Select Menu

Slider

Berita

Lawak & Jenaka

Cute

My Place

Gambar

Racing

Videos



Makin hari makin pandai bomoh ni buat upacara. Aku rasalah dia ni nak cari publisiti je.. macam macam bila da popular ni.. ada je benda nak buat.. Yang mencari publisiti tu bukan bomoh ni.. orang yang tangkap gambar ni.. tah tah yang tangkap gambar ni anak dia kot.. suara tv tu da mcm medan tuk popularkan bomoh ni.. Tah tah suara tv tu dibayar bomoh ni tuk ambil gambar atau rakam aktiviti bomoh ni.. Just wondering ja.. bukan nak tuduh sape sape.. kalau x gambar gambar ni takde laaa sekarang ni. Betul x?.kikiki.
-

Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.
Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.
Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?
Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah.
Bagaimanapun pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.
Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya.
Bagaimana kala dia melakukan solat dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya?
Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.
Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya, bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.
Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.
Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain-kalau tak salah penulis) dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.
Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas.
Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.
Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?
Pada pandangan penulis, cara berpakaian dalam sukan itulah yang menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. Sebenarnya mereka masih berminat untuk bersukan tetapi mereka tiada pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam.
Dalam hal ini, alangkah baiknya bagi negeri-negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat itu menjadi model menganjurkan sukan yang mempunyai konsep pakaian sukan Islam. Jika mereka berjaya, pasti dunia akan melihat dan lambat laun mereka akan mencontohinya.

Artikel : I love islam
-

Tudung nampak comel dan manis dari rambut serabai pempuan yang macam baru bangun tidur. Kalau dah bersuami tu nak melawa pada saper lagi. Pempuan tak bertudung dia sembahyang tapi jahil. Oklah senang citer, 1 rambut 80 tahun neraka, bila da berhelai2 rambut.. sembahyang pun tak cukup nak tanggung dosa rambut ja.. Bila pempuan yang bersuami tak bertudung.. sape tanggung dosa..suami juga.. kalau anak pempuan tak bertudung sape tanggung dosa.. emak bapak juga.. parent da alim da bertudung.. dan tak buat dosa pape.. yang spoil nyer anak sendiri.. share dosa ngan ibu bapa..
Anak nak bertudung dah alhamdulilah, tapi nak ikut fesyen.. sekurang kurangnya da lepas beban sehelai rambut 80 tahun neraka. Nak labuhkan tu boleh ambil masa lagi. Tapi yang tak tahan tu anak yang dialog nyer camni.. korunk nilailaa camner nak cakap ngan diaorg.
Depa : semua yang pakai tudung itu kompom masuk syurga ke?
Kita : Yang pasti, tak tutup aurat/tak pakai tudung kompom masuk neraka.
Kalau anda perasan, fesyen tudung macam ni adalah yang paling up-to-date konon-kononnya. Sedar atau tida, sekarang ni dah makin ramai orang pakai tudung fesyen ni. Elakkan fesyen tudung sebegini, sesuai dengan tegahan Nabi dari hadis berikut:
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka (Hadis Riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibnu Hibban)
Jadi kalau ada di antara rakan-rakan anda yang memakai fesyen-fesyen tudung seperti di atas, diharapkan korang dapat tegur diorang baik-baik. Jangan pulak marah-marah diorang, nanti tak pasal-pasal pulak diorang taknak bertudung terus! Nasihat elok-elok, anda mampu mengubahnya.
-


Pesawat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH192 yang dijadualkan berlepas ke Bangalore dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.09 malam tadi disahkan selamat tiba di lapangan terbang tersebut tepat jam 1.56 pagi tadi.

Dalam satu kenyataan media yang dibuat oleh pihak MAS awal pagi tadi, pesawat itu membuat pusingan semula ke Kuala Lumpur untuk pendaratan kecemasan kerana selepas mengalami kerosakan satu daripada tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanannya pecah semasa berlepas.

"Kesemua penumpang dan anak kapal selamat dan tidak cedera, buat masa sekarang mereka ditempatkan di hotel," jelas pihak MAS ketika memberitahu situasi semasa penumpang MAS MH192.

