Select Menu

Slider

Berita

Lawak & Jenaka

‹
›

Cute

My Place

Gambar

Racing

Videos


Penduduk di Maldives telah menjumpai objek yang dikatakan sebagai bom dimana kalau dilihat adalah sebahagian daripada objek dari pesawat. Mereka pernah melihat kapal terbang dengan jalur seakan pesawat MAS terbang rendah di kawasan itu akan tetapi dinafikan.

Adakah pesawat disorokkan oleh mereka (pihak tertentu ) dan kemudian mereka memberitahu Malaysia bahawa ianya telah hilang dengan gula-gula coklat hacks data setelit yang hanya mereka je boleh tipu sebab data tu diaorang je boleh pantau dan keluarkan. Semua tu tak boleh dijawap selagi tak jumpa apapapun bangkai pesawat. Kenapa nak cakap penumpang semua dah mati?. Perdana menteri pun tak keluarkan kenyataan tu. Media je sibuk dengan takziah kehilangan, RIP lah  padahal jumpa pesawat belum lagi. Kalau dah jumpa bangkai pesawat barulah boleh nak cakap RIP lah, apalah..yang penting cari dulu bukti terhempas baru boleh kuar kenyataan. jangan dengar cakap negara luar yang monopoli nak jatuhkan negara islam ni. selagi diaorang tak dapat kawal perairan negara selagi tu lah benda ni berlaku.

Mereka kuasa besar dah dapat kuasai banyak perairan di dunia ni cuma asia tenggara je belum sepenuhnya. rasanya tulah agenda mereka nak tau kekuatan tentera, berapa radar tentera kita ada, jumlah alat ketenteraan kita ada, bagaimana kita nak guna alat ini bila kecemasan atau darurat. So kalau berperang, senang dah tau dah kekuatan yang kita ada. Kenapa kita malaysia nak dengar cakap US ke UK ke. Padahal diaorg dari dulu dah pasang spy intip gerak geri pemimpin kita sendiri?.kita lagi dengar cakap mereka tu. kita ada bantah diaorang pasang spy intip malaysia? xdelah pulak.. cuba tengok indonesia, siap demo bagai.

"An object which looks like an explosive had on Monday washed up on the beach of Baarah in Haa Alif Atoll.According to Haveera Newspaper, a police media official said that the islanders had found the object, washed up on the beach sometime early in the evening.

He also reported that police had responded immediately by arriving at the scene and in turn reporting to Maldives National Defense Force (MNDF).The official informed that they do not known what it was, and that MNDF would determine its origins and whereabouts.

"MNDF is now at the island and preparing its extraction", the official said.

While some of the islanders speculate this unknown object to be a sea mine, others imagine it as another form of an explosive.Farah Ahmed of Haveeru newspaper originally reported the islanders’ accounts of seeing the odd, low-flying plane with Malaysia Airlines’ stripe emblem and colors.

Several residents of Kuda Huvadhoo in the Maldives told Haveeru newspaper reporters that they saw a low flying jumbo jet” at around 6:15am on March 8.They described the plane as being a white aircraft, with red stripes across it – what the Malaysia Airlines flights typically look like and they noted the incredibly loud noise the flight made when it flew over houses in the island. Read more about the cover-up of this sighting.

The MNDF spokesperson major Hussein Ali reported that they are now looking into this "unknown" object. He did not give details."

Adakah Bom ini seakan gambar di bawah ini ?. Macammana boleh sampai sana?.. adakah kita dikudakan oleh UK dengan data-data satelitnya yang boleh di dibuat atau dicipta?

Boeing Aircraft Fire Extinguisher 






-

Setelah bendera johor separuh tiang maka kini negeri perak pula mewajibkan bendera perak separuh tiang atas dasar berkabung untuk MH370. Semoga ditemui semua penumpang dan kapal terbang.

