Haram Tinggal Di Marikh
Golongan ulama di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berpendapat, adalah haram bagi umat Islam untuk tinggal di Planet Marikh kerana perbuatan itu sama seperti cubaan membunuh diri yang tidak dibenarkan Islam.
Menurut Pihak Berkuasa Am Hal Ehwal Islam dan Pembiayaan (GAIAE) UAE, cubaan untuk tinggal di planet itu akan menjadi begitu berbahaya dan ‘tiada sebab munasabah’ untuk berada di sana bagi umat Islam dengan menyifatkan perbuatan itu tidak Islamik.
Fatwa itu dikeluarkan oleh pihak jawatankuasa berkenaan selepas pertubuhan Mars One mengumumkan bahawa pihaknya akan cuba mewujudkan penempatan tetap manusia di Marikh menjelang tahun 2025.
Portal berita Khaleejtimes.com yang memetik fatwa itu melaporkan, ‘Mana-mana perjalanan sehala yang mendatangkan bahaya kepada kehidupan, tidak dibenarkan di dalam Islam. Ada kemungkinan bahawa seorang individu yang mengembara ke Planet Marikh mungkin tidak dapat untuk hidup kekal di sana, dan lebih terdedah kepada kematian.’
Menurut jawatankuasa itu, angkasawan yang pergi ke Marikh mungkin akan mati bagi ‘sebab yang tidak munasabah dan berdepan hukuman sama yang di akhirat seperti seseorang yang membunuh diri’.
Jawatankuasa GAIAE yang diketuai oleh Profesor Dr. Farooq Hamada itu menyatakan, perbuatan melindungi nyawa daripada sebarang kemungkinan bahaya dan memastikan diri selamat merupakan isu yang dipersetujui oleh semua agama dan jelas dinyatakan di dalam al-Quran.
GAIAE setakat ini telah mengeluarkan kira-kira dua juta fatwa menerusi Pusat Fatwa sejak penubuhannya pada tahun 2008.
Misi Mars One ke Marikh menjelang 2025 difahamkan setakat ini menarik permohonan lebih 200,000 orang termasuk daripada kira-kira 500 warga Arab Saudi dan penduduk Arab
No comments