Select Menu

Slider

Berita

Lawak & Jenaka

Cute

My Place

Gambar

Racing

Videos


Berikut adalah maklum balas selepas majlis perkahwinan Siti Nurhaliza &
Datuk Khalid Mohamad Jiwa.

Rosyam Nor:

"Saya minta maaf banyak banyak pada Siti kerana tak dapat menghadiri
jemputan Siti sebab RTM dah bagi tawaran lumayan untuk jadi hos
rancangan
MAWI-INA. Walau apa pun saya doakan semoga Siti berbahagia. Next time
kalau
Siti nak bersalin ke, nak bercerai ke dan teringin nak siar kat TV,
jemputlah saya untuk jadi hos".

Datuk Yusof Haslam:

"Saya rasa gembira melihat majlis perkahwinan ini dan mendoakan semoga
dua
mempelai berbahagia. Walaupun Siti tak pernah berlakon dalam filem
arahan
saya, tapi saya ingin buat filem mengisahkan percintaan Siti dan Datuk
K.
Saya rasa A.Galak yang jugak bermisai tebal dan berusia sesuai untuk
watak
Datuk K".

Datuk Sharifah Aini:

"Walaupun dia tak jemput Kak Pah, Kak Pah tetap menonton TV malam tu.
Terima kasih TV3. Kak Pah doakan Siti akan berbahagia dan cepat dapat
anak
dan cepat jadi gemuk lepas tu. Kalau boleh segemuk Kak Pah".

Ella:

"Siti dah selamat. El belum ada jodoh. Mungkin lepas ni El akan belajar
dari Siti cara pikat Datuk".

Mawi:

"Saya jugak minta maap pada Siti sebab tak dapat hadir malam tu. Bukan
niat
saya untuk 'potong line' tapi saya dibayar untuk berlakon apa yang
patut.
Sudah rezeki saya. Tapi apa apa pun harap Siti terus gembira dengan
suaminya. Selamat pengantin baru".

Ina (Tunang Mawi):

"Jaga mak....Jaga mak... Jaga mak..".

Aznil:

"Selamat berbahagia Siti. Saye tak dapat hadir. Astro ugut nak pecat
saye
kalau saye tak nak jadi hos untuk MAWI-INA. Minta maap Siti. Lagipun
saye
tak berduit sebab AF dah habis. So kena la buat duit sikit".

Pak Lah:

"Saya suka erti disebalik jumlah mas kahwin dan duit hantaran. Ia
melambangkan Islam Hadhari. Tahniah untuk Siti"

Sammy Vellu:

"Saye hingin mengucapken Selamat Pengantin Baru kepade mereke. Tol
tidak
akan dinaikkan untuk beberape taun. Siti boleh le selalu balik kampung
di
Kuale Lipis".

Syarifah Amani:

"I didn't go cos I will look stupid if I wear kurung Melayu".

Karam Singh Walia:

"Bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua, tidak semestinya sama rata,
datuk pilih si ayam dara, siti mendapat si ayam tua".

Muhammad Aazif (anak Datuk K):

"Kalau dulu bila sambut Mother's Day kami akan nyanyikan lagu ibu untuk
mummy. Tapi bila Father's Day tak de pun lagu untuk kaum bapa, ade pun
satu
jer tapi tak sesuai utk papa. But this time we all boleh nyanyikan lagu
tu.. "Ayahku Kahwin Lagi".
-

BERIKUT ADALAH BUKTI AGIHAN 




-


Golongan ulama di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berpendapat, adalah haram bagi umat Islam untuk tinggal di Planet Marikh kerana perbuatan itu sama seperti cubaan membunuh diri yang tidak dibenarkan Islam.

Menurut Pihak Berkuasa Am Hal Ehwal Islam dan Pembiayaan (GAIAE) UAE, cubaan untuk tinggal di planet itu akan menjadi begitu berbahaya dan ‘tiada sebab munasabah’ untuk berada di sana bagi umat Islam dengan menyifatkan perbuatan itu tidak Islamik.

Fatwa itu dikeluarkan oleh pihak jawatankuasa berkenaan selepas pertubuhan Mars One mengumumkan bahawa pihaknya akan cuba mewujudkan penempatan tetap manusia di Marikh menjelang tahun 2025.

Portal berita Khaleejtimes.com yang memetik fatwa itu melaporkan, ‘Mana-mana perjalanan sehala yang mendatangkan bahaya kepada kehidupan, tidak dibenarkan di dalam Islam. Ada kemungkinan bahawa seorang individu yang mengembara ke Planet Marikh mungkin tidak dapat untuk hidup kekal di sana, dan lebih terdedah kepada kematian.’

