Select Menu

Slider

Berita

Lawak & Jenaka

Cute

My Place

Gambar

Racing

Videos




Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengimarahan masjid antara agenda utama beliau jika menang pada pilihan raya kecil DUN Kajang, 23 Mac ini.

Berucap pada majlis santai bersama penduduk Kampung Sungai Kantan di Kajang, katanya, pengembangan syiar Islam bukan dengan menyekat hak orang bukan Islam untuk menganut agama masing-masing.
-


Shah Alam: Spekulasi rumahtangga membabitkan pelakon popular, Erra Fazira akhirnya terlerai apabila dia sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini.

Perceraian itu direkodkan dihadapan Hakim Syarie Mohammad Adib Husain selepas pasangan itu bersetuju untuk bercerai secara baik.Bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 itu memfailkan permohonan cerai secara baik dan permohonan hak penjagaan anak itu semalam masing-masing mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Pasangan berkenaan bersetuju untuk menyerahkan hak penjagaan anak perempuan mereka, Engku Aleesya, 5, kepada Engku Emran.Bagaimanapun, Erra Fazira mendapat hak lawatan bermalam, cuti sekolah dan cuti perayaan yang diberikan secara bergilir-gilir.

Pada prosiding itu Erra Fazira, 40, diwakili peguam Ahmad Nazib Johari manakala Engku Emran, 39, diwakili peguam Roshdan Sujak Rafie.Erra Fazira berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail. 

Sebelum ini Erra Fazira pernah mendirikan rumahtangga dengan anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada Jun 2003, namun perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama tiga tahun.

Sumber : HMetro
-

Macam cantik je Macam Comel je

Pada suatu pagi, seorang isteri dengan lembut telah bertanya kepada suaminya, 
“Abang nak makan apa pagi, ni? 
Saya buatkan nasi lemak…nak? 
Atau abang nak nasi goreng ke atau roti canai ke? 
Atau saya buatkan roti telur nak?”
 Suaminya pun berkata,”Tak payahlah. Abang tak ada selera langsung nak makan.
 Ini semua Tongkat Ali punya pasal”.
Sampai ke tengahari, isterinya pun bertanya lagi, 
“Abang nak makan apa tengahari ni? 
Saya masakkan abang kari daging…nak? 
Atau abang nak makan ikan ke atau ayam ke? 
Saya boleh masakkan sambal atau sup atau sweet & sour”.
 Suaminya berkata lagi, “Tak payahlah. Abang masih tak ada selera nak makan.
 Ini semua Tongkat Ali punya pasal”.
Sampai ke malam, isterinya pun bertanya lagi, “Abang nak makan apa malam ni?
 Saya masakkan abang ayam goreng ..nak?
 Atau abang nak makan fish & chips ke atau burger ke?
 Atau abang nak hot-dog? Suaminya berkata lagi, “Tak payahlah.
 Abang masih tak ada selera nak makan. Ini semua Tongkat Ali punya pasal”.
Lalu isterinya pun berkata, “Kalau begitu, boleh tak abang tolong bangun dari atas saya sekejap. Saya nak pergi makan kerana dah lapar sangat ni!!!!” “Dari pagi tadi tak makan” Ini semua Tongkat Ali Punya Pasal!!!
-



KUALA LUMPUR: Ahli paleontologi dari Universiti Malaya telah menemui fosil dinosaur pertama di Malaysia. Fosil gigi ditemui di luar bandar Pahang.

Ketua penyelidik Jepun Dr Masatoshi Sone dari Universiti Waseda  dan Kumamoto berkata kerjasama dengan Universiti Malaya bermula sejak September 2012.

Fosil gigi "Sample UM10575" milik dinosaur Spinosaurid, yang dikenali sebagai karnivor dan memakan ikan.

"Ia dijangka bahawa fosil dinosaur sepenuhnya masih kekal di Malaysia" kata wakil Universiti Malaya dan Dr Masatoshi.

Para penyelidik juga mengatakan mereka akan terus menyelidik lanjut dan berharap untuk menjalankan siasatan  yang lebih luas.


Read more at: Astro Awani


+ dinasour + pahang + Fosil dinasour + Malaysia Diansour 
-