Pukul Akak dengan Kerusi Rebut Harta Pusaka
Seorang adik tergamak membelasah kakaknya menggunakan kerusi selain mengugut mangsa menggunakan pisau pemotong sayur semata-mata kerana tidak berpuas hati isu harta pusaka dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Gopeng di sini, petang semalam.
Sumber berkata, dalam kejadian jam 2 petang, suspek yang berusia 30-an dikatakan muncul di rumah kakaknya berusia 40-an itu berikutan tidak berpuas hati berhubung isu peninggalan harta pusaka dengan menuduh mangsa memperoleh bahagian yang lebih banyak.
“Mangsa yang cuba mententeramkan keadaan sebaliknya dihambur dengan kata-kata kesat oleh suspek. Malah, suspek didakwa bertindak menendang kakaknya itu hingga terjatuh.
“Tidak cukup dengan itu, suspek turut menggunakan kerusi untuk memukul tubuh mangsa berulang kali,” kata sumber itu.

No comments