Menurut jawatankuasa itu, angkasawan yang pergi ke Marikh mungkin akan mati bagi ‘sebab yang tidak munasabah dan berdepan hukuman sama yang di akhirat seperti seseorang yang membunuh diri’.

Jawatankuasa GAIAE yang diketuai oleh Profesor Dr. Farooq Hamada itu menyatakan, perbuatan melindungi nyawa daripada sebarang kemungkinan bahaya dan memastikan diri selamat merupakan isu yang dipersetujui oleh semua agama dan jelas dinyatakan di dalam al-Quran.

GAIAE setakat ini telah mengeluarkan kira-kira dua juta fatwa menerusi Pusat Fatwa sejak penubuhannya pada tahun 2008.

Misi Mars One ke Marikh menjelang 2025 difahamkan setakat ini menarik permohonan lebih 200,000 orang termasuk daripada kira-kira 500 warga Arab Saudi dan penduduk Arab
-


Dari hari ke sehari, pelakon muda, Sara Ali, 24, dilihat semakin akrab dengan pelakon yang lebih berpengalaman daripadanya iaitu Nur Fazura Sharifuddin.

Sara dan Fazura, 31, sering kali bertemu dan hang out bersama sekiranya tiada sebarang komitmen kerja seperti yang dikongsikan mereka di laman Instagram masing-masing.

Sara juga mengakui dirinya mula rapat dengan pelakon jelita itu sejak sama-sama membintangi filem Kami Histeria yang dirakamkan pada 2012.
Pelakon genit ini juga mengakui Fazura mahukan dirinya jadi seperti idolanya itu dari segi pembawakan diri dan berfesyen.

“Saya dah anggap Fazura seperti akak saya dan dia pun begitu kerana Fazura nampak saya dalam diri dia kerana saya seorang yang kasar dan temper dan dia lihat sama seperti dia muda dulu.
“Malah, Fazura sendiri ada cakap dia mahu saya jadi macam dia, maksudnya dari segi pembawakan diri dan sebagainya,” katanya memetik portal Murai.
Sebelum ini kecoh mengatakan Fazura mengecam pelakon Hanez Suraya yang dikatakan ingin meniru gayanya.

Namun, dengan Sara, dia okay pula..

Mungkin orang yang rapat dengannya kot dibenarkan meniru gaya dan fesyen yang dibawakannya.
Tak gitu?

Sumber : mforum

-


SIAPA sangka, sebelum ini pelakon sensasi, Rabecca Nur Al Islam, sememangnya terkenal dengan imej seksi dan menggoda.

Namun, pemergiannya ke kota suci bagi menunaikan umrah buat kali pertama bersama keluarga, akhirnya memberi kejutan apabila pelakon ini pulang dengan berita penghijrahan.

Walaupun hanya 12 hari berada di kota Makkah, namun ternyata pelakon drama, Jangan Tegur Lagi, ini, mendapat hidayah ALLAH SWT.

Bukan hanya cuba-cuba, Rabecca nekad dengan keputusannya itu apabila dia turut menjual kesemua koleksi pakaiannya sebelum ini.

Menurut Rabecca, tindakan ini adalah perlu kerana dia tidak mungkin akan memakainya lagi di masa akan datang.

Sejujurnya, saya tiada koleksi baju-baju yang menutup aurat. Almari pakaian saya dipenuhi dengan pakaian seksi.

"Jadi, setelah fikir masak-masak, saya membuat keputusan untuk menjual kesemua koleksi itu kepada orang ramai dan turut menguar-uarkannya menerusi laman sosial.

"Sesiapa yang mahukan baju saya mahupun peminat, bolehlah berurusan dengan pembantu peribadi saya," katanya yang kini telah mengosongkan kesemua almari pakaiannya.

Tambah Rabecca, tidak semua koleksi itu dijual kerana ada sebahagian daripadanya hanya diberikan secara percuma.

"Untuk pakaian yang bernilai RM700 ke bawah, saya hanya beri percuma sahaja kerana niat saya juga adalah untuk bersedekah.

"Namun, bagi koleksi yang mencecah ribuan ringgit serta direka khas pereka terkenal, saya akan jual dengan potongan harga sehingga 70 peratus," katanya.


Suami terkejut

Bercerita mengenai penghijrahan itu, Rabecca mengakui, dia tidak merancang untuk bertudung setelah pulang dari menunaikan umrah.

