Select Menu

Slider

Berita

Lawak & Jenaka

Cute

My Place

Gambar

Racing

Videos

» » » MH370 : Bapa Penumpang Indonesia Mungkin Saman MAS
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Setelah MH370 hilang, pesawat MAS dilanggar itik, pesawat Mas rosak enjin dan terkini, kemungkinan akan disaman oleh seorang bapa penumpang dari indonesia.
Jika disaman kemungkinan setiap mangsa penumpang akan menerima sehingga US$175,000 (RM578,025) daripada MAS dibawah konvensyen 1999 Montreal yang memperuntukkan untuk kecederaan, terbunuh dan untuk sebab yang tidak pasti .
Bapa kepada seorang penumpang pesawat MH370 yang hilang memfailkan permohonan kepada Mahkamah Amerika Syarikat semalam, memohon 26 jenis maklumat dan rekod daripada syarikat penerbangan dan pembuatnya Boeing, lapor Bloomberg.
Permohonan itu dibuat oleh Januari Siregar - bapa kepada penumpang Indonesia, Firman Chandra Siregar - yang difailkan di Mahkamah Negeri Illinois di Chicago, boleh jadi menjadi permulaan kepada tindakan saman.
Ia difailkan oleh sebuah syarikat guaman yang berpangkalan di Chicago, Ribbeck Law Chartered bagi pihak Januari.
Bapa itu memohon 26 jenis maklumat, termasuk data yang memungkinkan kecacatan pesawat buatan Boeing 777-200 ER atau  komponennya, cara syarikat penerbangan melatih kakitangannya dan maklumat berkaitan kargonya, lapor Bloomberg.
Rakan kongsi firma guaman itu, Monica Kelly dipetik sebagai berkata, Januari menuntut "kemungkinan kelemahan reka bentuk dan pembuatan yang menyumbang kepada kemusnahan ini."
Pesawat MKH370 hilang daripada radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Isnin lalu kemungkinan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi, tanpa ada yang selamat. – 26 Mac, 2014.

About Unknown

Berita Kedai Kopimerupakan organisasi bukan berbayar dengan menampilkan isu isu semasa sekitar yang menarik perhatian anda. Join Laman Chat Kami. Kami menyediakan webcam, tv dan radio Malaysia untuk anda. Berborak sambil oncam atau tengok tv.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply

Berita Kedai Kopi tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.