Select Menu

Slider

Berita

Lawak & Jenaka

‹
›

Cute

My Place

Gambar

Racing

Videos



Penyanyi Misha Omar mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama tunangnya, juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32, pada 2 Mei ini.

Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 32, berkata, dia dan pasangannya sudah mula mengedarkan kad jemputan kahwin dan akan dihadiri kira-kira 500 orang tetamu.

"Kad kahwin sudah pun diedarkan bermula hari ini (Sabtu). Majlis pernikahan akan berlangsung di sebelah pagi manakala acara resepsi pula diadakan pada sebelah malam.

"Kedua-dua majlis itu akan berlangsung di Hotel Renaissanse Kota Bharu, Kelantan," katanya.

Misha ditemui pada sidang media khas mengumumkan tarikh perkahwinannya itu di Holy Smoke cafe di sini pada petang Sabtu. Turut hadir, tunangnya, Firos bersama pengurus yang juga merupakan kakak Misha, Mimie Omar.

Majlis resepsi di pihak lelaki pula akan berlangsung pada 12 Mei ini di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

Terdahulu Misha berkata, dia yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari ini terpaksa menangguhkan perkahwinan itu bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November tahun lalu.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak juga bersetuju menyerahkan hantaran lima dulang berbalas lima tanpa barangan berjenama dan wang tunai.
-


BMW X6 merupakan hadiah paling 'cool' apabila mendapat keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beruntung sungguh Ammar Effendy kerana usaha kerasnya mengulang kaji pelajaran hingga memperoleh keputusan cemerlang membolehkan dia memiliki kereta sport yang menjadi idaman ramai lelaki.

Ibunya, pelakon jelita, Rozita Che Wan, nampaknya tidak sabar-sabar lagi mahu melunaskan hajat anak lelaki kesayangannya itu.

Bercakap kepada media, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata, anaknya itu perlu menunggu dia dan suaminya, Zain Saidin menguruskan pembelian kereta baru untuk keluarga itu.

Che Ta dan suami merancang membeli kereta baru yang lebih besar memandangkan dia kini sedang hamil dan ahli keluarga akan bertambah.
-


Bukan sesuatu yang memeranjatkan apabila pelakon Emma Maembong akhirnya mengaku kepada pihak media bahawa benar yang dia bercinta dengan pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak.

Bertemu Emma pada majlis pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Maixara di Menara Kuala Lumpur semalam, aktres kacukan Melayu-Scotland ini berkata, selama ini dia bukan sengaja merahsiakan perhubungan tersebut meskipun sering diasak dengan pelbagai spekulasi hinggalah timbulnya beberapa kontroversi.

"Saya tahu selama ini ramai media juga peminat tertanya-tanya hubungan kami. Tapi pada ketika itu saya tidak berani untuk membuat apa-apa kenyataan melainkan menyatakan kami kawan kerana masa tu memang kami hanya sebagai kawan rapat. Saya memang dah kenal Zizan lama, sejak sebelum jadi artis lagi sebab kami sekampung dan berjiran. Dan bila saya jadi artis baru kami berkawan rapat.

"Saya tak mahu terlalu menjaja hubungan kami pada ketika itu sebab baru sekadar kawan. Nanti kalau tak membawa kepada peringkat seterusnya, malu. Bagi saya, sebelum lahirnya hubungan cinta, kita dan pasangan kita memerlukan masa untuk masing-masing kenali hati budi. InsyAllah kalau ada jodoh saya tak akan sorok, saya akan beritahu pada semua", katanya yang sekaligus mengesahkan hubungannya dengan Zizan kini sudah ke fasa serius.

Namun kata Emma, setakat ini mereka belum merancang mahupun berbincang soal kahwin. Bagaimana pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama 'Kau Yang Terindah' ini bersykur kerana Zizan sangat disenangi oleh bapanya. Seperkara yang melucukan, cerita Emma, saat dia membawa Zizan bertemu dengan keluarga, bapa Emma langsung tidak mengetahui yang Zizan adalah seorang artis.

"Zizan adalah lelaki pertama yang saya bawa jumpa ayah. Sebelum ini saya tak pernah bawa mana-mana kawan lelaki saya jumpa dengan ayah. Masa jumpa tu ayah memang tak kenal siapa Zizan. Tapi bila Zizan mula cakap dalam loghat Terengganu, mereka mula mesra dan terus rancak berbual.