Malah, hidayah itu datang dengan sendiri dan akui Rabecca, suaminya, Nor Azam Datuk Sulaiman, juga turut terkejut dengan perubahan dirinya.

"Kami tiba di Kuala Lumpur pada malam Isnin lalu setelah 12 hari di sana (Makkah). Pagi Selasa, saya bersiap untuk menemui seseorang.

"Namun, hati saya tidak berpuas hati dengan penampilan ketika itu lalu saya menunaikan solat Zohor sebelum keluar rumah. Selepas itu, saya cuba mengenakan tudung, barulah lega.

"Ketika itu, saya tidak memiliki pin. Saya minta daripada pembantu rumah, dia berikan pin lain kerana dia sendiri tak sangka saya mahu pin tudung," katanya yang meminjam pin daripada ibu yang ketika itu berada di rumahnya.

Tambah Rabecca, ibunya terkejut dengan perubahan itu namun turut menyokong penghijrahannya.

"Sehingga hari ini, saya masih memakai pin ibu saya kerana tidak sempat untuk membelinya lagi.

"Suami saya, lagilah terkejut kerana dia sendiri tidak tahu yang saya akan berhijrah secepat itu.

"Buat masa ini, saya lebih selesa mengenakan selendang kerana saya mempunyai banyak koleksi selendang yang disediakan untuk majlis amal," katanya


Khatam al-Quran

Berkongsi kisah sepanjang berada di kota suci, Rabecca mengakui penghijrahan itu sedikit sebanyak dipengaruhi penampilannya ketika berada di sana.

Katanya, ketika menunaikan umrah, dia memakai jubah dan bertudung. Malah, setiap waktu solat tidak pernah diabaikan.

"Apabila masuk sahaja waktu solat, kami akan sembahyang dan perkara itu menjadi rutin apabila saya pulang ke rumah.

"Malah, ketika berada di sana, saya turut memasang niat untuk khatam al-Quran. Namun, ada beberapa juzuk lagi yang belum habis.

"Jadi, saya berhasrat untuk menghabiskannya di rumah. Bila fikirkan tentang itu, mungkin ia adalah salah satu sebab kenapa saya nekad dengan penampilan ini," katanya yang kini sedang mempelajari ilmu agama menerusi bahan bacaan dan sumber internet.

Walaupun tampil dengan imej berbeza, namun dia tidak menolak sekiranya ada tawaran dalam bidang lakonan.

"Saya cintakan dunia seni dan tidak mungkin tinggalkan begitu sahaja. Saya akan mempertimbangkan setiap tawaran.

"Malah, saya juga tidak akan tolak sekiranya perlu bawa watak jahat. Namun, ianya haruslah bersesuaian dan menutup aurat," katanya yang turut terlibat dalam bidang perniagaan perancang majlis perkahwinan.

Katanya, perniagaan itu akan diperkenalkan pada Jun ini dan ianya melibatkan perkhidmatan pelamin dan pengurusan majlis perkahwinan.

Sumber : mforum


Selepas kejayaan mengadakan Pakej Percutian Muslim Star Cruises bersama peminatnya pada tahun lepas, Datuk Aznil Hj Nawawi, 45, atau lebih dikenali dengan Pak Nil sekali lagi melancarkan pakej pelayarannya bersama peminat.

Pelayaran yang akan diadakan pada April depan ini menjanjikan kejutan sekaligus keseronokkan yang lebih berbanding pelayaran tahun lalu. Lebih istimewa, segala aktiviti sepanjang di atas kapal dirancang sendiri oleh Pak Nil.

Bagaimanapun bagi peminat yang ingin mengikuti percutian eksklusif ini mestilah bersedia mengikut dua syarat yang ditetapkan pengacara nombor satu tanah air ini.

"Kepada peminat-peminat yang nak sertai saya, saya kenakan dua syarat kepada mereka semasa pelayaran nanti iaitu tak boleh duduk sahaja di dalam bilik dan mereka harus sporting!

"Saya pasti pelayaran kali ini akan lebih menyeronokkan. Kalau tahun lalu kita adakan acara pakaian pijama, sesi bertukar-tukar hadiah, makan malam bersama dan berborak santai.