-

Setelah MH370 hilang, pesawat MAS dilanggar itik, pesawat Mas rosak enjin dan terkini, kemungkinan akan disaman oleh seorang bapa penumpang dari indonesia.
Jika disaman kemungkinan setiap mangsa penumpang akan menerima sehingga US$175,000 (RM578,025) daripada MAS dibawah konvensyen 1999 Montreal yang memperuntukkan untuk kecederaan, terbunuh dan untuk sebab yang tidak pasti .
Bapa kepada seorang penumpang pesawat MH370 yang hilang memfailkan permohonan kepada Mahkamah Amerika Syarikat semalam, memohon 26 jenis maklumat dan rekod daripada syarikat penerbangan dan pembuatnya Boeing, lapor Bloomberg.
Permohonan itu dibuat oleh Januari Siregar - bapa kepada penumpang Indonesia, Firman Chandra Siregar - yang difailkan di Mahkamah Negeri Illinois di Chicago, boleh jadi menjadi permulaan kepada tindakan saman.
Ia difailkan oleh sebuah syarikat guaman yang berpangkalan di Chicago, Ribbeck Law Chartered bagi pihak Januari.
Bapa itu memohon 26 jenis maklumat, termasuk data yang memungkinkan kecacatan pesawat buatan Boeing 777-200 ER atau  komponennya, cara syarikat penerbangan melatih kakitangannya dan maklumat berkaitan kargonya, lapor Bloomberg.
Rakan kongsi firma guaman itu, Monica Kelly dipetik sebagai berkata, Januari menuntut "kemungkinan kelemahan reka bentuk dan pembuatan yang menyumbang kepada kemusnahan ini."
Pesawat MKH370 hilang daripada radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Isnin lalu kemungkinan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi, tanpa ada yang selamat. – 26 Mac, 2014.
-

UPDATED 

Salam Sejahtera. Takziah untuk keluarga penumpang dan ini adalah teori dan pendapat penulis sahaja semata-mata dan adalah sahih untuk logik akal sahaja . Hanya untuk dibaca sahaja. Harap Maklum

Apa yang kita tahu pada masa kini bahawa MH370 terbang rendah dengan lautan. Seperti gambar diatas. gambar menunjukkan bahawa Kapal terbang U.S Airway Flight 15 Januari 2009 mendarat di air atas kerosakan enjin. Kapal terbang ini boleh terapung selama beberapa jam, Secara teori, sayap kapal terbang ada minyak, oleh sebab itu ianya boleh terapung di air selain daripada kemampatan udara dalam kapalterbang. Okey, cuba bayangkan, kalau betul ianya rampasan terancang.. mesti penumpang/perampas akan membawa bekalan makanan berlebihan ataupun membawa pelampung keselamatan atau bot keselamatan ke dalam MH370.. Apabila ianya mendarat secara selamat di air seperti dakwaan makcik di Melaka terlihat kapalterbang terapung di laut dekat pulau andaman. Ya betul, mungkin dia terapung  di laut sebab dia terbang rendah dan secara perlahan mendarat di atas air. Pada masa itu, semua perampas boleh keluar dari kapal terbang dan pergi di pulau andaman atau pulau pulau sekitarnya untuk bersembunyi. Kita lihat video dibawah macammana kapal terbang ini mendarat di air.





Seperti yang saya kata, kapal terbang boleh terapung di atas air selama beberapa jam ke beberapa hari mengikut keadaan kondisi kapal terbang, oleh yang demikian semasa ianya terapung di air, ianya dibawa oleh arus ke selatan dan isyarat ping sentiasa diberikan padahal tiada orang di dalam kapal tersebut ataupun mangsa yang ditinggalkan bersama kapal tersebut. Dari segi teori logik akal, ya kita tahu lokasi terakhir ping adalah di selatan. Adakah semasa ping tersebut diberikan kita tahu ianya masih terbang atau terapung di air bersama penumpang. Secara logik akal untuk mengatakan semuanya mati adalah tidak benar sama sekali, masih ada harapan,

