 calon akan bertanding untuk jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Manakala tiga calon bertanding bagi jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK). Mereka ialah Nik Nazmi Nik Ahmad, Amir Shari dan Nazree Mohd Yunus.

Empat calon akan berebut jawatan timbalan Ketua AMK - Mohd Serman Hassnar, Chang Lih Kang, Afif Bahardin dan Ramesh Kumar.

Calon bagi naib ketua AMK - Raymon Ahuar, Mohd saifullah Zulkifli,  Ginie Lim, Rajaresh Gabaran Maniraju, Carol Urmilla, Sri Sanjeevan Ramakrishnan, Nor Hizwan Ahmad, Mohd Razlan Jalalauddin, dan Sangeetha Jayakumar.

62 calon bertanding untuk jawatan exco AMK.

Dua calon akan bertanding merebut jawatan ketua Wanita PKR, iaitu Rodziah Ismail dan Zuraida Kamaruddin (penyandang).

Calon timbalan ketua Wanita (3) - Haniza Mohd Talha, Rusnah Anai, Tengku Intan Tengku Abdul Halim.

Calon naib ketua Wanita - (6 orang) Gan Pei Nie, Nor Sham Abu Samah, Dr Daroyah Alwi, Sivamalar Ganapathy, Johar Mat Lani dan Tan Poh Lai. - Malaysiakini -

About Unknown

Berita Kedai Kopimerupakan organisasi bukan berbayar dengan menampilkan isu isu semasa sekitar yang menarik perhatian anda. Join Laman Chat Kami. Kami menyediakan webcam, tv dan radio Malaysia untuk anda. Berborak sambil oncam atau tengok tv.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply

Berita Kedai Kopi tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.