Pesawat tersebut yang membawa 159 penumpang termasuk tujuh anak kapal dijangka tiba di Bangalore jam 11.35 malam pada hari yang sama.
-



Mengikut laporan kesihatan, Kayap atau Shingles disebabkan oleh jangkitan sejenis virus dikenali varicella-zoster virus atau VSZ.Virus ini adalah virus yang sama yang menyebabkan chickenpox sewaktu kita masih kecil. Virus ini biasanya akan berada dekat pangkal saraf dan ianya membiak semula kebiasaannya terjadi disebabkan oleh masaalah seperti stress / tekanan, badan rasa lemah2, kecederaan pada kulit dan juga akibat masaalah penyakit kanser.

Selepas jangkitan beberapa hari, bahagian kulit kayap itu akan menjadi kemerah2an, menjadi ruam panas, ada yang bernanah, ada menjadi biji berbuih dan mula menjalar.

Kawasan jangkitan:

Mana-mana bahagian kulit tubuh kita samada bahagian badan, mata , ketiak mahupun bahagian hidung

Simtom-simptom dijangkiti kayap:

- berasa nak demam
- tekak rasa loya
- pening berpanjangan
- badan dijangkiti ruam panas
- badan rasa sengal
- hilang selera makan
- pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan untuk jangkitan yang lebih teruk
- pesakit alami sakit teramat sangat apabila disentuh pada kulit
- kulit juga akan rasa gatal2
- kulit rasa geli2
- kulit terasa panas seperti terbakar
- timbul ruam2 panas

Jenis2 penyakit kayap:

1) Kayap Ular
2) Kayap melukut
3) Kayap jagung
4) Kayap api2
5) Kayap setompok
6) Kayap selendar
7) Kayap harimau
8) Kayap bersambung 





Kayap Ular

- paling merbahaya dan boleh membawa maut
- boleh akibatkan badan kurus akibat hilang selera makan
- kayap jenis menjalar / melilit (merebak)
- boleh terjadi dimana2 bahagian badan
- bermula dari tengah belakang dan menjadi semakin panjang sehingga mengelilingi badan ke bahagian dada
- ada juga menyerang bahagian dada saja
- boleh menyerang bahagian urat saraf ‘rasa’
- Biasanya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf ‘rasa’. Bila ini terjadi, seseorang akan merasa pening2 dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata. Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah masaalah ‘conjunctivitis’.
- keadaan kulit boleh melecet, gatal2 dan pedih serta sakit
- ambil masa juga untuk sembuh diantara beberapa hari ke minggu, ada yang sehingga bertahun2 disebabkan faktor usia

Pantang larang bila dijangkiti penyakit kayap:

1) Cepat2 jumpa doktor atau pakar perubatan untuk nasihat dan rawatan. Boleh juga jumpa pakar rawatan tradisional.
2) Elakkan pakai pakaian ketat. Pakai pakaian yang longgar untuk mengurangkan kesakitan disebabkan geseran pakaian dengan bahagian kulit.
3) Jangan pakai seluar serta baju yang berhawa panas (contoh jemur di luar rumah dibawah terik matahari atau yang baru digosok)
4) Jangan pakai seluar serta baju yang basah
5) Elakkan menggaru bahagian kayap itu dikhuatiri boleh merebak ke bahagian lain. Kayap ni akan rasa gatal2, minta ubat untuk kurangkan rasa gatal2.
6) Bila mandi, biasakan mengosok pelan2 bahagian kayap tu dengan sabun untuk pastikan kebersihan pada bahagian kayap tu.
7) Jika boleh, semasa dijangkiti penyakit kayap ni , elakkan dari mendekati ahli keluarga serta rakan2 dikhuatiri mereka2 ni akan dijngkiti pula.
8) Jaga pemakanan dikhuatiri rasa bisa dan gatal2. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makanan gatal2 dan goreng2 cuba elakkan, hanya makan yang rebus, stim atau bakar. Jangan makan makanan berminyak.
9) Kurangkan makan buah tempatan atau sayuran yang menjalar/berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)
10) Tak boleh dengar orang goreng lauk dan tak boleh goreng sebarang benda pun.
11) Bila kayap dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab jika bahagian kulit belum betul2 kering ia akan terluka dan kembali merebak.





Aloe vera atau Lidah buaya. Mujarab dalam merawat penyakit kayap.

