Select Menu

Slider

Berita

Lawak & Jenaka

Cute

My Place

Gambar

Racing

Videos

» » Ingatkan Dilanggar Rupanya Ditembak
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



 “Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, saya melihat seorang lelaki terbaring dalam keadaan berlumuran darah di tengah jalan lalu menyangka mungkin berlaku kemalangan jalan raya, tetapi berasa pelik kerana tiada kenderaan di situ.”

Begitu kata anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kulim Mohd Khairi Shamsudin, 22, yang secara kebetulan melalui lokasi kejadian lelaki parah akibat terkena tiga das tembakan pada badan dan kepalanya ketika membonceng motosikal bersama rakan wanitanya.


Kejadian berlaku jam 9.30 pagi semalam di Lebuhraya Kulim-Baling berhampiran lampu isyarat Padang Meha, di sini, ketika mangsa berusia 34 tahun membonceng motosikal bersama rakan wanita berusia 21 tahun.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia jam 6 petang apabila hampir sembilan jam bertarung nyawa selepas dilaporkan kritikal ketika menerima rawatan di Hospital Kulim (HK), di sini.

Difahamkan, sebelum kejadian mereka dalam perjalanan dari Kawasan Perindustrian Padang Meha menuju ke Pekan Kulim untuk mendapatkan rawatan di HK.


Mohd Khairi berkata, sebaik tamat bertugas, dia melalui jalan berkenaan untuk pulang dan melihat lelaki berlumuran darah terbaring di tengah jalan menghala ke arah Kulim di samping seorang wanita dipercayai rakan mangsa.

“Saya kemudian memberhentikan motosikal untuk memberi bantuan kepada mangsa. Pada mulanya saya sangka dia mangsa kemalangan dan beberapa pengguna lain turut berhenti untuk memberi bantuan, namun saya berasa hairan kerana tiada kenderaan lain terbabit.

“Saya beranggapan kemungkinan itu kes langgar lari, namun saya terkejut apabila wanita terbabit memaklumkan rakannya cedera akibat terkena tembakan.

Sumber - HM

About Unknown

Berita Kedai Kopimerupakan organisasi bukan berbayar dengan menampilkan isu isu semasa sekitar yang menarik perhatian anda. Join Laman Chat Kami. Kami menyediakan webcam, tv dan radio Malaysia untuk anda. Berborak sambil oncam atau tengok tv.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply

Berita Kedai Kopi tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.