Select Menu

Slider

Berita

Lawak & Jenaka

Cute

My Place

Gambar

Racing

Videos

» » » Permohonan Penceraian Nurul Izzzah ditetapkan 11 Mac untuk sebutan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



KUALA LUMPUR - Kes permohonan perceraian Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim ditetapkan untuk sebutan pada 11 Mac depan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Hakim Syarie Ab. Malek Awang menetapkan tarikh itu di kamarnya selepas berjumpa kedua-dua belah pihak.

Peguam syarie, Normawaddah Ramlie yang mewakili Nurul Izzah memberitahu media di luar mahkamah bahawa Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir masih berusaha untuk menyelesaikan kes permohonan cerai tersebut.

Nurul Izzah, 34, yang juga anak sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun tidak hadir di mahkamah.

Menurut laporan The Star, peguam Normawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah berkata mereka masih lagi membincangkan tentang perkara ini dengan harapan untuk menyelesaikannya secara baik.

Walau bagaimanapun , prosiding perceraian ini diteruskan  di bawah Seksyen 47 (cerai secara baik) Undang-Undang Keluarga Islam 1984.

Tarikh itu ditetapkan oleh hakim Syariah Ab Malek Awang selepas peguam kedua-dua pihak bertemu di Mahkamah Rendah Syariah, Jalan Sri Hartamas pada hari Selasa.

Tarikh itu juga sama dengan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kajang di mana bapa Nurul Izzah , Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding.

Kes itu disebut buat pertama kali di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang pada 21 Januari.

- Bernama



About designblog4u

Berita Kedai Kopimerupakan organisasi bukan berbayar dengan menampilkan isu isu semasa sekitar yang menarik perhatian anda. Join Laman Chat Kami. Kami menyediakan webcam, tv dan radio Malaysia untuk anda. Berborak sambil oncam atau tengok tv.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply

Berita Kedai Kopi tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.