Petua2 rawatan boleh dicuba:

  1. Sapu dengan lendir daun aloe vera
  2. Sapu dengan kelapa parut campur gula melaka ke bahagian kulit terkena kayap tu
  3. Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun cili serta campurkan sedikit kapur. Sapukan dibahagian kulit terkena kayap.
  4. Gunakan daun pokok duit2. Ditumbuk hancur, ambil daunnya serta air perahannya dan ditekap pada tempat dijangkiti kayap tu. Jika boleh, dibengkungkan semalaman.
  5. Gunakan daun delima ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan bedak sejuk (tanpa pewangi) dan tempekkan pada tempat kayap itu.
  6. Gunakan daun bunga melor, Pucuk daun buah delima, Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di blender dan di campurkan dengan bedak sejuk (tanpa pewangi) dan di bancuh pekat. Kemudian di sapu atau tampal atau tempekkan pada tempat kayap tu .
  7. Gunakan ubi larut. Di gosokkan pada simen atau lesung batu, ambil pati nya dan sapu di tempat kayap tersebut.
  8. Minum minuman yang menyejukkan badan contoh getah anggur dicampur dengan kembang semangkuk
  9. Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk. Sapu pada tempat yang kena kayap tu.
  10. Gunakan garam bukit (rock salt)


Cara merawat

  • ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. Amalkan 2-3 kali sehari sebelah pagi dan malam.
  • Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul)
  • Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah. Seterusnya, keluarkan air dari batang pokok keladi tu dan sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap.
  • Sambil2 berubat tu, cuba dapatkan juga air penawar dari pakar perubatan tradisional. Biasanya air penawar ni disediakan berpandukan kepada ayat2 suci al-quran.
  • Semasa sedang berubat tu, selalu-selalulah berdoa kepada Allah agar sembuh cepat. Insyallah boleh sembuh
P/S : kalau dah kena kayap sila pergi hospital dan dapatkan suntikan dan cream. jangan sesekali pegang kayap atau garu. Lap air yang keluar dari kayap sebabnya ianya boleh merosakkan kulit
-



Setelah mengambil masa hampir dua minggu, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad akhirnya mengaku bahawa beliau memang berada di dalam negara ketika terjadinya peristiwa Memali pada 19 November 1985, tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

Ini sekaligus mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam dalam sebuah diskusi politik di Kota Bharu pada 27 Mac lalu.

Dalam tulisan di blognya, Mahathir juga mengesahkan beliau hanya berlepas ke China pada 20 November iaitu sehari selepas tragedi tersebut.

Mahathir bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa dakwaan beliau berada di China itu bukan datang datang daripada pihaknya, bahkan dalam buku memoirnya juga tidak pernah menyebut perkara itu.

Sebelum ini ketika Musa Hitam membuat kenyataan di Kota Bharu itu, Mahathir meminta diberi masa untuk menyemak kebenaran apa yang dinyatakan oleh bekas timbalannya dengan alasan beliau tidak ingat mengenainya memandangkan ia sudah begitu lama berlaku.

Musa Hitam kemudiannya tampil dengan kenyataan akhbar yang panjang lebar untuk mengukuhkan lagi dakwaannya bahawa sememangnya Mahathir berada di dalam negara, sambil mengatakan beliau bersama pemangku Ketua Polis Negara ketika itu juga sempat memberi taklimat mengenai Memali kepada Perdana Menteri.


Sumber 
-



Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang di hadapan Speaker, Hannah Yeoh pada persidangan Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Majlis mengangkat sumpah yang berlangsung tepat pukul 10 pagi itu disaksikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Setiausaha Kerajaan Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Pada 23 Mac lalu, Wan Azizah yang juga Presiden PKR memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi.

PRK Kajang diadakan selepas Adun Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lepas bagi memberi peluang kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Bagaimanapun, Wan Azizah diangkat sebagai calon yang baru setelah menggantikan Anwar apabila ketua pembangkang itu diisytihar tidak layak bertanding ekoran didapati bersalah atas tuduhan ke membabitkan bekas pembantu peribadinya di Mahkamah Rayuan.

-

Sepasang Gay Lelaki Tua telah berkahwin buat kali pertamanya di China secara siaran langsung. "Pengantin" yang pakai dress putih adalah "wanita". Pasangan ini terdiri daripada seorang cikgu dan seorang penghantar air botol dari daerah Pinggu. 



-


Penyanyi Misha Omar mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama tunangnya, juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32, pada 2 Mei ini.

Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 32, berkata, dia dan pasangannya sudah mula mengedarkan kad jemputan kahwin dan akan dihadiri kira-kira 500 orang tetamu.