"Kali ini saya akan berikan satu kelainan. Makan malam bersama tetap ada. Selain tu kita akan buat sesi fotografi yang sangat luar biasa. Kita juga ada aktiviti permainan dan pertandingan. Saya tak mahu beritahu lanjut kerana adalah kejutan istimewa buat peminat-peminat", kata Aznil ketika ditemui pada sidang media pelancaran pakej pelayaran Star Cruise ke Penang-Langkawi-Phuket bertempat di Saloma Bistro, petang semalam.

Pada masa sama, berkongsi sedikit pengalaman pelayaran lalu, kata Pak Nil, beliau seronok apabila berpeluang merapati peminat-peminatnya. Malah sepanjang pelayaran mereka bagaikan sebuah keluarga.

Sumber 

Aidil diumumkan sebagai Kapten baru Harimau Malaya menggantikan Safiq Rahim. Wow adakah ini rezeki nak kawin? Apa pun tahniahlah. Tak sia-sia mak bapak Aidil pertahankan Aidil dan bolasepaknya wahhh!! Keep it up Aidil. Nampak sangat Aidil ni kuat mental walaupun orang kutuk dia sana sini pasal Rita dia tetap fokus pada bola sepak. Tanggungjawab berat lepas ni but sure Aidil boleh pimpin skuad Harimau Malaya ke level yg lebih cemerlang berbanding sebelum ini.
- -


Kumpulan Azheal  mengakui kritikan paling teruk yang pernah diterima mereka selepas keluar dari program Akademi Fantasia 2013 (AF2013) adalah dituduh sebagai lelaki lembut atau gay. Azheal yang dianggotai oleh Mohd Azhar Osman, 25, dan Hal Husaini Razmi, 25, berkata, mereka tidak melenting sebaliknya menunjukkan sikap profesional seperti yang pernah diajar ketika berada di AF2013.

"Kami hanya gelak sahaja bila ada yang menuduh kami sebagai lelaki lembut atau gay." Pada saya tidak ada gunanya untuk kita melenting atau marah kerana itu lebih membuat mereka berkata gosip itu adalah benar," kata Azhar kepada mStar Online.Mereka juga lebih senang untuk berdiam diri dan enggan melayan tuduhan yang tidak berasas berkenaan.

Sementara itu, Azhar berkata, sejak beberapa bulan bergelar anak seni, dia mengakui berasa janggal apabila segala pergerakannya diperhatikan masyarakat.Malah dia perlu sentiasa menjaga penampilan apabila keluar dari rumah.

"Kami sedar bukan semua perkara manis sahaja apabila jadi popular ini, semua pergerakan ada sahaja mata yang memerhati."Kalau dulu boleh keluar rumah pergi kedai pakai baju selekeh dan seluar pendek, tapi sekarang kena jaga penampilan sentiasa," katanya.

Sementara itu, kata mereka, setiap kritikan yang membina daripada semua pihak dapat membantu mereka untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih bagus

Sumber : mforum


“Shah cium rambut? Tak kena (kepala) dan tak rasa apa-apa punlah,” jelas Intan Ladyana berhubung kritikan terbaru peminat mengenai gambar aksi mesra dan intim membabitkan dirinya dengan aktor Shah Iskandar yang dipaparkan di laman sosial.

Gambar kemesraan Intan dan Shah termasuk sekeping gambar aktor itu kelihatan mengucup kepala wanita terbabit tersebar di laman sosial dan menimbulkan pertikaian dalam kalangan segelintir peminat pelakon itu.
Sebahagian peminat yang keliru mempersoalkan kewajaran tindakan Intan memandangkan dia mempunyai teman lelaki iaitu pelakon Kamal Adli.

Intan atau nama sebenarnya, Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 32, berkata, pertikaian itu tidak patut timbul kerana dia dan Shah tidak bersentuhan seperti dilihat dalam gambar.

“Sebenarnya ketika kami ambil gambar itu, kami tak bersentuhan pun. Bukannya Shah cium kepala dan rambut saya betul-betul pun.

-


Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan juga ubatnya. Dan dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. ada menyebut bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Berdasarkan hadis ini adalah jelas bahawa denggi juga mempunyai ubatnya, cuma belum ditemui oleh manusia di dalam bidang perubatan moden dewasa ini .

Selama ini para saintis dunia perubatan moden masih gagal menemui ubat atau vaksin yang mujarab untuk menentang virus denggi. Ini menyebabkan ramai orang menjadi mangsa dan tidak kurang juga yang mati akibat serangan denggi. Salah satu sebabnya kerana kurangnya kesedaran mengenai gejala-gejala (simptoms) awal serangan denggi menyebabkan sesetengah orang lewat mendapatkan rawatan di hospital.

