Select Menu

Slider

Berita

Lawak & Jenaka

‹
›

Cute

My Place

Gambar

Racing

Videos



Pelakon Zain Saidin meluahkan perasaan gembiranya bahawa isterinya iaitu aktres Rozita Che wan berkemungkinan besar sudah mengandung.

Zain, 30, berkata, sehingga kini dia masih belum lagi mendapat keputusan daripada pihak doktor dan sekiranya benar Rozita mengandung, dia menyifatkan ia sebagai sebuah hadiah hari lahir (pada 23 Februari lalu) yang terbesar pernah diterimanya.

"Jeng..jeng..jeng.. Mungkin (Rozita mengandung). Nak kena buat pemeriksaan doktor dahulu jika ada 'orang baru' akan sertai kami sekeluarga atau tidak.

"Tetapi jika benar, kiranya berita itu satu hadiah buat saya dan semestinya isteri," katanya kepada mStar Online menerusi mesej aplikasi Whatsapp.

Zain berkata demikian selepas ditanya mengenai apakah hadiah yang diberi oleh Rozita bersempena dengan hari lahirnya 23 Februari lalu.

Bagaimanapun sehingga kini Zain tidak mengulas lanjut mengenai hadiah yang diterimanya sebaliknya lebih teruja menunggu keputusan doktor yang mungkin bakal merubah status diri sebagai seorang ayah.

"Masih terlalu awal lagi. Nanti saya beritahu jika keputusannya positif. Doakan kami," ujarnya.

Zain dan Rozita telah berkahwin pada 12 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Rozita juga mempunyai dua eorang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16
-


Penyanyi yang terkenal dengan lagu What You Waiting For, Mizz Nina, 33, dalam diam rupa-rupanya mengerjakan ibadat haji di Makkah awal Oktober lalu. Sebaik saja pulang dari Tanah Suci, Jumaat lalu, isteri vokalis Hujan, Noh Salleh, 29, ini mengejutkan pula peminat apabila memutuskan untuk bertudung.

Nina dan suami berserta keluarga berada di Tanah Suci selama kira-kira tiga minggu.

Sejak beberapa hari lalu, spekulasi mengenai imej baru Nina mula diperkatakan apabila dia memuat naik beberapa keping gambarnya mengenakan hijab selepas pulang dari Makkah. Bagaimanapun penyanyi terbabit dikatakan belum bersedia untuk menemui media bagi berkongsi cerita penghijrahannya.

Mengulas lanjut perkara itu, Noh berkata, sebagai suami dia berbangga kerana keputusan yang dibuat Nina adalah atas kerelaannya sendiri, bukan atas paksaan sesiapa.

“Sebagai suami, saya menyokong apa saja keputusan isteri saya. Berhijab itu perkara yang baik, sudah tentu saya bangga dengan tindakannya,” ujar Noh ketika dihubungi HIP, petang semalam.

Minta suami buat lagu sesuai

Apabila penyanyi bertaraf antarabangsa itu mengambil keputusan untuk mengenakan tudung, pastinya ramai yang tertanya-tanya, bagaimana dia mahu menyesuaikan diri dengan muzik yang diperjuangkannya? Tentunya tidak sesuai jika dia masih beraksi lincah di atas pentas dengan membawa imej berhijab.
Menjawab persoalan itu Noh berkata, isterinya akur dengan hakikat berkenaan dan sebagai jalan penyelesaian, dia meminta dirinya sendiri untuk menghasilkan lagu yang bersesuaian dengan penampilannya sekarang.

“Memang dia ada meminta lagu daripada saya sebelum ini dan saya akan cuba menunaikan permintaannya,” kata Noh yang akan kembali bekerja seperti biasa dalam masa terdekat.

Pada masa sama, rata-rata peminat memuji penampilan baru penyanyi yang mula dikenali ketika bersama kumpulan hip hop, Teh Tarik Crew, yang turut dianggotai Taufiq (Fiquetional), Abdul Rahman (Altimet) dan DJ Fuzz, sekitar 1998 itu.
-


Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar) atau Papa Gomo diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ganti rugi kerana memfitnah ketua pembangkang itu.