"Kad kahwin sudah pun diedarkan bermula hari ini (Sabtu). Majlis pernikahan akan berlangsung di sebelah pagi manakala acara resepsi pula diadakan pada sebelah malam.

"Kedua-dua majlis itu akan berlangsung di Hotel Renaissanse Kota Bharu, Kelantan," katanya.

Misha ditemui pada sidang media khas mengumumkan tarikh perkahwinannya itu di Holy Smoke cafe di sini pada petang Sabtu. Turut hadir, tunangnya, Firos bersama pengurus yang juga merupakan kakak Misha, Mimie Omar.

Majlis resepsi di pihak lelaki pula akan berlangsung pada 12 Mei ini di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

Terdahulu Misha berkata, dia yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari ini terpaksa menangguhkan perkahwinan itu bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November tahun lalu.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak juga bersetuju menyerahkan hantaran lima dulang berbalas lima tanpa barangan berjenama dan wang tunai.
-


BMW X6 merupakan hadiah paling 'cool' apabila mendapat keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beruntung sungguh Ammar Effendy kerana usaha kerasnya mengulang kaji pelajaran hingga memperoleh keputusan cemerlang membolehkan dia memiliki kereta sport yang menjadi idaman ramai lelaki.

Ibunya, pelakon jelita, Rozita Che Wan, nampaknya tidak sabar-sabar lagi mahu melunaskan hajat anak lelaki kesayangannya itu.

Bercakap kepada media, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata, anaknya itu perlu menunggu dia dan suaminya, Zain Saidin menguruskan pembelian kereta baru untuk keluarga itu.

Che Ta dan suami merancang membeli kereta baru yang lebih besar memandangkan dia kini sedang hamil dan ahli keluarga akan bertambah.
-


Bukan sesuatu yang memeranjatkan apabila pelakon Emma Maembong akhirnya mengaku kepada pihak media bahawa benar yang dia bercinta dengan pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak.

Bertemu Emma pada majlis pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Maixara di Menara Kuala Lumpur semalam, aktres kacukan Melayu-Scotland ini berkata, selama ini dia bukan sengaja merahsiakan perhubungan tersebut meskipun sering diasak dengan pelbagai spekulasi hinggalah timbulnya beberapa kontroversi.

"Saya tahu selama ini ramai media juga peminat tertanya-tanya hubungan kami. Tapi pada ketika itu saya tidak berani untuk membuat apa-apa kenyataan melainkan menyatakan kami kawan kerana masa tu memang kami hanya sebagai kawan rapat. Saya memang dah kenal Zizan lama, sejak sebelum jadi artis lagi sebab kami sekampung dan berjiran. Dan bila saya jadi artis baru kami berkawan rapat.

"Saya tak mahu terlalu menjaja hubungan kami pada ketika itu sebab baru sekadar kawan. Nanti kalau tak membawa kepada peringkat seterusnya, malu. Bagi saya, sebelum lahirnya hubungan cinta, kita dan pasangan kita memerlukan masa untuk masing-masing kenali hati budi. InsyAllah kalau ada jodoh saya tak akan sorok, saya akan beritahu pada semua", katanya yang sekaligus mengesahkan hubungannya dengan Zizan kini sudah ke fasa serius.

Namun kata Emma, setakat ini mereka belum merancang mahupun berbincang soal kahwin. Bagaimana pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama 'Kau Yang Terindah' ini bersykur kerana Zizan sangat disenangi oleh bapanya. Seperkara yang melucukan, cerita Emma, saat dia membawa Zizan bertemu dengan keluarga, bapa Emma langsung tidak mengetahui yang Zizan adalah seorang artis.

"Zizan adalah lelaki pertama yang saya bawa jumpa ayah. Sebelum ini saya tak pernah bawa mana-mana kawan lelaki saya jumpa dengan ayah. Masa jumpa tu ayah memang tak kenal siapa Zizan. Tapi bila Zizan mula cakap dalam loghat Terengganu, mereka mula mesra dan terus rancak berbual.

"Tapi kemudiannya ayah saya jadi hairan sebab semasa kami berjalan, ramai pula orang yang ingin ambil gambar dengan Zizan. Dalam diam-diam ayah siasat dan bertanyakan pada kawan-kawan dia, siapa Zizan. Selepas dapat tahu daripada kawan-kawan dia, baru lah dia tahu yang Zizan tu artis. Baru lah dia tahu yang anak dia bercinta dengan artis...

