Select Menu

Slider

Berita

Lawak & Jenaka

‹
›

Cute

My Place

Gambar

Racing

Videos


Pelakon Zain Saidin melalui pengalamannya menyambut hari lahir yang ke 30 pada Ahad sebagai seorang suami apabila menerima satu kejutan daripada isterinya, Rozita Che Wan dan anak tiri, Ammar Effendy, 18.

Zain berkata, Rozita, 41, dan Ammar tiba ke set penggambaran drama Walaupun Sedetik Cuma terbitan Zeel Production di Shah Alam dekat sini sambil membawa kek lalu menyanyikan lagu selamat hari jadi ketika dia sedang berkasi di depan kamera.

"Walaupun pada menyambit hari lahir sendiri, saya tetap sibuk di set penggambaran. Manalah saya nak terfikir isteri dan anak akan datang ke set.

"Terkejut saya, ketika sedang berlakon bersama dengan Zul Ariffin, tiba-tiba Rozita datang kepada saya bersama kek dan semua mereka menyanyi lagu hari lahir.

"Seronok juga merasai pengalaman tu kerana saya tak pernah lagi merasai pengalaman seperti ini, tambahamn pula inilah pertama kali saya sambut hari lahir sebagai seorang suami," katanya .

Tambah Zain selepas tamat penggambaran, Rozita bersama-sama dengan keluarga serta kru produksi Zeel Productions telah membawanya makan malam istimewa ke sebuah restoran pada sebelah malam di Jalan Tun Razak dekat sini.

Malah, kata adik kepada Sasha Saidin itu, Rozita turut memberitahu ingin membeli sebuah hadiah yang istimewa buatnya, namun sehingga kini dia tidak tahu apa yang ingin dibeli oleh isterinya itu.

"Sepatutnya dia (Rozita) nak beli semalam (Ahad) tapi tak sempat. Saya pun tak tahu dia nak beli apa. Katanya istimewa. Mungkin dia ingin membeli gajet, memandangkan saya seorang yang sukakan teknologi gajet yang terbaru.

"Apa-apa pun, saya tak kisah pun, apa yang saya ada pun sudah cukup. Cuma saya harap agar perhubungan saya, isteri dan anak-anak dapat kekal akhir hayat. Mana tahu, tahun ini rezeki kami mendapat anak pula," selorohnya.

Sementara itu, Rozita pula telah memuat naik fotonya bersama Zain pada Ahad dengan kapsyen romantis meluahkan perasaan cintanya terhadap suami menerusi laman Instagram miliknya.

"Apabila saya terfikir betapa bertuahnya saya mempunyai seorang suami yang kacak, menawan, comel, romantik dan 'hot guy', saya terasa seperti remaja semula.

"Saya akan pastikan yang kamu (Zain) akan mendapat hadiah yang paling istimewa bersempena dengan hari lahir kamu. Selamat Hari Lahir cinta ku," ucap Rozita dalam laman sosialnya itu.

Zain dan Rozita telah berkahwin pada 12 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Selain Ammar Effendy, Rozita juga mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Aniq Ezzra, 16.
-



Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan program catuan air secara bergilir di seluruh negeri mulai esok bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak 7 Feb lepas.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata melalui program itu kawasan yang terbabit akan mendapat bekalan air selama dua hari diikuti catuan bagi dua hari berikutnya.

"Menerusi program catuan ini, kita janji setiap pengguna akan dapat bekalan air cuma ia akan dicatu iaitu penyaluran bekalan air dilakukan selama dua hari dan dua hari (berikutnya) tiada air dan seterusnya.

"Sekurang-kurangnya dalam seminggu, empat hari pengguna akan dapat air sepenuhnya dan catuan akan berlarutan sehingga ke suatu masa yang kita rasa sesuai untuk hentikannya iaitu apabila musim hujan bermula, dijangka akhir Mac," katanya selepas menghadiri perjumpaan bulanan penjawat awam di sini Isnin.

Beliau berkata program catuan air dilakukan bagi mengekalkan jumlah air sedia ada di empangan di negeri ini supaya ia dapat bertahan untuk dua bulan akan datang seandainya musim panas terus berlarutan.

