Akibat kecewa teman lelakinya tetap dengan keputusan mahu bekerja di luar negara, seorang wanita nekad terjun dari tingkat 23 sebuah kondominium di Persiaran Midlands, di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa, Thong Chen Yee, 26, dan bekerja sebagai ejen pelatih pramugari itu ditemui maut oleh penduduk kawasan berkenaan di padang tingkat satu kondominium itu.
Menurut sumber, mangsa tinggal di kondominium berkenaan bersama dua rakan dan teman lelakinya iaitu seorang warga Perancis serta sudah berpasangan sejak dua tahun lalu.
“Ketika kejadian, mangsa baru pulang dari tempat kerja, manakala dua rakan serumahnya keluar makan dan menurut teman lelakinya mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik ketika itu.
Dia dikatakan telah terjatuh dari balkoni unit yang disewa di tingkat 23.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sementara menunggu siasatan.
No comments