Namun, penemuan sejak hampir dua tahun yang lalu mengenai penawar melawan demam denggi sepatutnya membuka mata para saintis mahu pun penyelidik kita untuk membuat kajian mendalam mengenai khasiat ketam (crab) untuk dijadikan penawar melawan denggi.

Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.

Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini.

Malah proses pemulihannya amat pantas berbanding rawatan semasa yang diterima oleh pesakit di hospital kerana pesakit pasca demam tidak perlu lagi memakan multivite atau pun magnesium pill untuk recovery tenaga dan staminanya, juga tidak perlu mengambil masa 2-3 minggu untuk kembali bertenaga seperti sedia kala. Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptoms awal denggi tidak perlu untuk ke hospital sekiranya mereka mengambil sup ketam sebaik sahaja menyedari tanda-tanda diserang denggi.

Sehingga kini observasi didapati tidak kurang daripada 20 orang kenalan yang telah diserang denggi telah sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 8 jam selepas memakan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri juga amat mengkagumkan di mana saya telah pulih 100% dalam masa 7 atau 8 jam sahaja ketika diserang gejala demam denggi pada Mei 2006 lalu.

Berdasarkan kadar kesembuhan ke atas pesakit demam denggi yang mengambil sup ketam adalah hampir 100%, maka saya berpendapat bahawa ianya bukanlah suatu “kebetulan” semata-mata tetapi merupakan sesuatu yang pasti bahawa ketam merupakan penawar yang paling mujarab untuk merawat denggi

Sumber : Blog 
- -


Apa itu Demam Denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.
Bagaimanakah penyakit ini merebak?

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:


  • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
  • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
  • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
  • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
  • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.


Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.

Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

Apakah penyebab demam denggi?

Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.

Apakah faktor yang meningkatkan risiko denggi?

Pada asasnya, mereka yang tinggal di kawasan endemik denggi dan terdedah kepada nyamuk Aedes menghadapi risiko dijangkiti demam ini.

Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat penyakit denggi ialah:


  • Penduduk dan pelawat kawasan endemik denggi.
  • Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. Penyakit ini menjadi lebih teruk dan sering membawa kematian kepada kumpulan ini.


Bagaimanakah kedudukan penyakit ini?

Kadar insidens demam denggi dan demam denggi berdarah di Malaysia adalah masing-masing 118.3 dan 5.1 bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala kadar kematian atau mortaliti demam denggi dan demam denggi berdarah pada tahun 1998 adalah masing-masing 0.22 dan 0.23 bagi setiap 100,000 penduduk.
Insidens global demam denggi telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Kini demam denggi merupakan endemik di lebih 100 buah negara rantau Afrika, Amerika, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat Sebelum tahun 1970, hanya sembilan buah negara mengalami epidemik denggi. Bilangan yang merupakan peningkatan 4 kali ganda di sekurang-kurangnya 41 buah negara dalam tahun 1995. Perangkaan yang lain adalah seperti di bawah . Seramai 2500 juta manusia - iaitu 2/5 penduduk dunia - sekarang ini menghadapi risiko demam denggi. Tanpa rawatan yang bersesuaian, kadar kematian akibat demam denggi berdarah mencapai 15% atau lebih .

Apakah gejala denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi, demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.

Demam Denggi


  • Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:
  • Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam.
  • Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.
  • Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.
  • Kadar kematian amat rendah.
  • Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.
  • Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.
  • Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.
  • Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.
  • Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)


Sindrom Renjatan Denggi

Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:

Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal.

Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi antirenjatan.

Apakah komplikasi yang mungkin timbul?

Komplikasi demam denggi ialah :


  • Demam Denggi Berdarah.
  • Sindrom Renjatan Denggi.

Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyakit ini?

Pemeriksaan darah digunakan untuk membantu dalam diagnosis demam denggi. Kiraan sel platlet yang rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang tinggi lazimnya dikesan

Ujian serologi menawarkan kaedah yang paling cepat dan ringkas untuk mengesahkan diagnosis klinikal demam denggi. Pengasingan virus merupakan kaedah diagnosis yang paling boleh dipercayai.

Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?

Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.

Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.

Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.

Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.

Rawatan bukan farmakologi

Rawatan termasuk:


  • Meningkatkan pengambilan cecair.
  • Meningkatkan bekalan oksigen.


Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.

Rawatan farmakologi

Tiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan gejala yang timbul.

Apakah jenis pemantauan yang perlu dibuat?

Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung jawab doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini dapat dijalankan:


  • Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan (fogging) oleh pihak berkuasa.
  • Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.
  • Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini dari berulang. Ini kerana pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia mendapat semula penyakit ini, kesannya adalah amat teruk.


Apakah prognosis bagi demam denggi?

Pada umumnya, prognosis bagi demam denggi dan demam denggi berdarah adalah baik jika rawatan sokongan diberi lebih awal.
Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?

Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi.
Bagaimana cara untuk mencegah denggi?

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:


  • Perlindungan dari gigitan nyamuk.
  • Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.
  • Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk


Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:


  • Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.
  • Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
  • Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.
  • Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.
  • Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa


Anda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan, semburan perlulah dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan anda dan keluarga dari digigit nyamuk.

Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?

Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi.


Info daripada :
Unit Vektor, JKNPK
-


 “Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, saya melihat seorang lelaki terbaring dalam keadaan berlumuran darah di tengah jalan lalu menyangka mungkin berlaku kemalangan jalan raya, tetapi berasa pelik kerana tiada kenderaan di situ.”

Begitu kata anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kulim Mohd Khairi Shamsudin, 22, yang secara kebetulan melalui lokasi kejadian lelaki parah akibat terkena tiga das tembakan pada badan dan kepalanya ketika membonceng motosikal bersama rakan wanitanya.


Kejadian berlaku jam 9.30 pagi semalam di Lebuhraya Kulim-Baling berhampiran lampu isyarat Padang Meha, di sini, ketika mangsa berusia 34 tahun membonceng motosikal bersama rakan wanita berusia 21 tahun.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia jam 6 petang apabila hampir sembilan jam bertarung nyawa selepas dilaporkan kritikal ketika menerima rawatan di Hospital Kulim (HK), di sini.

Difahamkan, sebelum kejadian mereka dalam perjalanan dari Kawasan Perindustrian Padang Meha menuju ke Pekan Kulim untuk mendapatkan rawatan di HK.


Mohd Khairi berkata, sebaik tamat bertugas, dia melalui jalan berkenaan untuk pulang dan melihat lelaki berlumuran darah terbaring di tengah jalan menghala ke arah Kulim di samping seorang wanita dipercayai rakan mangsa.

“Saya kemudian memberhentikan motosikal untuk memberi bantuan kepada mangsa. Pada mulanya saya sangka dia mangsa kemalangan dan beberapa pengguna lain turut berhenti untuk memberi bantuan, namun saya berasa hairan kerana tiada kenderaan lain terbabit.

“Saya beranggapan kemungkinan itu kes langgar lari, namun saya terkejut apabila wanita terbabit memaklumkan rakannya cedera akibat terkena tembakan.

Sumber - HM


“Walaupun arwah penduduk negara jiran, namun dia selalu solat berjemaah di masjid ini. Saya terkejut arwah meninggal dunia ketika sedang solat di masjid ini.

“Saya lihat wajah arwah kelihatan tersenyum,” kata Samsuddin Yasin, 52, antara saksi seorang guru pondok meninggal dunia ketika solat Isyak pada rakaat pertama di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing di Rantau Panjang, di sini, kelmarin.



Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Mahama Jehma, 56, dari Kampung Weng, Thailand berkunjung ke Rantau Panjang untuk membeli-belah dan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan sebelum pulang ke kampungnya.

Ketika rakaat pertama, guru pondok itu rebah dan kemudian disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Samsuddin yang juga Setiausaha Ahli Jawatankuasa (AJK) Pengurusan masjid itu berkata, kejadian berlaku ketika kira-kira 60 jemaah sedang solat Isyak pada rakaat pertama sebelum dia terdengar bunyi seperti benda jatuh.
-


Akibat kecewa teman lelakinya tetap dengan keputusan mahu bekerja di luar negara, seorang wanita nekad terjun dari tingkat 23 sebuah kondominium di Persiaran Midlands, di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa, Thong Chen Yee, 26, dan bekerja sebagai ejen pelatih pramugari itu ditemui maut oleh penduduk kawasan berkenaan di padang tingkat satu kondominium itu.


Menurut sumber, mangsa tinggal di kondominium berkenaan bersama dua rakan dan teman lelakinya iaitu seorang warga Perancis serta sudah berpasangan sejak dua tahun lalu.

“Ketika kejadian, mangsa baru pulang dari tempat kerja, manakala dua rakan serumahnya keluar makan dan menurut teman lelakinya mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik ketika itu.

Dia dikatakan telah terjatuh dari balkoni unit yang disewa di tingkat 23.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sementara menunggu siasatan.

-