Cuba pikir, takkan nak rampas untuk mati sahaja, mesti ada satu agenda tersembungi yang kita tidak tahu. Mungkin perampas dan penumpang telah diangkut oleh pihak tertentu semasa operasi SAR? Semasa merancang untuk membuat rampasan mesti akan ada plan A B C D. Kita juga tahu di dalam tu ada engineer yang bekerja dengan syarikat amerika yang sedang tengah buat ujikaji aerospace. Adakah ini satu kebetulan?. Bekas kapten MAS kata rampasan tidak akan terjadi kalau seorang sahaja yang terlibat, Di dalam kargo tu juga diberitakan bahawa terdapat beribu -ribu bateri lithium yang pada pendapat saya boleh digunapakai untuk pelbagai kegunaan perampas. 

Adakah ianya seperti drama melayu di kaca televisyen, mendapatkan pampasan insurans daripada kecelakaan berlaku? seperti isteri bunuh suami dapat duit insuran.. ataupun curi barang (bateri) jual di pasaran gelap?.. spekulasi semata-mata..hihi.. Adakah selepas cerita mengenai MH370 hilang 5-20 tahun akan datang.. muncul penumpang yang terhempas dengan IC baru? Kalau pasport pun boleh tipu inikan IC.. Kalau betullah ianya memang rampasan dirancang bertahun tahun untuk katakan semudah itu je perampas nak mati dan benamkan pesawat. saya katakan tidak sama sekali . Sebab apa saya kata kan begitu kerana kalau dia nak terhempas baik dia pergi hempas je kapalterbang tu kat laut cina selatan. asal nak patah balik?Ingat ni pakej perlancongan ke nak pusing sana sini.. kan satu persoalan tu.. hihi

Dari segi logik akal kita boleh katakan ianya berakhir di laut hindi, untuk katakan ianya terhempas adalah mustahil sama sekali sebabnya kita masih tak jumpa apa apapun. Dikatakan jumpa serpihan, hilang begitu sahaja. Adakah ianya disorokkan selepas diberitakan mengenainya. Entahlah.Oleh itu, seperti yang diberikan oleh Majlis Fatwa bahawa dikategorikan sebagai "orang hilang" bukannya "mati" selagi tidak dibuktikan. Perdana Menteri juga mengatakan ianya diberitahu mengikut teori  cara yang tidak pernah digunakan dalam penyiasatan. Oleh yang demikian, teori semata-mata tidak akan boleh dipercayai sehingga dibuktikan. inilah sedikit teori disampaikan. Harapan agar ahli keluarga bersabar. Apapun yang terjadi adalah hikmah semata -mata. wallahualam.

DONT SIMPLY SAID "PLANE CRASHED , ALL DIED" ~ THERE IS HOPE


Konsep Kapal Terbang Terapung Dijelaskan disini :




Penumpang pesawat yang mendarat di air :

-

Penerbangan Malaysia (MAS) semalam mengesahkan pesawat MH066 syarikat penerbangan itu dari Kuala Lumpur ke Incheon, Korea Selatan malam kelmarin terpaksa dilencongkan ke Hong Kong ekoran generator kapal terbang yang tidak berfungsi.
Kejadian berlaku ketika pesawat Airbus A330-300 itu dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dengan membawa 271 penumpang.
Ini kali ketiga nasib malang menimpa MAS dalam tempoh 17 hari setelah pesawat Boeing 777-200ER hilang di perairan Vietnam bersama 239 penumpang dan kru pada 8 Mac lalu.
Pada Jumaat lepas, sebuah lagi pesawat MAS MH144 yang membawa 180 penumpang dirempuh sekumpulan itik ketika ia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Katmandu, Nepal yang mengakibatkan penutup lensa lampu mendarat pesawat itu pecah.
-


Kerusi Dun Kajang terus kekal milik PKR setelah calonnya, Datin Seri Wan Aizah Wan Ismail menang Pilihan Raya Kecil (PRK) N25 menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi.