Hakim Rosilah Yop dalam penghakimannya turut mengatakan Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papa Gomo.

Rosilah juga membenarkan permohonan injunksi tetap oleh Anwar untuk menghalang Wan Muhammad Azri mengulangi fitnahnya di blog tersebut.

Hakim juga mengarahkan Wan Muhammad Azri membayar RM50,000 kepada Anwar sebagai kos.

Pada 21 Mac tahun lalu, Anwar memfailkan saman sebanyak RM100 juta terhadap Wan Muhammad Azri kerana memuatnaik empat siri tulisan yang memfitnahnya pada 16, 17, 19 dan 20 Mac dengan salah dan berniat jahat menyiarkan perkataan lucah dan melampau.

Menurut penyataan tuntutan itu juga defenden telah meletakkan beberapa pautan web yang memaparkan satu siri imej dengan mengatakan lelaki itu adalah Anwar.

Wan Muhammad Azri sebelum ini memberitahu mahkamah beliau bukanlah pemilik blog Papa Gomo.

Peguam Anwar, N Surendran mengatakan ganti rugi tersebut adalah yang terbesar pernah dimenangi Anwar.

"Keputusan ini adalah isyarat jelas seseorang perlu membayar selepas mencemarkan maruah individu lain," katanya.

Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai juga mengatakan "perbuatan jahat" blogger berkenaan dilakukan sebelum pilihan raya umum Mei lalu.

"Keputusan ini juga membuktikan Anwar bukanlah orang dalam video itu," kata Surendran. – 28 Februari, 2014.

Sumber : MI
-

Tindakan kerajaan Selangor memuktamadkan penstrukturan semula air Selangor dengan kerajaan Persekutuan semalam membantutkan hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi menteri besar, kata bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim. Zaid yang mengumumkan akan bertanding di Kajang berkata, tindakan Anwar bertanding dalam pilihan raya tersebut adalah untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim dan mempengaruhi urusniaga penstrukturan air.
-

Sehari sebelum Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka mengambil alih jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak daripada Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan lagi dakwaan salah lakunya. Kali ini, Global Witness dan Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) mendakwa Taib bersama anaknya, Mahmud Abu Bekir terbabit dalam satu perjanjian perniagaan bernilai RM6.6 juta (AS$2 juta) dengan sebuah syarikat berpangkalan di Jerman.
-

Calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Kajang 23 Mac ini, Datin Paduka Chew Mei Fun percaya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menjaga Kajang sekiranya beliau dipilik sebagai ADUN kerusi berkenaan.

Ini, katanya akan menyebabkan khidmat beliau kepada penduduk Kajang terjejas, lebih-lebih lagi dengan spekulasi bahawa Anwar akan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

- -


Kesibukan berkhidmat untuk rakyat membuatkan isteri perdana menteri Rosmah Mansor tidak lagi mempunyai masa untuk melayan hobinya sendiri.

Perkara itu diluahkannya ketika berucap dalam sebuah majlis perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2014 di Kompleks Kraf di Kuala Lumpur hari ini.

"Semua telah diambil (rakyat) dari saya termasuk masa saya, hobi saya.

"Saya sampai tiada masa untuk bermain badminton sekarang.
Saya hanya luangkan masa untuk rakyat," katanya.

Kritik batik 'gunung berapi'

Sementara itu, Rosmah juga menyarankan pengusaha batik agar lebih peka dengan tema terkini supaya corak yang dihasilkan lebih menarik dan tidak seperti “tsunami” mahupun “gunung berapi”.

Katanya, yang mempunyai citarasa batik berwarna cerah keadaan itu akan menarik minat pembeli luar negara.

"Saya akan selalu bagi cadangan kepada pembekal batik, sesiapa nak bekal batik untuk saya bagilah warna cerah, tapi janganlah serabut macam 'tsunami' pun ada.

"Tema 'tsunami', 'gunung berapi' itu bukan sesuatu yang baik untuk dipandang orang.

"Kenalah bercorak sangat menarik, sejuk mata orang nak pandang lagi dan lagi terutama kepada pelanggan luar negara,” katanya.

Rosmah juga menasihatkan pembekal supaya selalu meneliti laman web bagi mengikuti warna dan corak terkini.
- -