Select Menu

Slider

Berita

Lawak & Jenaka

Cute

My Place

Gambar

Racing

Videos



Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila tubuhnya dihempap sebatang pokok kelapa sawit hingga menyebabkan tulang rusuk dada mangsa remuk di Kampung Simpang Empat Anak Kurau, Batu Kurau, di sini, pagi semalam.

  Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa, Abdul Aziz Hussin, 51, ditimpa pokok ketika mengambil upah menebang beberapa pokok kelapa sawit di kampung itu.

Saksi kejadian yang juga pemilik pokok, Zainuddin Abdullah, 72, berkata, kejadian berlaku ketika mangsa mengambil upah menebang deretan pokok kelapa sawit tua miliknya.

  Menurutnya, mangsa cuba menebang sebatang pokok petai berhampiran bagi menjatuhkan sebatang pokok sawit yang tersangkut pada dahannya.

“Sebelum itu, dia sudah memotong batang pokok kelapa sawit berkenaan menggunakan mesin gergaji, namun pokok itu tersangkut pada dahan pokok petai.

  “Beberapa minit sebelum kejadian, saya melarangnya supaya tidak memotong sepenuhnya pokok petai itu, bagaimanapun dia hanya mengangguk tanda bersetuju,” katanya.

  Menurutnya, mangsa masih terus memotong sepenuhnya batang pokok petai itu sebelum pokok sawit berkenaan tumbang ke arahnya.

  “Saya terkejut dan cuba membantu. Lebih memilukan apabila mesin gergaji yang digunakannya turut mencederakan dadanya selain mengakibatkan tulang rusuk Aziz patah.

  “Saya cuba mengalihkan batang kayu kelapa sawit itu, namun gagal berikutan terlalu berat. Saya panik terus berlari mendapatkan penduduk berhampiran
-


Seorang bayi berusia enam bulan kritikal dipercayai akibat keracunan selepas meminum susu yang dibancuh menggunakan air dimasak dari tangki sebuah pangsapuri di Kundang dekat sini, yang disyaki tercemar, baru-baru ini.

  Kejadian pada Ahad lalu itu dikatakan berlaku ketika catuan air di beberapa kawasan di Lembah Klang termasuk membabitkan enam blok pangsapuri berkenaan yang didiami lebih 800 penduduk.

Ibu mangsa, Nurul Najwa Fuzi, 28, dikatakan membancuh susu menggunakan air paip yang dimasak sebelum Mohd Aidil Naufal yang juga anak keduanya mengalami cirit-birit dan muntah teruk.

  Bapa bayi malang itu, Mohd Shahril Tumiran, 32, berkata pada hari kejadian, anaknya hanya minum susu dan dia juga tidak membeli makanan di luar.

“Seperti biasa, isteri memberikan anak saya susu botol, namun tidak lama kemudian, Mohd Aidil mulai cirit-birit menyebabkan kami panik lalu terus membawanya ke hospital.-myMetro

p/s klu air tangki dah susut, jadi yg tinggal keladak je!
-
Karpal Singh, peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata berikutan keputusan Mahkamah Rayuan pada Jumaat, ketua pembangkang itu tidak boleh bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang.

"Berikutan sabitan kesalahan beliau hari ini, Anwar tidak boleh memfailkan kertas pencalonan untuk pilihan raya kecil Kajang pada 11 Mac (Selasa), " katanya kepada pemberita di mahkamah pada Jumaat.

Anwar dikenakan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan hari ini setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, kira-kira enam tahun lepas.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, yang mengetuai panel tiga hakim dalam pendengaran rayuan pihak pendakwaan, bagaimanapun membenarkan permohonan Anwar untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan dengan mengenakan ikat jamin RM10,000, yang perlu dijelaskan sebelum pukul 11 pagi Isnin.



Ketika mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar, Hakim Balia berkata panel itu sebulat suara memutuskan bahawa hakim perbicaraan terkhilaf dalam penemuannya bahawa sampel DNA digunakan dalam kes berkenaan, telah dicemar.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful (ketika itu berusia 23 tahun), di sebuah unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pada 28 Jan tahun ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan Anwar sebagai calon pakatan pembangkang untuk pilihan raya kecil Kajang setelah anggota dewan undangan negeri kawasan itu daripada PKR Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi berkenaan sehari sebelumnya.

Karpal Singh berkata mengikut Akta Pertubuhan, Anwar yang merupakan penasihat PKR, juga tidak boleh bertanding jawatan presiden PKR pada pemilihan parti itu Mei ini.

Katanya pihak pembelaan akan memfailkan rayuan Isnin ini selepas semua urusan ikat jamin selesai.

Beliau berkata mereka mempunyai masa 14 hari untuk memfailkan notis rayuan.

Sementara itu, ketika menyuarakan pendapat serupa, peguam R. Sivarasa berkata Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor tidak membenarkan Anwar, yang disabitkan kesalahan, bertanding pada pilihan raya kecil itu dan tidak boleh mengemukakan kertas pencalonan Selasa ini. - BERNAMA
-



Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan di sini semalam selepas disabitkan bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan enam tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh sebulat suara memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan tertuduh pada 9 Januari 2012.

Anwar dituduh meliwat Mohd. Saiful, ketika kejadian berumur 23 tahun, di Kondominium Desa Damansara, Kuala Lumpur antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Hakim membenarkan hukuman ke atas Anwar ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dengan jaminan RM10,000.

-kosmo-
-