Keputusan PRK Dun Kajang diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Dun Kajang N25, Datuk Hassan Nawawi di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi pada jam 9.12 minit malam dengan Wan Azizah meraih undi sebanyak  16,741 manakala Mei Fun sekadar mendapat 11,362 undi.

Kemenangan tersebut mengulangi keputusan pada PRU13 lalu apabila PKR menang dengan majoriti 6,824 undi.

Kemenangan PKR telah dijangka awal apabila tempat pengumuman telah mula sesak dipenuhi penyokong PR yang berhimpun sejak 6 petang sebelum keputusan diumumkan.

Menyedari kemenangan dalam tangan, Wan Azizah turut hadir bersama Anwar tepat jam 9 malam bersama pemimpin PR lain antaranya Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin; Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan pemimpin PR yang lain.

Manakala tiada penyokong BN yang hadir pada pengumuman dilakukan menyaksikan BN tewas kepada PKR sejak dua PRU iaitu pada 2008 dan 2013.

Sementara itu, sejumlah 38,055 pengundi berdaftar di kawasan Dun Kajang menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih bagi memilih wakil rakyat yang baharu.

Sebanyak 15 pusat mengundi yang dibuka seawal jam 8 pagi disediakan bagi proses pengundian biasa PRK Kajang dengan 88 peti undi termasuk undi pos.

Proses pengundian ditutup pada jam 5 petang dengan peratusan keluar mengundi adalah 72.1 peratus.

Undi ditolak adalah sebanyak 176 dengan peratus perbezaan undi adalah 19.14 peratus.

PRK Kajang diadakan selepas Adun Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lepas bagi memberi peluang kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Bagaimanapun, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail diangkat sebagai Adun Kajang yang baru setelah menggantikan Anwar apabila ketua pembangkang itu tidak layak untuk bertanding kerana gagal dalam kes liwat di Mahkamah Rayuan.

Pada PRU13, Lee menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
-


Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Setelah kekalahan pilihanraya kecil di Kajang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Sementara itu, MAS dalam satu kenyataan memaklumkan akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat seperti yang ia lakukan sejak pesawat ini hilang.

MAS juga memaklumkan operasi mencari dan siasatan menyeluruh akan diteruskan untuk mencari jawapan kepada misteri kehilangan pesawat miliknya itu.

"Sekali lagi, dengan rendah hati, ingatan, doa dan takziah kami untuk semua yang terjejas dengan tragedi ini," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Najib memberitahu satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut.

"Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya.

Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi," katanya.

Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini.

Pesawat penerbangan MH370 membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia. Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 buah negara.

Siasatan awal mendapati pesawat yang hilang itu telah dilencongkan dengan sengaja oleh seseorang yang memandunya. Bagaimanapun, pelbagai spekulasi dan teori konspirasi timbul kerana sistem komunikasi dengan pesawat itu terputus dan tiada bukti-bukti kukuh atau petunjuk mengenai kehilangan pesawat itu.

Antara teori yang dikemukakan dalam masa pencarian sepanjang 17 hari lalu oleh pakar dan penganalisis penerbangan termasuk rampasan, sabotaj oleh juruterbang serta kemungkinan pesawat itu mengalami masalah sehingga menyebabkan semua anak kapalnya tidak sedarkan diri dan pesawat itu terbang sendiri sehingga kehabisan minyak.

Pesawat penerbangan MH370 membuat hubungan terakhir dengan pusat kawalan trafik udara semasa berada di Laut China Selatan di sebuah kawasan yang terletak antara sempadan Malaysia dan Vietnam. Ia kemudian dikesan berpatah balik dari laluan asalnya dan terbang selama beberapa jam.

Usaha mengesan pesawat itu kemudiannya digerakkan di dua jalur di sebelah utara yang menganjur dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand serta dari Indonesia sampai ke selatan Lautan Hindi.
-