"Tapi kemudiannya ayah saya jadi hairan sebab semasa kami berjalan, ramai pula orang yang ingin ambil gambar dengan Zizan. Dalam diam-diam ayah siasat dan bertanyakan pada kawan-kawan dia, siapa Zizan. Selepas dapat tahu daripada kawan-kawan dia, baru lah dia tahu yang Zizan tu artis. Baru lah dia tahu yang anak dia bercinta dengan artis...

"Tapi Alhamdulillah, ayah tidak menghalang perhubungan kami, asalkan kami tahu jaga batas pergaulan", katanya sambil tersenyum mengenang gelagat ayahnya yang juga merupakan pelukis terkenal negara, Ismail Maembong.

Dalam perkembangan lain, Emma kini menggalas tanggungjawab sebagai duta Maixara selama setahun. Selain itu pada bulan April ini, Emma tidak mengambil mana-mana tawaran berlakon kerana ingin berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.
- -



Pegawai Penguat Kuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Mohd Radzi Saliman memberitahu mahkamah beliau melihat pelakon Shahrizal Jaszle hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam) ketika serbuan dilakukan di sebuah apartmen di Taman Sri Subang dekat pada 16 Mei 2013.

Mohd Radzi, 30, berkata, ketika pemeriksaan dibuat di bilik kedua rumah berkenaan, ia didapati berkunci dan hanya dibuka selepas hampir lima minit diketuk oleh pihaknya.

Katanya, ketika itu seorang wanita berbaju T dan berseluar pendek kelihatan terpinga-pinga ketika membuka pintu bilik berkenaan.

"Ketika pintu dibuka bilik berkenaan berada dalam keadaan gelap dan selepas saya membuka lampu bilik itu, saya mendapati ada seseorang yang sedang baring di katil sambil berselimut.

"Apabila dia diarahkan untuk bangun dari katil saya mendapati dia adalah seorang lelaki dan ketika itu dia hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam) sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai saksi pertama dalam kes perbicaraan melibatkan pelakon Sharizal Jaszle atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, dengan seorang pegawai bank, Farah Nurizzati Salleh, 22, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini pada Selasa.

Shahrizal Jaszle diwakili peguam syarie, Ashraf Ranee manakala pendakwaan dilakukan pendakwa syarie, Hasrul Hafidzi Ahmad.

Perbicaraan dijalankan di hadapan hakim syarie, Abd Halim Abu Samah.

Mohd Radzi turut memberitahu mahkamah, aktor itu juga mengaku wanita yang bersamanya dalam sebuah bilik ketika diserbu adalah teman wanitanya selepas disoal sama ada mereka mempunyai ikatan sah sebagai suami-isteri.

Terdahulu Shahrizal yang duduk di kandang tertuduh, hadir memakai baju Melayu berwarna putih lengkap bersongkok kelihatan tenang ketika mendengar keterangan daripada saksi sepanjang hampir dua jam perbicaraan berlangsung.

Dalam kejadian 16 Mei 2013, Shahrizal dan pasangannya Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang dekat sini kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri, 26, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu.

Pada sebutan kes pada 13 November tahun lalu, Farah Nurizzati telah mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut memerintahkan Shahrizal membayar wang jaminan sebanyak RM1,500 selepas pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat yang dikenakan.

Sementara itu, Shahrizal ketika ditemui di perkarangan mahkamah memberitahu dia berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Mohd Radzi kepada mahkamah.
-


Beberapa artis Malaysia yang popular di China telah menjadi mangsa keadaan insiden MH370 apabila mereka dikritik malahan dihina oleh rakyat negara itu.

Antara artis Malaysia yang menjadi mangsa ialah Fish Leong, Shila Amzah dan Victor Wong, keiga-tiga mereka merupakan penyanyi yang mencipta nama di China.

Tindakan Fish Leong yang memaparkan gambar lilin sebagai tanda penghormatan kepada mangsa pesawat MH370 segera mendapat reaksi sesetengah `peminat' yang tidak rasional.

Malahan terdapat individu tertentu yang mengeluarkan kenyataan melampau yang menghina Fish Leong.