"Tapi Alhamdulillah, ayah tidak menghalang perhubungan kami, asalkan kami tahu jaga batas pergaulan", katanya sambil tersenyum mengenang gelagat ayahnya yang juga merupakan pelukis terkenal negara, Ismail Maembong.

Dalam perkembangan lain, Emma kini menggalas tanggungjawab sebagai duta Maixara selama setahun. Selain itu pada bulan April ini, Emma tidak mengambil mana-mana tawaran berlakon kerana ingin berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.
- -


Aliran bengkak dahi menjadi kegilaan ramai wanita Jepun dan mendapat perhatian masyarakat di Negara Matahari Terbit itu.

Mereka melihat membengkakkan dahi dan membentuk ia seperti sebiji donut adalah kecantikan diri terkini untuk dicuba.

Penampilan luar biasa itu dihasilkan menerusi suntikan air bergaram pada dahi seseorang, kemudian menekan pada tengah kawasan yang membengkak dengan ibu jari.

Tidak kira tua atau muda, lelaki mahupun wanita dan kononnya tampak cantik, mereka begitu taasub mencipta pengubahsuaian itu.

Bagaimanapun, budaya yang ditawarkan di Jepun ini begitu asing dan tidak diterima pakai oleh masyarakat negara ini.

Ibu bapa di negara ini pasti akan runsing, sebaik melihat dahi anak bengkak dan segera menuamkan tuala panas pada dahinya bagi menghilangkan bengkak, sedangkan kebanyakan golongan muda di sana menganggap ia sebagai kecantikan yang perlu dicuba.

-


Mayat seorang lelaki mangsa bunuh ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan sembelih di leher, kelar di rusuk kanan serta perut ditoreh dari dada ke pusat menyebabkan isi perutnya terburai di kawasan rumah pam air di Jalan Permatang Nibong, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 7.40 malam itu, anggota polis yang bertugas di Balai Polis Bukit Tengah menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat berkenaan menyebabkan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Unit Anjing Pengesan (K9) dikejarkan ke tempat kejadian.

Sumber berkata, mayat ditemui dalam keadaan telentang dan masih lengkap berpakaian serta terdapat kesan tatu bercorak naga di dadanya dan pemeriksaan mendapati tiada kesan suntikan BCG di lengan serta tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mayat dipercayai warga asing itu.

"Keadaan mayat itu cukup mengerikan apabila terdapat kesan sembelih di leher, kesan kelar di rusuk kanan, perut terburai selain kesan tikaman pada telinga di sebelah kanan serta kesan hentakan objek tumpul di sebelah kanan kepala.
-


Polis China memutuskan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang wanita yang memukul anak lelakinya dengan penyangkut baju selepas berpuas hati budak terbabit “nakal” kerana tidak menyiapkan kerja rumah.

Kecederaan Xiao Bing, 6, dikesan seorang guru di sebuah tadika di Jiangmen di wilayah Guangdong ketika budak terbabit menyalin pakaian untuk menyertai sesi pendidikan sukan.

Melihat kecederaan itu, guru terbabit mengambil gambar Xiao menggunakan telefon bimbit dan menyerahkannya kepada polis.

Namun, walaupun kecederaan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa, ibu Xiao tidak ditahan selepas polis Jiangmen mendapati ia tidak terlalu serius seperti dijangka.

Sumber berkata, polis juga sudah menasihati wanita terbabit supaya tidak lagi memukul anaknya terlalu teruk.

Katanya, Xiao mendakwa dia dipukul dengan dawai penyangkut baju kerana gagal menyiapkan kerja rumah.

“Namun polis mendapati kecederaan itu tidak terlalu serius seperti apa yang dilihat.

“Polis beranggapan memadai jika ibu kanak-kanak terbabit diberi amaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu,”katanya.

Menurut sumber berkenaan, ibu dan bapa Xiao tidak berpuas hati dengan pencapaian akademiknya.

Katanya, Xiao juga didakwa nakal dan sering mengabaikan tugasan diberi guru.

Justeru, kata sumber itu, ibu bapa Xiao berpendapat anak mereka perlu diajar supaya lebih bertanggungjawab.- Agensi
-















Seorang lelaki terselamat daripada maut apabila kereta miliknya terus meluncur laju ke dalam parit sedalam lima meter sebaik enjin kenderaan itu dihidupkan dalam kejadian di Jalan Penampang, berhampiran Hospital Queen Elizabeth (HQE) I, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.45 petang, lelaki itu, Arbain Sumudin, 37, dikatakan berada di luar kereta Perodua Myvi miliknya sebelum menghidupkan enjin.