Abdul Khalid berkata jika musim hujan tiba lebih awal, catuan itu akan dihentikan dan pihaknya akan memaklumkan keadaan sebenar krisis air pada pertengahan Mac depan untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata menerusi program catuan itu, kawasan di Selangor akan dibahagikan kepada dua zon dan notis terperinci berkenaan pencatuan bekalan air mengikut kawasan itu akan dikeluarkan selewat-lewatnya petang ini untuk hebahan lanjut.

Tambahnya, kerajaan negeri akan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan di kawasan yang teruk terjejas bekalan iaitu di sekitar loji Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi untuk mencari jalan terbaik membantu meringankan beban masyarakat yang mengalami kekurangan bekalan air.

Justeru, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya menggunakan air sewajarnya dan menyimpan air mengikut keperluan bagi mengelak kekurangan bekalan selain mengurangkan aktiviti yang boleh membazirkan bekalan itu dalam keadaan cuaca yang panas dan kering sekarang.

Sumber : Bernama
-


‘The Journey’, filem yang dipersembahkan oleh Astro Shaw dan diterbitkan oleh Woohoo Pictures hari ini diumumkan sebagai filem tempatan paling laris dalam sejarah perfileman negara apabila mengumpul kutipan tiket sebanyak RM12.92 juta (setakat 23 Februari).

Setelah 25 hari berada di pawagam seluruh Malaysia sejak ia ditayangkan pada 30 Januari lalu, jumlah penonton masih belum berkurangan, melanggar trend tradisi filem-filem yang ditayangkan sebelum ini.

Filem tersebut mengenepikan filem arahan Syamsul Yusof, KL Gangster yang sebelum ini meraih kutipan RM11.74 juta sewaktu ditayangkan pada tahun 2011.

Pengarah filem tersebut, Chiu Keng Guan berkata, “Terima kasih kerana menjadikan filem The Journey sebagai filem paling laris dalam sejarah. Pihak produksi filem ini termasuk pelakon dan pekerja filem merasa bersyukur dan terkejut dengan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada penonton yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang tidak henti-henti mempromosikan filem ini menerusi Facebook, Twitter, Instagram dan perbualan harian mereka.


 ‘The Journey’ ialah sebuah filem buatan Malaysia yang menepati citarasa rakyat tempatan melangkaui budaya dan generasi, dengan meraikan nilai-nilai ketaatan kepada ibu-bapa, kasih sayang, perpaduan keluarga, kepelbagaian budaya dan juga pertembungan budaya Timur dan Barat serta ketegangan hubungan ibu bapa dan anak.”

‘The Journey’ merupakan filem ketiga daripada trilogy yang diarahkan oleh pengarah Chiu Keng Guan setelah menghasilkan Woohoo! (2010) dan Great Day (2011), kedua-duanya turut meraih kutipan yang tinggi di pawagam.

‘The Journey’ masih ditayangkan di pawagam seluruh negara dan bakal memasuki tayangan di Singapura pada bulan Mac depan. Filem ini juga bakal diedarkan di Taiwan dalam tahun ini.

Source : Astro Awani
-





Seorang pengurus di restoran Pizza Hut dipecat selepas satu rakaman CCTV menunjukkan dia dengan sengaja kencing di sinki restoran tempat kerjanya pada 29 Januari yang lalu.

Akibat dari perbuatannya yang tidak bertanggungjawab itu, restoran tersebut ditutup oleh para pegawai di pejabat kesihatan untuk tujuan pemeriksaan selepas pihak pengurusan restoran berkenaan mengetahui perbuatannya pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, pengurus tersebut melakukan perbuatan tidak bermoral itu selepas tamat operasi perniagaan.
-


Simpanan air di kesemua empangan di seluruh negara diunjurkan hanya mampu membekalkan air antara satu hingga tiga bulan sekiranya cuaca panas dan kering berpanjangan.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran berkata, keupayaan untuk menampung permintaan air bergantung kepada situasi kemarau di setiap negeri dan saiz serta struktur empangan.

Menurut beliau, kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi lazimnya akan mengalami gangguan bekalan air lebih awal berbanding lokasi lain.