"Monyet dan anjing Malaysia jangan masuk ke kawasan China," demikian kenyataan seorang pengguna Internet terhadap Fish Leong.

Sentimen kaum turut diutarakan terhadap Fish Leong malahan terdapat individu tertentu yang menyumpah anak yang sedang dikandung Fish Leong.

Fish Leong merupakan penyanyi popular kelahiran Bahau, Negeri Sembilan yang mencipta nama di Malaysia, China, Hong Kong dan Taiwan.

Namun di sebalik kutukan, terdapat juga pengguna Internet yang cuba mempertahankan Fish Leong dengan menyatakan bahawa kejadian MH370 tidak mempunyai kaitan langsung dengan artis itu.

Dalam pada itu, penyanyi Melayu yang juga mencipta nama di China iaitu Shila Amzah turut menjadi mangsa keadaan apabila dia dimarah dan dikutuk.

Terdapat `peminat' yang beremosi tiba-tiba menyuruh Shila balik ke Malaysia malahan menyebut Malaysia sebagai negara terburuk.

Shila yang tidak berdaya berbuat apa-apa terpaksa menggunakan laman sosial Weibo untuk menyatakan "MH370 bukan salah saya, minta maaf"
-


Jaguh No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei bukan saja memenuhi misi merangkul kejua­raan ketiga All England, malah berjaya melunaskan dendamnya ke atas pemain No. 2 dunia, Chen Long pada perlawanan akhir di Arena Tertutup Nasional, Birmingham semalam.
Selepas dikecewakan oleh bintang China itu pada final tahun lalu, Chong Wei merampas kembali gelaran dengan melakar kemenangan straight-set 21-13, 21-18 dalam pertarungan yang berlarutan selama 59 minit.
Ini adalah kemenangan ketiga buat jaguh perseorangan negara itu selepas turut muncul juara pada 2010 dan 2011, malah Chong Wei melayakkan diri ke perlawanan akhir kejohanan badminton tertua di dunia itu buat kali keenam berturut-turut.
Dalam perlawanan akhir semalam, Chong Wei, yang sebelum ini kalah dalam empat pertemuan terakhir dengan Chen Long bermula baik apabila menang mudah 21-13 di set pertama.
Dia, yang kini mengikat rekod pertemuan 8-8 dengan Chen Long diberi tentangan sengit di set ke­dua, sebelum akhirnya mengesahkan kemenangan 21-18.
Tahun lalu, Chen Long memusnahkan harapan Chong Wei untuk merangkul gelaran ketiga selepas mengalahkan jaguh No. 1 dunia itu 21-17, 21-18.
Kemenangan terbaharu ini pas­tinya menyuntik semangat tambahan buat Chong Wei yang bakal berdepan beberapa perlawanan besar tahun ini, termasuk Sukan Asia di Incheon pada September nanti.
-

Liyana Jasmay Kini Hamil Dua Bulan? | Lama kita tidak dengar cerita pasangan suami isteriLiyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan yang mendirikan rumahtangga pada Februari lalu dan khabarnya pasangan ini akan menimang cahayamata tidak lama lagi.
Laporan a menyebut yang Liyana Jasmay kini sudah hamil dua bulan dan dijangka melahirkan anak sulung mereka pada Mei 2014 nanti.
Liyana Jasmay difahamkan masih aktif berlakon ketika ini dan akan habiskan baki pengambaran yang ada sebelum mengambil rehat panjang selain terbang ke Sabah untuk menetap bersama suaminya yang bekerja di sana.
Tahniah buat Liyana Jasmay & Fathuddin Mazlan sekeluarga yang akan menyambut kelahiran orang baru nanti, jika benar seperti yang disampaikan
-
Jutaan tahniah diucapkan kepada Aidil Zafuan dan Zarema Zainal yang telah pun sah sebagai suami isteri dalam majlis pernikahan yang telah berlangsung pagi tadi. Aidil yang kelihatan kacak bergaya dalam persalinan pengantin serba putih dengan tenangnya telah melafazkan akad nikah sekali sahaja. Tahniah diucapkan buat anda berdua.
 Gambar dan  video akad nikah Aidil Zafuan dan Zarema Zainal yang telah dikongsikan oleh Nedim Nazri:-
-