Namun, sebaik dihidupkan, keretanya terus meluncur sebelum terhumban ke dalam parit di hadapannya.

“Saya baru melawat isteri yang menjalani rawatan buah pinggang di HQE dan mahu ke tempat kerja.

“Ketika menghidupkan enjin, tiba-tiba kereta saya terus bergerak dan terjunam ke longkang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
-


 “Saya tidak tahu nak kata apa apabila tahu wanita yang saya jatuh hati itu sebenarnya lelaki Afrika,” kata seorang lelaki yang kerugian lebih RM100,000 akibat terperangkap dalam sindiket cinta Internet atau ‘love scam’ didalangi warga Afrika.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azhar, 28, berkata, dia kini hanya mampu menangis selain menyesali ke*****an diri gara-gara kemaruk cinta terhadap wanita bernama Alina yang dikenali menerusi kiriman e-mel pada Julai tahun lalu.


“Dalam e-mel dikirimnya, Alina memberitahu, dia tinggal di United Kingdom (UK). Bapanya rakyat Malaysia manakala ibunya warga Eropah dan sekarang dia mahu datang ke negara ini untuk mencari keluarga bapanya.

“Dia turut memberi satu alamat yang kononnya alamat terakhir keluarga bapanya. Saya membuat pemeriksaan di Internet dan mendapati alamat itu wujud menyebabkan saya menyambut salam persahabatannya,” katanya, semalam.


Pada mulanya, Azhar yang juga seorang kakitangan awam sekadar mahu berkawan sebelum jatuh hati dengan cara wanita itu berkomunikasi dengannya selepas sebulan berkenalan.
-



Pegawai Penguat Kuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Mohd Radzi Saliman memberitahu mahkamah beliau melihat pelakon Shahrizal Jaszle hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam) ketika serbuan dilakukan di sebuah apartmen di Taman Sri Subang dekat pada 16 Mei 2013.

Mohd Radzi, 30, berkata, ketika pemeriksaan dibuat di bilik kedua rumah berkenaan, ia didapati berkunci dan hanya dibuka selepas hampir lima minit diketuk oleh pihaknya.

Katanya, ketika itu seorang wanita berbaju T dan berseluar pendek kelihatan terpinga-pinga ketika membuka pintu bilik berkenaan.

"Ketika pintu dibuka bilik berkenaan berada dalam keadaan gelap dan selepas saya membuka lampu bilik itu, saya mendapati ada seseorang yang sedang baring di katil sambil berselimut.

"Apabila dia diarahkan untuk bangun dari katil saya mendapati dia adalah seorang lelaki dan ketika itu dia hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam) sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai saksi pertama dalam kes perbicaraan melibatkan pelakon Sharizal Jaszle atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, dengan seorang pegawai bank, Farah Nurizzati Salleh, 22, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini pada Selasa.

Shahrizal Jaszle diwakili peguam syarie, Ashraf Ranee manakala pendakwaan dilakukan pendakwa syarie, Hasrul Hafidzi Ahmad.

Perbicaraan dijalankan di hadapan hakim syarie, Abd Halim Abu Samah.

Mohd Radzi turut memberitahu mahkamah, aktor itu juga mengaku wanita yang bersamanya dalam sebuah bilik ketika diserbu adalah teman wanitanya selepas disoal sama ada mereka mempunyai ikatan sah sebagai suami-isteri.

Terdahulu Shahrizal yang duduk di kandang tertuduh, hadir memakai baju Melayu berwarna putih lengkap bersongkok kelihatan tenang ketika mendengar keterangan daripada saksi sepanjang hampir dua jam perbicaraan berlangsung.

Dalam kejadian 16 Mei 2013, Shahrizal dan pasangannya Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang dekat sini kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri, 26, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu.

Pada sebutan kes pada 13 November tahun lalu, Farah Nurizzati telah mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut memerintahkan Shahrizal membayar wang jaminan sebanyak RM1,500 selepas pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat yang dikenakan.

Sementara itu, Shahrizal ketika ditemui di perkarangan mahkamah memberitahu dia berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Mohd Radzi kepada mahkamah.
-