"Situasi itu berlaku berikutan permintaan yang tinggi terhadap bekalan air di kawasan bandar yang kebiasaannya terletak jauh daripada kawasan bekalan air.

"Sebagai perbandingan, empangan di Malaysia pada 30 tahun lalu berupaya menakung air untuk tempoh yang lebih panjang semasa musim kemarau kerana pembangunan di kawasan bandar masih kurang pesat," katanya di sini hari ini.

Piarapakaran mengulas tentang kemungkinan negara dilanda krisis bekalan air sekiranya paras air empangan terus menyusut akibat cuaca panas dan kering di seluruh negara.

Laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan, setakat pukul 8 malam tadi, sebanyak 15 empangan yang dipantau menerusi sistem Info Kemarau mencatatkan simpanan air di bawah paras normal.
Namun, simpanan air di Empangan Chereh, Kuantan, Pahang adalah pada paras 72.97 melebihi paras normal 65 meter.

Beliau menambah, sebagai langkah jangka pendek, syarikat bekalan air hendaklah mengoptimumkan bekalan air terawat.

"Bagi langkah jangka panjang pula, empangan baharu yang bakal dibina mesti berupaya menakung air pada kadar 50 peratus melebihi permintaan semasa," ujarnya.
Piarapakaran turut menyarankan langkah lain seperti mengurangkan kadar air tidak terhasil, mempertingkatkan sistem bekalan air secara kolektif dan larangan kegiatan pembalakan di kawasan tadahan hujan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberitahu, masalah bekalan air di seluruh negara masih belum kritikal.
Walau bagaimanapun, jelas beliau, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan syarikat bekalan air telah diarahkan membuat pelan tindakan sekiranya paras simpanan air empangan turun di bawah 45 peratus.
"Catuan bekalan air terpaksa dilakukan apabila simpanan air di empangan kurang daripada 45 peratus," katanya.
Mahdzir juga berharap orang ramai menjimatkan penggunaan air dan membuat persediaan bagi menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berlaku.
-


BN akan meletakkan bekas timbalan menteri, Datin Paduka Chew Mei Fun dari MCA untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang, Mac depan.

Keputusan itu diumumkan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas mesyuarat parti komponen BN, tengah hari ini.

PKR telah mengumumkan bahawa Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) akan bertanding di Kajang.

Manakala bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah menyatakan hasratnya untuk bertanding sebagai calon bebas di situ.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetap tarikh penamaan calon pada 11 Mac manakala pengundian akan diadakan pada 23 Mac.

Sementara Bernama melaporkan Muhyiddin, yang juga timbalan perdana menteri, berkata Chew, yang berasal dari Selangor, menjadi pilihan kerana beliau seorang yang berwibawa, mempunyai pengalaman luas serta sudah biasa berurusan dengan kerajaan persekutuan.
   
"Strategi kita pastilah mencapai kemenangan. Walaupun kita tahu akan berhadapan dengan tentangan yang hebat daripada Pakatan Rakyat atau lain-lain pihak tapi kita anggap ini suatu peluang untuk BN tawarkan seorang calon.
   
"Calon BN yang dipilih ini, saya kira berwibawa, berpengalaman, (dan) pernah berada dalam kerajaan, (serta) menjawat jawatan sebagai naib presiden MCA," katanya.

PRK DUN Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari lepas.
   
Muhyiddin berkata BN akan mengatur gerak kerja sebagaimana yang biasa dilakukan, dan akan memberi tumpuan yang khusus kepada jentera komponen parti dari situ.

"Komponen parti telah pun diarahkan untuk buat persiapan yang perlu termasuk daripada barisan Wanita, Pemuda dan Puteri untuk bergerak di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM). Kita juga telah mengenal pasti PDM yang kita menang dan kalah," katanya.
   
Timbalan perdana menteri menjelaskan bahawa keputusan bertanding di Kajang merupakan satu ruang dan peluang BN menawarkan khidmat kepada pengundi untuk membuat pemilihan yang bijak.
   
"BN berjanji sekiranya (Chew) Mei Fun dipilih sebagai Ahli DUN di Kajang, dia akan memberi tumpuan sepenuh masa untuk bela rakyat di Kajang, tidak kira kaum dan bangsa," katanya.

Sumber : MK
-